RAISE THE STAR MALAYSIA MINGGU 3 | HARIZ FAYAHET KEKAL DALAM THE FIVE, RAMPAS TAKHTA PERTAMA

Monday, 7 July 2025

Minggu ketiga Raise The Star Malaysia yang membawa tema “My FYP” menyaksikan giliran Hariz Fayahet di tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 68.69%, diikuti oleh Rayme (67.54%) dan Aril Eles (65.76%), sekaligus mengekalkan diri mereka dalam kedudukan The Five bersama-sama dengan Didie Shazry (61.55%) dan Sharee Lopes (60.10%). 

Pentas minggu ini juga turut menyaksikan keseluruhan markah terendah buat Khalyn (35.24%) dan Faysal Saad (39.97%), lantas disingkirkan daripada pertandingan. Selain itu, Melinda Dadew berjaya merangkul anugerah Gempak Star On Fire untuk konsert minggu ketiga. 

SENARAI LAGU

Maria Effendi: You're Still the One - Shania Twain (55.38%)

Zuana: Bukan Lagi Kita - Nadeera (55.50%)

Zury: Dahsyat - MOJO (57.20%)

Faysal Saad: Sesuatu Janji - Taufik Batisah (39.97%)

Melinda Dadew: Takkan Terganti - Shabrina Leanor (54.38%)

Alif Amie: Potret - Akim & Majistret (58.81%)

Darling: Mimpi - Aisyah Aziz (55.67%)

Rayme: Seni Berdamai Dengan Takdir - Naim Daniel & Adnin Roslan (67.54%)

Didie Shazry: You Are The Reason - Calum Scott (61.55%)

Sharee Lopes: Sutera - Aisha Retno (60.10%)

Khalyn: Asalkan Kau Bahagia - Armada (35.24%)

Max Brandon: Rahsia Tuhan - Noh Salleh (47.81%)

Hariz Fayahet: Arcade - Duncan Laurence (68.69%)

Keka: Mengenangmu - Kerispatih (54.88%)

Aril Eles: Aku Ikhlas Melepaskanmu - Shandy Pagalla (65.76%)

Scha Nuril: Menjaga Jodoh Orang Lain - Ara Johari (59.19%)
Ayiena: Sial - Mahalini (41.89%)

Pasya: Sumpah - Aina Abdul (55.70%)

INFO PROGRAM RAISE THE STAR MALAYSIA

• Penjurian Raise The Star Malaysia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemarkahan komposer (juri) dan undian pihak umum.

• Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.

• ‘Slay Meter’ adalah sistem kedudukan (ranking) yang diberikan oleh para juri berdasarkan persembahan para bintang. Bintang yang mendapat 5 slay akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai dari pihak penaja.

• ‘Raise The Star’ disokong oleh QSR Brands (KFC) dan UMobile selaku Penaja Utama.

• Peserta dengan kedudukan paling bawah akan tersingkir dari pertandingan.

Saksikan Raise The Star Malaysia di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.