Astro selaku peneraju hab hiburan di Malaysia sekali lagi ingin membawakan seisi keluarga menyelami dunia hiburan tanpa sempadan dengan membawakan dua buah program terkini. Sebagai pembuka tirai bagi siri jelajah Home of Kids tahun 2025, Astro membawakan musim baharu The Chosen One XTRA dan juga sebuah komedi terbaharu, Jutawan Ekspres.
Menurut Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, “Astro sentiasa komited untuk menyajikan hiburan yang bermanfaat buat seisi keluarga, bukan hanya di kaca TV, malahan juga dalam talian dan menerusi aktiviti luaran. Kami menerbitkan 2 program berlainan ‘genre’, iaitu rancangan realiti The Chosen One XTRA dan drama komedi Jutawan Ekspres, yang bakal menggandingkan artis tersohor tanah air dengan wajah-wajah baharu yang berbakat. Kedua-dua program ini mesra keluarga, penuh dengan pengajaran, menerapkan nilai-nilai murni dan selamat untuk tontonan semua lapisan umur.”
Menerusi siri Jutawan Ekspres, para penonton akan disajikan dengan drama komedi yang sarat dengan hiburan dan pengajaran, dan membariskan pelakon komedi terbaik tanah air seperti Bell Ngasri, Elly Mazlein dan Rashidi Ishak. Jutawan Ekspres merupakan karya terbaharu daripada pengarah Wan Hasliza yang juga penerbit Keluarga Iskandar dan Dr. Pontianak. Rancangan ini membawakan kisah tentang sebuah keluarga yang sedang bergelut dengan masalah kewangan dan menjadi jutawan secara tiba-tiba. Kekayaan baharu mereka menarik perhatian saudara-mara dan juga jiran yang ingin menumpang senang dengan mengambil kesempatan terhadap mereka.

Jutawan Ekspres bakal menampilkan barisan pelakon popular seperti Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Bell Ngasri, Sazzy Falak, Azhar Sulaiman dan pelakon yang sedang meningkat naik seperti Qistina Khaled, Kim Azzim, Puteri Rafasya, Syafiq Irfan dan Sufii Nur Imaan. Tidak ketinggalan para pelakon tambahan yang menjayakan program ini seperti Samsuri Shahrom, Jordan Voon, Wandy Chong, Logan dan Priscilla Nair. Jutawan Ekspres bakal bersiaran bermula 21 Julai 2025, setiap Isnin, jam 9.00 malam di saluran Astro Ceria (saluran 611).
The Chosen One XTRA bukan sekadar memfokuskan bakat nyanyian sahaja, malah juga akan menonjolkan bakat-bakat lain seperti tarian, akrobatik, kebolehan bermain instrumen muzik dan sebagainya. Musim ini kembali dengan membawakan barisan artis baharu sebagai ‘coach’ selebriti kepada para bintang cilik seperti Namie, Nikki Palikat, Achey, Tuju & Loca B, Bunga, Usop dan juga Naqiu.
Setiap episod turut diterajui oleh hos baharu, pelawak dan hos popular, Nabil Ahmad sebagai pengacara program, bersama anak beliau, Nayla Mikayla sebagai TCO ‘sister’. Manakala Dato’ Awie sekali lagi telah diberi mandat untuk menggalas tanggungjawab sebagai juri dan akan digandingkan bersama pelawak dan pelakon, Sharifah Shahirah. The Chosen One XTRA bakal menemui anda seisi keluarga bermula 25 Julai 2025, setiap Jumaat, jam 9.00 malam di saluran Astro Ceria (saluran 611) & Astro Ria (saluran 104).

Astro juga akan meneruskan momentum kempen ini bermula Ogos sehingga September menerusi siri jelajah Home of Kids, sebuah acara yang bakal menghimpunkan si cilik dalam dunia penuh dengan imaginasi yang menyeronokkan. Astro Home of Kids bakal membawakan karakter kegemaran anak-anak anda daripada Cartoon Network, Nickelodeon, CBeebies, Moonbug, Les’ Copaque, Warnakala Studios, Monsta, Disney+ Hotstar, dan banyak lagi. Siri mini pertama bakal membuka tirai pada 1 hingga 3 Ogos 2025 ini bertempat di Pavillion Damansara Heights, Kuala Lumpur sebelum edisi utama Astro Home of Kids berlangsung dalam skala lebih besar di Pavilion Bukit Jalil Convention Centre dari 12 hingga 15 September 2025 bersempena musim sekolah
The Chosen One XTRA dan Jutawan Ekspres boleh disaksikan secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Penjurian & Trivia ‘The Chosen One XTRA’
- Untuk ‘The Chosen One XTRA’, ‘coach selebriti’ akan berganding bahu dengan peserta pilihan dalam persembahan mingguan.
- Persembahan setiap peserta bersama dengan pasangan selebriti mereka akan diadili 100% daripada pemarkahan pihak juri sejurus selepas persembahan mereka tamat.
- Juara ‘The Chosen One XTRA’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 40,000 beserta trofi sumbangan Astro. Tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 30,000, RM 20,000 dan RM 10,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro.
- Pentas akhir program ini akan turut menobatkan anugerah Coach Terbaik dengan wang tunai bernilai RM 10,000, serta anugerah Persembahan Terbaik dengan wang tunai bernilai RM 10,000 yang akan ditentukan melalui undian para penonton melalui laman web www.thechosenone.com.my
COACH & PESERTA ‘THE CHOSEN ONE XTRA’
1. Namie
i. Ayu (14 Tahun, Seremban) - Menyanyi
ii. Bella (16 Tahun, Melaka) - Akrobatik/Seni Pertahankan Diri
2. Naqiu
i. Iaman (11 Tahun, Sabah) - Menyanyi
ii. Kumpulan Saputra (10-13 Tahun, Putrajaya) - Menari
3. Nikki Palikat
i. Iman (14 Tahun, Kuala Lumpur) - Menyanyi
ii. Adawiya (13 Tahun, Johor) - Bermain Violin
4. Achey
i. Rayyan (11 Tahun, Johor) - Menyanyi
ii. Dahlya (7 Tahun, Klang) - Menari
5. Tuju & Loca B
i. Elysha (15 Tahun, Terengganu) - Menyanyi
ii. Fana (17 Tahun, Selangor) - Bermain Muzik Instrumen
6. Bunga
i. Nayla (11 Tahun, Johor) - Menyanyi
ii. Zahra (16 Tahun, Kedah) - Menari
7. Usop
i. Alif (12 Tahun, Negeri Sembilan) - Menyanyi
ii. Yusuf (13 Tahun, Terengganu) - Bermain Muzik Instrumen
Info Drama ‘Jutawan Ekspres’
Produksi : KL Motion Pictures Company Sdn Bhd
Pengarah : Wan Hasliza
Info siaran : Bermula 21 Julai 2025, setiap Isnin, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611)
Sinopsis:
Sebuah keluarga yang bergelut dengan masalah kewangan telah berpindah ke kawasan kejiranan yang mewah selepas tanpa diduga menjadi jutawan semalaman. Ini menarik perhatian saudara-mara mereka yang oportunis dan jiran-jiran yang tidak sabar-sabar untuk memanfaatkan kekayaan baharu mereka. Sambil menikmati kekayaan baru mereka, mereka harus mengharungi cabaran yang mengancam perpaduan keluarga mereka. Kini mereka sedari bahawa wang bukan segala-galanya.
wah macam best citer ni...
ReplyDeletewahhh menarik laa cerita ni ....terbaikkk
ReplyDeleteAdoi.. Jutawan ekspress tu macam best ja.. ada tertengok klip pendek dia..
ReplyDelete