KISAH BENAR: SCAM SIBER CELCOMDIGI PERANGI SCAM SIBER MENERUSI KISAH BENAR DALAM 999!

Wednesday, 2 July 2025

CelcomDigi Berhad dengan kerjasama Media Prima Berhad dan OMD Malaysia memperkenalkan segmen khas terbaharu bertajuk Kisah Benar: Scam Siber dalam rancangan jenayah ikonik TV3, 999. Segmen ini merupakan inisiatif bersama untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pelbagai bentuk penipuan siber yang semakin berleluasa dan membimbangkan di negara ini.

Dalam era digital yang semakin mencabar, rakyat Malaysia, khususnya pengguna internet, semakin terdedah kepada jenayah siber seperti kejuruteraan sosial, laman sesawang palsu dan pencurian data peribadi. Menerusi kekuatan penceritaan visual dan penyampaian fakta berdasarkan kes sebenar, 999 menjadi medium paling berkesan untuk menyampaikan mesej pencegahan kepada khalayak secara lebih dekat dan mudah difahami. Usaha ini turut menggalakkan literasi digital dan tindakan pantas masyarakat dalam melaporkan jenayah kepada pihak berkuasa.

Kisah Benar: Scam Siber akan ditayangkan selama 13 episod bermula 1 Julai hingga 23 September 2025, setiap hari Selasa jam 9.00 malam. Setiap episod menampilkan lakonan semula berdasarkan kes-kes sebenar yang pernah dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta kapsul informasi yang mengandungi tip pencegahan ringkas dan praktikal. Antara topik jenayah siber yang akan diketengahkan termasuk:

  • Episod 1: Penipuan Telefon / Macau Scam
  • Episod 2: Love Scam
  • Episod 3: Parcel Scam
  • Episod 4: Penipuan Pelaburan Dalam Talian
  • Episod 5: Penipuan Tawaran Kerja
  • Episod 6: Penipuan Ganjaran Tunai
  • (Episod seterusnya akan diumumkan kemudian)

Kepada penonton yang mungkin terlepas siaran di TV, jangan risau, anda masih boleh mengikuti kandungan penting daripada Kisah Benar: Scam Siber menerusi kapsul video pendek yang akan dikongsikan di platform media sosial rasmi TV3 Malaysia di @TV3Malaysia dan 999 di @999tv3. Kandungan digital ini akan memaparkan semula informasi utama dan tip pencegahan yang relevan, sekaligus memastikan mesej kesedaran dapat terus disampaikan kepada masyarakat secara lebih meluas sepanjang tempoh kempen ini berlangsung. Selain itu, segmen Kisah Benar: Scam Siber boleh ditonton melalui episod penuh 999 di platform Tonton. 

Dengan memanfaatkan kekuatan jenama TV3 sebagai saluran utama maklumat jenayah dan jangkauan luas CelcomDigi sebagai peneraju rangkaian digital negara, inisiatif ini dijangka memberi impak yang signifikan dalam meningkatkan kesedaran awam dan membanteras penipuan siber yang terus menjadi ancaman serius kepada kesejahteraan masyarakat Malaysia.

Chan May Ling, Ketua Perkhidmatan Jenama & Pemasaran CelcomDigi, berkata, “Jenayah siber kini semakin berleluasa dan berkembang dengan begitu pantas. Kesedaran merupakan pertahanan pertama yang paling penting, oleh sebab itu CelcomDigi mengambil pendekatan lebih proaktif, melangkaui peranan kami sebagai syarikat telekomunikasi, untuk memperkasakan amalan penggunaan internet yang bertanggungjawab dan selamat.”

Tambah beliau lagi, “Menerusi Kisah Benar, kami dapat berkongsi pelbagai kisah jenayah scam yang pernah terjadi dan dekat dengan realiti kehidupan rakyat Malaysia agar ia boleh dijadikan pengajaran. Hasrat kami adalah untuk memastikan setiap rakyat Malaysia mempunyai pengetahuan yang betul untuk mengenal pasti, menolak dan melaporkan penipuan, sekali gus membina daya tahan serta mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat untuk semua.” 

Mayank Bhatnagar, Pengarah Urusan OMD Malaysia pula berkata, “Kerjasama kami dengan CelcomDigi dan Omnia untuk menghidupkan semula siri ikonik ‘Kisah Benar’ mencerminkan misi untuk terus bersama-sama mencipta kempen yang inovatif serta relevan dari sudut budaya bersama para klien dan rakan kongsi strategik kami. Ia berperanan mendidik rakyat Malaysia tentang isu sebenar penipuan siber, sekali gus memupuk kepercayaan pelanggan terhadap jenama dan memperkasakan mereka untuk sentiasa berwaspada. Menerusi inisiatif ini, kami ingin menunjukkan kepentingan pendekatan berteraskan nilai dapat menyampaikan mesej CelcomDigi dengan cara yang menarik dan bermakna, serta benar-benar menyentuh hati rakyat Malaysia.”

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan segmen khas Kisah Benar: Scam Siber dalam rancangan jenayah paling ikonik negara, 999, bermula 1 Julai 2025, setiap hari Selasa jam 9.00 malam, eksklusif di TV3. Saksikan kisah benar berdasarkan laporan polis sebenar dan pelajari cara melindungi diri anda daripada ancaman jenayah siber yang kian berleluasa.

****************************

Mengenai TV3

TV3 merupakan saluran televisyen No.1 di Malaysia yang telah beroperasi sejak tahun 1984. TV3 telah mendominasi pasaran penyiaran menerusi penerbitan drama berkualiti seperti Melur Untuk Firdaus, Suamiku Lelaki Pendosa, Kerana Cinta Itu Ada, dan Jaga Aku Selamanya merupakan sebahagian daripada drama-drama bersiri yang telah mencipta fenomena besar. 

TV3 telah berjaya menambat hati penonton menerusi rancangan hiburan ikoniknya seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Tonton Drama Sangat, Famili Duo, Melodi, I Can See Your Voice dan Master In The House. Buletin Utama, 999, Fail Mahkamah, dan Majalah 3 terus kukuh sebagai rancangan berita dan dokumentari terunggul pilihan utama rakyat Malaysia hingga mencecah jutaan penonton setiap hari. 

Platform media sosial @TV3Malaysia juga menunjukkan peningkatan yang mengagumkan (24 juta pengikut di YouTube, Facebook, Instagram, Twitter dan Tiktok) dan menjadi salah satu digital platform terbesar di negara ini. 

Untuk mendapat informasi terbaharu berkaitan program menarik di TV3, layari akaun rasmi media sosial @TV3Malaysia, atau strim langsung secara eksklusif di Tonton, myFreeview CH103, Astro CH103, serta unifi CH103.

Mengenai CelcomDigi Berhad

CelcomDigi merupakan pengendali rangkaian mudah alih yang terbesar di Malaysia dengan lebih 20.6 juta pengguna dalam rangkaiannya. Syarikat kami menyasarkan untuk memenuhi keperluan digital pelanggannya yang semakin meningkat dengan memanfaatkan gabungan rangkaian terluasnya, titik sentuh pengedaran, rangkaian produk dan perkhidmatan digital yang inovatif serta pengalaman pelanggan yang diupayakan oleh lebih 3,800 pakar industri terkemuka. Syarikat kami juga telah menggariskan aspirasi yang jelas untuk memajukan negara, memberi inspirasi kepada masyarakat Malaysia, dan menjadi peneraju dalam amalan perniagaan yang terangkum dan bertanggungjawab. Untuk maklumat lanjut tentang CelcomDigi, sila layari www.celcomdigi.com

Mengenai OMD Malaysia

OMD Malaysia, sebuah agensi yang bernaung di bawah Omnicom Media Group, merupakan rangkaian media terbesar di dunia, memiliki lebih 14,000 staf yang beroperasi di lebih 100 negara. Di OMD, ‘We Create What’s Next’ – iaitu menyediakan penyelesaian media kreatif bagi memastikan perkembangan mampan untuk jenama-jenama terkemuka. Diiktiraf sebagai rangkaian media global berprestasi terbaik oleh RECMA, disenaraikan pada kedudukan teratas untuk rangkaian agensi media oleh Effie Effectiveness Index, dan Rangkaian Media Tahun Ini di Festival Media Cannes 2024, OMD terus menerajui inovasi, kreativiti serta keterkaitan nilai budaya.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.