‘SELAMAT PENGANTIN HARU!’ TONJOLKAN SISI LUCU DAN KISAH RUMAH TANGGA PENUH MAKNA!

Wednesday, 2 July 2025

GELAGAT JANNA NICK DAN DINI BAKAL MENCUIT HATI PENONTON! | ‘SELAMAT PENGANTIN HARU!’ TONJOLKAN SISI LUCU DAN KISAH RUMAH TANGGA PENUH MAKNA!

Apabila perkahwinan jadi ujian, mampukah cinta bertahan di antara perbezaan gaya hidup, keluarga yang terlalu mesra, dan cinta lama yang belum reda? Inilah kekalutan manis dalam drama terbaharu slot Akasia, Selamat Pengantin Haru!. Drama ini merupakan sebuah drama sitkom bergaya mockumentary yang mengisahkan kehidupan pasangan baru berkahwin yang datang dari latar belakang berbeza, sarat dengan komedi ringan dan emosi, karya arahan Kyoll Hamzah terbitan Zeel Production Sdn Bhd ini pasti mencuit hati penonton setiap episod.

Drama 13 episod ini bakal membawa penonton menyelami pergolakan emosi seorang wanita yang terperangkap antara cinta, budaya, dan keluarga. Selamat Pengantin Haru! bakal mengisi slot Akasia bermula 9 Julai 2025 ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam hanya di TV3. Strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Dengan lakonan bersahaja dan penuh karakter daripada pelakon-pelakon seperti Janna Nick, Dini Schatzmann, Malia Baby, Dato Tamimi Siregar, Serena Redzuawan dan ramai lagi, Selamat Pengantin Haru! menjanjikan sebuah tontonan yang sarat dengan gelak tawa, emosi dan momen-momen menyentuh hati. Penonton pasti akan terhibur dan tidak sabar menantikan apa yang bakal terjadi di episod-episod seterusnya.

Selamat Pengantin Haru! mengisahkan tentang Amelie (Janna Nick), seorang wanita moden dan berdikari yang berkahwin dengan Bazlee (Dini Schatzmann), lelaki kampung yang sangat rapat dengan keluarganya. Namun, impian untuk menjalani kehidupan bahagia sebagai pasangan suami isteri tidak semudah disangka. Amelie terpaksa menyesuaikan diri dengan suasana dan budaya baru yang jauh berbeza daripada latar kehidupannya. Tambahan pula, kehadiran adik-beradik Bazlee yang terlalu bergantung kepadanya serta kemunculan Syafiqa, sepupu jauh yang masih menyimpan perasaan terhadap Bazlee, terus menguji keteguhan rumah tangga mereka.

Di sebalik kekecohan yang melanda, Amelie dan Bazlee berusaha mempertahankan hubungan mereka, mencari titik tengah antara cinta dan tanggungjawab keluarga. Namun, apabila konflik semakin memuncak dan fitnah mula menular, Amelie berdepan dilema yang boleh mengubah seluruh kehidupannya.

Menurut Janna Nick, drama ini memberikan peluang untuknya menonjolkan sisi berbeza bersama suaminya, Dini Schatzmann, menerusi genre komedi ringan “Ini merupakan kali ke 4 saya berganding bahu bersama suami dalam satu drama, tetapi kali ini sedikit berbeza kerana genrenya adalah komedi ringan. Kami memang selesa bekerja bersama, tapi cabarannya adalah untuk memastikan chemistry itu tampak semula jadi dan tidak dibuat-buat, lebih-lebih lagi bila membawakan watak pasangan yang sering ‘bertekak manja’. Walaupun ringan, tetap ada mesej dan emosi yang dekat dengan kehidupan sebenar.“

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Selamat Pengantin Haru!, sebuah drama komedi ringan yang mengetengahkan gelora dan gelak tawa dalam kehidupan rumah tangga moden, hanya di slot Akasia bermula 9 Julai 2025 ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3. Strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.