Minggu pertama, pentas Raise The Star Malaysia menyaksikan bintang Zuana (70.85%) berjaya menduduki tempat pertama, manakala di tempat kedua Didie Shazry (68.35%), tempat ketiga Hariz Fayahet dengan (67.70%), tempat keempat Pasya (64.98%) dan tempat kelima Max Brandon (62.69) sekaligus melayakkan mereka secara automatik untuk ke minggu seterusnya.
Manakala 4 bintang dengan kedudukan terendah telah tersingkir apabila mendapat undian markah yang rendah dari para juri dan penonton.
SENARAI LAGU
 |
Nishman: Saksama - Akim & The Majistret (46.30%) |
 |
Alif Amie: It's Gonna Be Me - Nsync (49.37%) |
 |
Zury: Hijab Rindu - Black Hanifah (56.23%) |
 |
Scha Nuril: Empire State of Mind - Alicia Keys (60.63%) |
 |
Rayme - Any Song - ZICO (62.52%) |
 |
Aril Eles: Seribu Tahun Lagi - Imran Ajmain (55.24%) |
 |
Ayiena: Di Amaran Mama - Hazama (48.70%) |
 |
Syaf Kahar: Andainya Takdir - Anuar Zain (46.21%) |
 |
Maria Affendi: Januari - Glenn Fredly (48.72%) |
 |
Darling: Kerana Ku Sanggup - Agnes Monica (54.40%) |
 |
Faysal Saad: Kau Pun Sama - Syamel (46.57%) |
 |
Zuana: Hati Lebur Jadi Debu - Hetty Koes Endang (70.85%) |
 |
Hariz Fayahet: Ku Teruskan - Siti Sarah (67.70%) |
 |
Didie Shazry: Melukis Senja - Budi Doremi (68.35%) |
 |
Melinda Dadew: Rolling in the Deep (57.93%) |
 |
Bosswan: Chikadun - Floor 88 (29.07%) |
 |
Khalyn: Back to Black - Amy Winehouse (57.69%) |
 |
Max Brandon: Akad - Payung Teduh (62.69%) |
 |
Erika Foo: Hurt - Christina Aguilera (38.28%) |
 |
Pasya: Jangan Khianati Aku - Azlan & The Typewriter (64.98%) |
 |
Sharee Lopes: Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul (54.18%) |
 |
Keka: Rindu - Agnes Monica (55.15%) |
INFO PROGRAM RAISE THE STAR MALAYSIA
• Penjurian Raise The Star Malaysia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemarkahan komposer (juri) dan undian pihak umum.
• Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.
• ‘Slay Meter’ adalah sistem kedudukan (ranking) yang diberikan oleh para juri berdasarkan persembahan para bintang. Bintang yang mendapat 5 slay akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai dari pihak penaja.
• ‘Raise The Star’ disokong oleh QSR Brands (KFC) dan UMobile selaku Penaja Utama.
• Peserta dengan kedudukan paling bawah akan tersingkir dari pertandingan.
Minggu bertemakan “Who Am I” ini kembali membawakan Aina Abdul sebagai juri. Selain itu, peserta Bosswan telah dipilih sebagai penerima Anugerah Gempak Star On Fire. Saksikan Raise The Star Malaysia di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Hi, betul ke markah tu?. macam tak tele je dengan yang astro siar. kena double cek tu markah. Didi punya kat atas lain, dekat photo lain markah tu?
ReplyDeleteHi, thank you for your feedback. I follow press release Astro. Kalau tak sama dengan apa yang Astro siarkan mungkin kena maklumkan pada pihak Astro.
Delete