Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2023 Umum Calon Top 5

Friday 19 January 2024

Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2023 Umum Calon Top 5 | Membawakan tema Y2K, undian dibuka dari 17 Januari hingga 25 Februari 2024

Menjelang anugerah berprestij Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2023 yang akan diadakan pada 25 Februari, Astro Gempak dengan terujanya mengumumkan finalis Top 5 bagi kesemua sembilan kategori yang dipertandingkan pada majlis sidang medianya yang berlangsung di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur.

Acara kemuncak ini bertujuan mengiktiraf personaliti serta bakat-bakat pencipta kandungan digital terkemuka dari pelbagai latar belakang. Dengan tagline ‘Terpaling Trending!’, calon-calon Top 5 ini merupakan pilihan pengguna media sosial pada undian fasa pertama dari 30 November hingga 30 Disember 2023 menerusi laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com.

Menampilkan tema Y2K, GMWA 2023 akan mengimbas kembali era kebangkitan evolusi digital dari segi fesyen, muzik, dan gaya hidup.

Antara yang tercalon dalam senarai Top 5 GMWA 2023 termasuk Amir Ahnaf, pelakon popular yang telah menambat hati ramai peminat dalam kategori ‘Selebriti Digital Tergempak’, bersama-sama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Anna Jobling, Meerqeen dan Amir Masdi.

Runut bunyi filem pecah panggung, Polis Evo 3 yang dinyanyikan oleh Malique, Kmy Kmo, Aman Ra & Ernie Zakri bertajuk Ayuh, turut tercalon dalam kategori iaitu ‘Lagu/Audio Tergempak’, diikuti dengan lagu Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Pergilah Cinta (Danial Kifli), Test Drive (Firdaus Rahmat) dan audio Makcik Dodoi (@chemass_kaklong).

Pempengaruh resepi masakan kegemaran rakyat Malaysia, Che Nom turut bersaing dalam acara anugerah ini dalam kategori ‘Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak’ bersama Amin & Abid Othman, Auntie Purple, Nelysa Norazlan dan juga Ow To The Zie.

SENARAI KATEGORI GMWA 2023 & CALON TOP 5

KATEGORI 1: LAGU/AUDIO TERGEMPAK 2023

1. Ayuh - Malique, Kmy Kmo, Aman Ra & Ernie Zakri

2. Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul

3. Makcik Dodoi - @chemass_kaklong

4. Pergilah Cinta - Danial Kifli

5. Test Drive - Firdaus Rahmat


KATEGORI 2: VIDEO TERGEMPAK 2023

1. Freestyle Anak-Anak Kudrat - @naimdanielx

2. Kena Marah Dengan Ayam - @jemblenggg

3. Kesian Girlfriend Lapar - @mikhailimaan

4. Nak Makan Tapi Kena Patuk Dengan Ayam - @davidvidz3

5. POV Ex Aizat Saha Tak Boleh Move On - @aiztsaha


KATEGORI 3: VIDEO MUZIK TERGEMPAK 2023

1. Damelo – DOLLA

2. Kudrat – Sekumpulan Orang Gila x Naim Daniel

3. Look At This – DOLLA

4. Selagi Ku Ada – Khai Bahar X Nabila Razali

5. Waktu – Hasif Upin & Ziana Zain


KATEGORI 4: DRAMA TERGEMPAK 2023

1. From Saga With Love Viu Original

2. Hijrah Jannah Astro Ria

3. Melur Untuk Firdaus 2 TV3 Malaysia

4. My Famous Ex-Boyfriend Astro Ria

5. Projek High Council Astro Originals


KATEGORI 5: SELEBRITI DIGITAL TERGEMPAK 2023

1. Amir Ahnaf

2. Amir Masdi

3. Anna Jobling

4. Dato’ Sri Siti Nurhaliza

5. Meerqeen


KATEGORI 6: GAMER TERGEMPAK 2023

1. Fluffiiee

2. Kambing Golek

3. Pok Ro Gaming

4. Tya Edros

5. Akif Iskandar


KATEGORI 7: DIGITAL CONTENT CREATOR (HIBURAN) TERGEMPAK 2023

1. Faisal Suhaimi - @faisal.suhaimii

2. Farihi Narnia - @farihinarnia

3. Foreppppp - @foreppppp

4. Linda Said - @wanitabermisai

5. Rahman Chea - @rahmanchea


KATEGORI 8: DIGITAL CONTENT CREATOR (LIFESTYLE) TERGEMPAK 2023

1. Amin & Abid Othman - @aminxabid

2. Auntie Purple - @auntiepurple248

3. Che Nom - @chenom_tiktok

4. Nelysa Norazlan - @nelysa_norazlan

5. Ozzie Manan - @ozziemanan


KATEGORI 9: DIGITAL CONTENT CREATOR (MOTIVATOR) TERGEMPAK 2023

1. Aminahtul Mardiah - @aminahtulmardiah

2. Dr. Say Shazril - @say_shazril

3, Dr. Syed Aliff Fauzan - @drsyedaliffauzan

4, Mashy - @n.mashyaircond

5. Muhammad Noor - @dodosentoso

Selain calon Top 5 GMWA 2023, majlis sidang media ini turut memperkenalkan barisan hos yang akan mengemudi malam anugerah. Amelia Henderson dan Sean Lee, selaku hos tetap program mingguan Gempak Most Wanted akan digandingkan bersama Zizan Razak dan Sherry Alhadad.

Undian calon Top 5 bagi setiap kategori boleh dilakukan di laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com bermula 17 Januari, jam 6 petang sehingga 25 Februari 2024, jam 12 tengahari. Pemenang setiap kategori akan diumumkan pada malam anugerah GMWA 2023 kelak.

Mengekalkan format yang sama seperti tahun sebelumnya, calon yang mendapat undian keseluruhan tertinggi daripada kesemua kategori akan dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama ‘Gempak Most Wanted 2023’. Selain itu, anugerah ‘Gempak Hall of Fame’ juga diberikan kepada calon yang telah memberi impak yang tinggi kepada masyarakat berdasarkan undian daripada pengguna media sosial dan para peminat.

Malam anugerah GMWA 2023 akan berlangsung pada 25 Februari 2024 secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan On Demand. Acara ini juga boleh ditonton di platform penstriman YouTube, Facebook dan TikTok

Astro Gempak menerusi GMWA 2023 Live+. Acara kemuncak ini bakal menampilkan konsep Y2K, dengan kehadiran artis-artis ternama dan personaliti media sosial. Acara berprestij GMWA 2023 akan dimeriahkan dengan persembahan daripada DOLLA, Akim & The Majistret, Aina Abdul, Khai Bahar dan kemunculan istimewa, diva Nusantara.

Acara kemuncak GMWA 2023 turut menampilkan segmen Sunsilk Moisture Boom di malam anugerah. Satu kategori khas diwujudkan dengan nama ‘Anugerah Next Level Rambut Tetap Boom!’, di mana semua peminat berpeluang untuk mengundi kategori ini melalui laman web dan maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi rancangan mingguan Gempak Most Wanted pada bulan Februari kelak.

Untuk maklumat lanjut mengenai GMWA 2023, sila layari www. gempak.com.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.