Showing posts with label 8TV. Show all posts
Showing posts with label 8TV. Show all posts

MASA UNTUK MENEKAN! UNDIAN AMT2026 BERMULA MALAM INI, “POWER” DI TANGAN PEMINAT!

Thursday, 3 September 2026

Calon sudah diumumkan, sekarang masanya untuk memilih! Selepas barisan calon Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 diperkenalkan menerusi “Malam Start Menekan!,” undian rasmi AMT2026 kini dibuka mulai 9 malam ini, memberi peluang kepada peminat untuk mengangkat calon pilihan masing-masing merebut trofi “Terhangat” menerusi undian yang berlangsung selama enam minggu, dari 3 September hingga 8 Oktober 2026, di tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat. 

Kuasa memilih kini milik anda. Undi dan sokong pilihan anda untuk tentukan siapa yang paling “Terhangat!” Enam minggu sahaja untuk anda mengeluarkan “Fan Power” dan melihat sejauh mana sokongan kepada calon pilihan mampu membawa mereka lebih dekat kepada kemenangan.

Nak gunakan “Fan Power” semaksimum mungkin? Inilah masanya! Akaun Tonton berdaftar menerima 5 undian, manakala pemegang langganan 3 bulan mendapat 2,500 undian dan langganan 12 bulan pula 10,000 undian. Gunakan setiap undian ANDA sebaik mungkin!

Edisi tahun ini turut memperkenalkan tujuh kategori baharu, menjadikan persaingan lebih terbuka dengan lebih banyak selebriti dan karya mendapat ruang untuk diraikan dalam keseluruhan 16 kategori yang dipertandingkan. Jangan tunggu lagi! Layari laman undian AMT2026 malam ini, pilih calon pilihan anda dan mula menekan undi.

Siapakah yang akhirnya akan menguasai pentas AMT2026 dengan gabungan “Star Power” dan “Fan Power” paling kuat? Jawapannya bakal diketahui apabila Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 berlangsung pada 18 Oktober 2026, Ahad, jam 9.00 malam, secara langsung menerusi TV3 dan strim juga melalui Tonton.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai AMT2026, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, X, Threads dan TikTok @TV3Malaysia, serta Instagram dan TikTok @MelodiTerhangat.

ANUGERAH MELODI TERHANGAT 2026 KEMBALI DENGAN “POWER” LEBIH LUAR BIASA

Friday, 28 August 2026

ANUGERAH MELODI TERHANGAT 2026 KEMBALI DENGAN “POWER” LEBIH LUAR BIASA | 16 Anugerah Bakal Jadi Rebutan, Nama-Nama Popular Berentap Merebut Gelaran Pilihan Peminat!

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2026 – Detik paling “Terhangat” tahun ini sudah tiba! Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 kembali dengan tema “Power,” meraikan selebriti dan karya yang menyerlah menerusi populariti dan pengaruh masing-masing. Lebih istimewa, edisi kali ini menampilkan 7 kategori baharu, menjadikan keseluruhan 16 anugerah yang bakal dipertandingkan.

Bakal berlangsung pada 18 Oktober 2026, Ahad, jam 9.00 malam, AMT 2026 akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan Tonton. Selari dengan tema “Power,” AMT tahun ini berteraskan tiga elemen utama iaitu “Star Power” yang menonjolkan keunikan setiap selebriti, “Fan Power” yang menjadi penentu kemenangan dan “Melodi’s Power” sebagai platform yang terus menggerakkan momentum arena hiburan tempatan. 

Menyemarakkan lagi penganjuran tahun ini, AMT 2026 mendapat sokongan CUCKOO sebagai Penaja Terhangat, Darlie sebagai Penaja Bersama, Mentos sebagai Rakan Penaja serta Grab sebagai Rakan E-Hailing. Buat julung kalinya, 8TV menjadi Rakan Media dan bekerjasama dengan TV3 dalam menjayakan AMT 2026 serta CUCKOOTOPIA - KONSERT PENGHARGAAN ULANG TAHUN KE-12 DIHANGATKAN OLEH AMT 2026, yang bakal menyusul selepas acara anugerah. Kerjasama ini turut disokong Hot FM sebagai Rakan Radio, serta XTRA dan OhBulan! sebagai Rakan Digital. 

Dengan pengenalan 7 kategori baharu, AMT 2026 memperluas lagi ruang untuk lebih banyak nama dan karya diraikan, mencerminkan kepelbagaian landskap hiburan semasa. Antara kategori baharu yang diperkenalkan ialah Lagu Terhangat, Drama Sangat Terhangat, Direktor & Filem Terhangat, Keluarga Selebriti Terhangat, Selebriti Fit Terhangat, Selebriti Chemistry Terhangat dan Selebriti Mandarin Terhangat. 

9 kategori yang masih dipertandingkan pula ialah:

  • Fresh Rising Star Terhangat Darlie
  • Selebriti Maskulin Terhangat
  • Selebriti Feminin Terhangat
  • Selebriti Muzik Terhangat
  • Selebriti Couple Goals Terhangat
  • Selebriti Ikon Inspirasi Terhangat CUCKOO
  • Selebriti Viral Terhangat
  • Selebriti Stailo Terhangat
  • Tonton Original Terhangat

Senarai penuh calon yang bakal berentap dalam kesemua 16 kategori AMT 2026 boleh dilihat di sini. 

Kesemua kategori serta barisan calon AMT 2026 ini diumumkan menerusi pelancaran digital “Malam Start Menekan!” yang disiarkan secara langsung di TikTok Melodi Terhangat dan TV3 Malaysia semalam, membuka tirai perjalanan AMT 2026 sebelum kuasa memilih diserahkan kepada peminat. 

Peminat kini boleh menentukan pilihan mereka apabila undian digital dibuka selama enam minggu, bermula 3 September hingga 8 Oktober 2026, menerusi Tonton. Setiap akaun berdaftar menerima 5 undian, manakala pemegang akaun Tonton yang melanggan pelan 3 bulan dan 12 bulan masing-masing bakal menerima 2,500 dan 10,000 undian. Setiap undian memberi peluang kepada peminat untuk menyokong calon pilihan mereka dan menentukan siapa yang akan membawa pulang trofi bagi setiap kategori. 

CUCKOOTOPIA - KONSERT PENGHARGAAN ULANG TAHUN KE-12 DIHANGATKAN OLEH AMT 2026  | Tampil Barisan Bintang Tempatan dan Antarabangsa 

Kemuncak kemeriahan tidak terhenti di pentas AMT 2026 apabila KONSERT CUCKOOTOPIA DIHANGATKAN OLEH AMT 2026 akan berlangsung pada 24 Oktober 2026, Sabtu, dari jam 6.30 petang hingga 12.00 tengah malam, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, bersempena sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO. 

Konsert ini menghimpunkan barisan bintang tempatan dan antarabangsa, dengan bintang popular Korea Selatan dan Duta Global CUCKOO, Lee Junho, sebagai antara tarikan utama. Turut memeriahkan pentas ialah penyanyi dari Taiwan, Trevor Kuo, Duta CUCKOO, Phei Yong, serta barisan penyanyi popular tanah air seperti Jaclyn Victor, Faizal Tahir, Ella, Mimifly, ALPHA, 3P, Jeryl Lee, Umairah, Odda, Emily, Janice Yoong dan 15 peserta daripada program realiti 8TV, Youthopia.

Orang ramai boleh menyertai Peraduan CUCKOO Spend & Meet Lee Junho dengan menyewa atau berbelanja minimum RM200 untuk mana-mana produk CUCKOO atau memperbaharui pakej servis produk untuk berpeluang memenangi tiket ke CUCKOOTOPIA, sama ada Rock Zone atau Healthy Home Zone, serta peluang eksklusif untuk bergambar secara 1-on-1 bersama Lee Junho. Nantikan pengumuman lanjut mengenai penebusan tiket menerusi platform media sosial rasmi CUCKOO serta saluran rasmi TV3 dan 8TV. 

Jadi, siapakah yang bakal mengungguli pilihan peminat dan dinobatkan sebagai yang paling “Terhangat” tahun ini? Nantikan Anugerah Melodi Terhangat 2026, 18 Oktober 2026, Ahad, jam 9.00 malam, secara langsung di TV3 dan Tonton.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai program TV3, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, X dan Threads di @TV3Malaysia serta TikTok di @TV3MalaysiaOfficial.

Bakal berlangsung pada 18 Oktober 2026, Ahad, jam 9.00 malam, AMT 2026 akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan Tonton. Selari dengan tema “Power,” AMT tahun ini berteraskan tiga elemen utama iaitu “Star Power” yang menonjolkan keunikan setiap selebriti, “Fan Power” yang menjadi penentu kemenangan dan “Melodi’s Power” sebagai platform yang terus menggerakkan momentum arena hiburan tempatan. 

Kesemua kategori serta barisan calon AMT 2026 ini diumumkan menerusi pelancaran digital “Malam Start Menekan!” yang disiarkan secara langsung di TikTok Melodi Terhangat dan TV3 Malaysia semalam, membuka tirai perjalanan AMT 2026 sebelum kuasa memilih diserahkan kepada peminat. 

1. Fresh Rising Star Terhangat Darlie

  • Imranul Effendy
  • Odda
  • DUKES
  • ALPHA
  • K.O.I
  • Zaki Yamani
  • Ryenald Guntabid
  • Daniel Fong
  • Zairi Aziz
  • Mariam Saim

2. Selebriti Maskulin Terhangat

  • Syafiq Kyle
  • Datuk Yusry Abdul Halim
  • Shukri Yahaya
  • Beto Kusyairy
  • Ikmal Amry
  • Amir Ahnaf
  • Kamal Adli
  • Hael Husaini
  • Amir Masdi
  • Fattah Amin

3. Selebriti Feminin Terhangat

  • Anna Jobling
  • Mimi Lana
  • Sophia Albarakbah
  • Daiyan Trisha
  • Tracie Sinidol
  • Fasha Sandha
  • Emma Maembong
  • Aina Abdul
  • Aisha Retno
  • Siti Khadijah Halim

4. Selebriti Muzik Terhangat

  • Aisha Retno
  • DOLLA
  • Hael Husaini
  • Mimifly 
  • Amir Masdi
  • Ernie Zakri
  • Aina Abdul
  • Khai Bahar
  • Hujan
  • K.O.I

5. Selebriti Couple Goals Terhangat

  • Syamel & Ernie Zakri
  • Fattah Amin & Amira Othman
  • Syafiq Kyle & Mimi Lana
  • Datuk Yusry Abdul Halim & Datin Lisa Surihani
  • Aiman Hakim Ridza & Zahirah Macwilson
  • Datuk Seri Vida & Datuk Fazley Yaakob
  • Janna Nick & Dini Schatzmann
  • Datin Intan Najuwa & Datuk Ahmad Azraf Azman
  • Anzalna Nasir & Hanif Zaki
  • Ain Edruce & Amirul Hafiz

6. Selebriti Ikon Inspirasi Terhangat CUCKOO

  • Shila Amzah
  • Alif Satar
  • Hael Husaini
  • Yuna
  • Bront Palarae
  • Aina Abdul
  • Syafiq Kyle
  • Datuk Rosyam Nor
  • Nigel Sparks
  • Khairul Aming

7. Selebriti Viral Terhangat

  • Datuk Rosyam Nor
  • Sophia Albarakbah
  • Aisha Retno
  • Kamal Adli
  • Norlia Ghani
  • Syafiq Kyle
  • Sofyank
  • Beto Kusyairy
  • CIk Epal
  • Seorangaen

8. Selebriti Stailo Terhangat

  • Mimi Lana
  • DOLLA
  • Datin Intan Najuwa
  • Marion Caunter
  • Aedy Ashraf
  • Nabila Razali
  • Meerqeen
  • Hael Husaini
  • Rozita Che Wan
  • Ameera Khan

9. Tonton Original Terhangat

  • Di Sebalik Jubah
  • Namamu Cinta
  • Anugerah Tanpa Cahaya
  • Dear Farris
  • Neraka Yang Terhijab
  • Keramat Gunung Jerai
  • Seindah Hujan Cinta
  • Me.N.U
  • Toksik Cinta
  • Santau Perempuan Terlarang

10. Lagu Terhangat 

  • Jodoh Lebaran (Aisha Retno)
  • Dalam Diam (Zynakal, Zamir Harith & Bel Janni)
  • ⁠Adek Saye Abe Sore (Eda Ezrin & Den Manjo)
  • Sayang Orang Sama (Adira Suhaimi)
  • Mama Papa Raya (Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida, Qadejah El Zahra & Ammar Ahyan)
  • Nurcinta (Amir Masdi)
  • Tiwikarma (K.O.I)
  • Kota Ini Tak Sama Tanpamu (Nadhif Basalamah, Aziz Harun & Aisha Retno)
  • Menamakanmu Cinta (Dato Sri Siti Nurhaliza & Ade Govinda)
  • Kopi (NAZU & Fahimi)

11. Drama Sangat Terhangat

  • Doa Yang Terlindung
  • Sumpah Ibuku
  • Setia Itu Mahal
  • Yes! Captain Zul Aaryan
  • Dorm 403
  • Bila Cinta Menjadi Dosa
  • Khianat Yang Terpilih
  • Anom Suraya
  • Jiwa Seorang Pentaksub
  • Kerana Cinta Itu Dusta

11. Direktor & Filem Terhangat 

  • Nizam Razak - Papa Zola The Movie
  • Usamah Zaid - Ejen Ali The Movie 2
  • Razaisyam Rashid - Tarung: Unforgiven
  • Zulkarnain Azhar - Polong
  • Bobby Husaini - Libang Libu
  • Nazifdin Nasrudin - Malaikat Malam
  • Nadiah Hamzah - Kata Hati
  • Shamyl Othman - Khadam
  • Faisal Ishak - Gayong & Gayong 2
  • Abhilash Chandra & Syafiq Yusof - Blood Brothers: Bara Naga

12. Keluarga Selebriti Terhangat

  • Keluarga Datuk Seri Aliff Syukri & Datin Seri Nur Shahida
  • Keluarga Datuk Sri Siti Nurhaliza & Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa
  • Keluarga Syamel & Ernie
  • Keluarga Ain Edruce & Amirul Hafiz
  • Keluarga Rozita Che Wan & Zain Saidin
  • Keluarga Datin Intan Najuwa & Datuk Ahmad Azraf Azman
  • Keluarga Ryzal Ibrahim & Maryam
  • Keluarga Maembong
  • Keluarga Datin Noor Kartini & Datuk Abdul Halim Khan
  • Keluarga Datuk Yusof Haslam & Datin Fatimah Ismail

13. Selebriti Fit Terhangat

  • Amir Ahnaf
  • Aedy Ashraf 
  • Alif Satar
  • Elfira Loy
  • Sharif Zero
  • Johan Ghazali
  • Ikmal Amry
  • Cik Manggis
  • Sharifah Sakinah
  • Khairy Jamaluddin

14. Selebriti Chemistry Terhangat 

  • Anna Jobling & Jazmy Juma
  • Amira Othman & Irfan Haris
  • Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
  • Kamal Adli & Ain Edruce
  • Merrah & Zaki Yamani
  • Firdaus Karim & Fasha Sandha
  • Sharnaaz Ahmad & Shukri Yahaya
  • Amir Ahnaf & Siti Khadijah Halim
  • Mimifly & Ain Ramli
  • Kmy Kmo & Luca Sickta

15. Selebriti Mandarin Terhangat

  • Shila Amzah
  • Firdhaus
  • Jeryl Lee
  • 3P
  • Phei Yong
  • Priscilla Abby
  • Layla Sania
  • DIOR
  • Jack Tan
  • Danny Koo

Siapakah yang bakal mengungguli pilihan peminat dan dinobatkan sebagai yang paling “Terhangat” tahun ini? Nantikan Anugerah Melodi Terhangat 2026, 18 Oktober 2026, Ahad, jam 9.00 malam, secara langsung di TV3 dan Tonton.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai program TV3, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, X dan Threads di @TV3Malaysia serta TikTok di @TV3MalaysiaOfficial.

8TV JASMINE PROJECT LOVE MUSIM 3 MENERUSKAN LEGASI PENCERITAAN KOMUNITI YANG BERIMPAK

Friday, 10 July 2026

Kuala Lumpur, 10 Julai 2026 – Jasmine Project Love Musim Ketiga di  8TV telah melabuhkan tirainya secara rasmi menerusi sebuah Majlis Apresiasi, sekali gus menutup satu lagi musim yang terus mengangkat kisah-kisah sebenar dari akar umbi untuk penonton di seluruh Malaysia. 

Disokong sepenuhnya oleh Jasmine Food, program CSR ini merangkumi 24 episod, yang mengikuti perjalanan para hos seperti Owen Yap, Chan Wei Wei, Tan Chia Yong, Desmond Tey, Jan Chin dan Soh Chin Chuan ke pelbagai negeri di Malaysia untuk mendekati keluarga yang berdepan cabaran, mendengar sendiri kisah mereka, dan merakam kisah hidup yang dilalui. 

Sokongan penonton terhadap musim ini terus dizahirkan menerusi 8TV Project Love Fund, sebuah inisiatif di bawah Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP. Melalui dana tersebut, sebanyak RM192,000 telah diperuntukkan bagi membantu 24 keluarga yang dipaparkan dalam musim ini, dengan setiap keluarga menerima bantuan berjumlah RM8,000. Program ini juga terus mendapat perhatian penonton daripada pelbagai lapisan masyarakat menerusi kisah-kisah yang dekat dengan kehidupan seharian. 

Bertempat di Holiday Inn Kuala Lumpur Bangsar by IHG, majlis ini menghimpunkan peserta program, pertubuhan kebajikan, barisan hos, rakan kerjasama dan wakil media dalam suasana yang penuh ceria dan bermakna. 

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran barisan tetamu kehormat seperti Datuk Rafiq Razali, Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Berhad; Puan Farah Shamsudin, Pemangku Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian TV & Kandungan Media Prima; Puan Stephanie Wong, Ketua Pegawai Operasi, Media Prima Omnia, Agency Solutions; Puan Crystal Lee, Pengarah Jualan & Kerjasama Strategik, Rangkaian TV & Kandungan Media Prima; Puan Wong Yee Lee, Ketua 8TV; Encik Alan Kwong, Ketua Pegawai Operasi, Jasmine Food; Puan Kow Ai Nah, Ketua Pemasaran, Jasmine Food serta Encik Farhan Hafetz, Ketua Pembangunan Perniagaan, Tradewinds (M) Sdn. Bhd.

Sebagai tanda penghargaan atas sokongan di sebalik tabir, satu sesi penyampaian sijil turut diadakan kepada pelbagai pertubuhan kebajikan yang telah memberi sumbangan besar dalam menjayakan program ini. Antaranya termasuklah Pertubuhan Kebajikan Kasih Sayang Dan Jagaan Malaysia, Rumah Charis, Tasputra Perkim, ORKIDS (Persatuan Kebajikan Anak-Anak Istimewa Selangor) , Persatuan Rumah Caring Kajang Selangor, Persatuan Kebajikan Talian Hayat Kehidupan Malaysia, CCEP Foundation dan Pertubuhan Makanan Kebahagiaan (Blisstifood).

Bagi yang ingin melihat semula kisah-kisah menyentuh hati daripada musim ini, anda boleh strim Jasmine Project Love Musim Ketiga di platform Tonton.

Untuk maklumat lanjut mengenai program menarik 8TV, layari Facebook rasmi kami: 8TVbadukongjian dan laman Instagram @8tvmalaysia atau lihat kami di Tonton, myFreeview CH108, Astro CH148, unifi CH108.

MEDIA PRIMA MERAIKAN TAHUN KUDA 2026 DENGAN ‘CNY MUST BE GOOD’

Friday, 9 January 2026


Kuala Lumpur, 9 Januari – Media Prima menyemarakkan sambutan Tahun Baharu Cina 2026 menerusi kempen CNY Must Be Good, membawa kemeriahan perayaan ke tahap yang lebih istimewa melalui gabungan program televisyen, aktiviti komuniti dan kandungan digital yang diraikan bersama rakyat Malaysia di seluruh negara!

Sebagai simbol semangat, tenaga dan keberanian Tahun Kuda, maskot baharu Xiao Max diperkenalkan sebagai wajah utama kempen tahun ini. Xiao Max turut digandingkan bersama 12 duta kempen (CNY Buddies) iaitu Owen Yap, Ong Ching Yee, Tan Chia Yong, Tan Ley Teng, Orange Tan, Rickman Chia, Natalie Ng, Desmond Tey, Ke Qing, Loh Chen Yuk, Charlotte Seow dan Emily Chua, sekali gus menjanjikan sambutan Tahun Baharu Cina yang lebih meriah dan bermakna.

Kempen CNY Must Be Good ini diterajui oleh 8TV, saluran bahasa Cina No.1 di Malaysia, dengan sokongan rakan rasmi daripada pelbagai platform seperti saluran radio Eight WuXian, portal video Tonton, laman portal Rojaklah, Viralcham dan Tantannews (TTN) serta rangkaian beli-belah WOWSHOP. 

Lagu tema baharu ‘æ–°å¹´ Must Be Good’ (XÄ«n-nián Must Be Good) menghidupkan kempen dengan menyatukan 12 duta kempen bersama dua keluarga juara daripada program Family Singing Show Season 6, sambil menyuntik elemen kekeluargaan dan keceriaan yang dekat di hati penonton.

Lebih istimewa, video muzik lagu tema tahun ini menampilkan kemunculan semula kesemua maskot zodiak Media Prima sejak tahun 2015, melengkapkan koleksi penuh 12 zodiak buat julung kalinya. Lagu ini kini boleh ditonton dan didengari menerusi pelbagai platform Media Prima.

Sebagai pelengkap kempen, pelbagai barangan edisi terhad kini tersedia di pasaran, termasuk plush toy, gelang kunci, t-shirt, tote bag, tuala dan sarung kaki. Malahan, untuk tahun ini akan diperkenalkan set eksklusif ‘8TV 12 Zodiac Keychain Collection’ yang sesuai dijadikan koleksi dan cenderamata perayaan. Dapatkan sekarang di kedai buku Popular, laman web rasmi atau platform e-dagang terpilih, sementara stok masih ada.

Kemeriahan Tahun Kuda diteruskan bersama 8TV, dengan pelbagai program televisyen dan aktiviti interaktif untuk penonton di seluruh negara. Fun Together 2026 membawa kegembiraan kepada 16 komuniti Cina di seluruh negara, manakala CNY Mega Show 2026 menghimpunkan lebih 30 selebriti tempatan untuk persembahan khas. Program menarik lain termasuk Nestum Ho Chak! CNY Special, A New Journey CNY Special 2026, As You Wish 2026 dan CNY Feng Shui Special 2026. Drama My Star Family 3 lakonan Emily Chan dan Thomas Kok pula menyajikan kisah komedi keluarga selebriti yang dekat dengan realiti masyarakat tempatan.

WOWSHOP pula memulakan jualan khas sejak 18 Disember 2025, menawarkan barangan keperluan perayaan pada harga terendah, diskaun sehingga 50% dan penghantaran percuma. Selebriti tempatan turut tampil secara langsung untuk berkongsi produk pilihan mereka, menjadikan pengalaman membeli-belah lebih interaktif.

Eight WuXian menampilkan drama bersiri vertikal menghiburkan dan menyentuh hati. TantanNews (TTN) memperkenalkan program inforia edisi khas Tahun Baharu Cina. Rojaklah berkongsi resipi kuih perayaan bersama artis jemputan, manakala Viralcham membawa penonton menjelajah dekorasi Tahun Baharu Cina di pusat beli-belah.

Tahun ini, penonton juga boleh menyertai Pertandingan MV Kreatif yang terbuka kepada murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara, dengan hadiah keseluruhan bernilai RM20,000. Penyertaan dibuka hingga 25 Januari 2026. Selain itu, kerjasama 8TV bersama Kinohimitsu menerusi kempen CNY Blessing Gift Pack akan menyampaikan hadiah istimewa kepada penerima bertuah di enam negeri terpilih.

Kempen CNY Must Be Good mendapat sokongan dan kerjasama daripada rakan penaja termasuk Kinohimitsu, Jasmine Food, Loong Kee Dried Meat, Daia, Nutox, CUCKOO, BRAND’S, Nestum, Darlie, Blackmores, NESCAFÉ Gold, Snickers, Metalogy Academy, IN2IT, Sungei Wang Plaza dan James Lai Fengshui Astrology.

Layari akaun rasmi media sosial 8TV di Facebook @8TVbadukongjian, Instagram @8tvmalaysia dan juga Facebook & Instagram @bestoflocal8TV untuk mengetahui maklumat lanjut tentang kempen CNY 2026. Hangatkan perbualan anda di platform sosial media dengan #CNYMustBeGood.