Lebih 400 pelajar Diploma dan Ijazah dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), UiTM Puncak Perdana berpeluang menyelami dunia Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) menerusi sesi perkongsian eksklusif bersama Nazmi Yatim, Pengarah Bersama EATM2 merangkap Ketua Pegawai Kreatif WAU Animation.
Daripada perkongsian tentang tips animasi, cerita di sebalik tabir, hinggalah kisah real menghasilkan filem animasi yang makan masa bertahun! Sesi penuh inspirasi ini bukan sekadar menyentuh aspek kreatif, malah turut membuka ruang dialog dua hala, memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya terus kepada pencipta Ejen Ali dan memahami cabaran sebenar dalam industri animasi tempatan.
Lagi gempak, bila Ejen Ali dan Ejen Alicia juga turut sama turun padang! Kampus terus havoc dengan high-five dan sesi selfie bersama dua ikon MATA yang sporting habis ini. Pelajar-pelajar yang hadir turut memeriahkan acara dengan sesi autograf spontan bersama Nazmi Yatim dan berkongsi lukisan fan art istimewa yang mereka hasilkan khas untuk Ejen Ali. Memang power skil seni bakat-bakat muda ini; menjadikan sesi ini satu pengalaman manis yang pasti dikenang!
Siri jelajah Ejen Ali: Campus Edition akan dilanjutkan ke beberapa institusi pendidikan tinggi lain, iaitu Sunway University, Bandar Sunway; Universiti Poly-Tech Malaysia, Kuala Lumpur; dan University of Wollongong Malaysia, Shah Alam dari 8 hingga 14 Julai ini. Edisi seterusnya bakal menampilkan Shafiq Isa, Pengarah Suara di sebalik tabir EATM2, yang juga menyuarakan watak Ejen Bakar dan Ejen Ganz dalam filem ini. Program behind the scenes EATM2 ini sememangnya menarik, dirangka khas untuk memberi inspirasi dan menggalakkan pembangunan kemahiran dalam kalangan pengkarya muda kreatif masa depan.
Terima kasih Ejen-Ejen yang setia menjalani misi, jom ke pawagam hujung minggu ini dan bantu Ejen Ali & Ejen Alicia capai sasaran seterusnya.
🔥 Misi masih aktif — unlock fasa seterusnya dan terus menyokong EATM2 di pawagam sekarang!
#ejenalithemovie2 #eatm2 #ejenali #letsplay #AniMY #sapotlokal #SaluteAnimatorTempatan
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.