Drama Review | Bloodhounds (2023)

Sunday 9 July 2023


Director: Kim Joo-hwan
Writer: Kim Joo-hwan
Cast: Woo Do-hwan, Lee Sang-yi, Park Sung-woong, Kim Sae-ron, Tae Won-seock, Jo Wan-ki, Ha Soo-ho, Huh Joon-ho, Lee Hae-young, Ryu Soo-young, Min Kyung-jin, Choi Si-won, Park Min-jung, Hong Joon-young, Jung Da-eun, Yun Yoo-sun
Production Companies: Studio N, Seed Film, Seven Osix
Distributor: Netflix
Genre: Action / Drama
Running Episodes :8 episodes (60minutes per episode)
Release Date: 9 June 2023 
Trailer :


Diadaptasikan dari web comic berjudul "Sanyanggaedeul” karya Jung Chan yang mengisahkan tentang Smile Capital, ejen peminjam wang dengan kadar bunga tinggi. Modus operandi mereka mudah, tabur janji manis kepada mangsa kemudiannya serang untuk rampas premis tersebut. Semua mangsa terpedaya dengan pinjaman yang ditawarkan tanpa sedar terma dan syarat yang diletak dalam perjanjian kerana saiz tulisan yang terlalu kecil. 

Antara mangsa yang terperangkap dengan modus operandi Smile Capital kepunyaan Kim Myeong-gil (Park Sung-woong) ialah keluarga Kim Gun-woo (Woo Do-hwan). Sudahlah café mereka tak dikunjung kerana pandemik, terjerat pula dengan hutang bank dan juga lintah darat. Kim Myeong-gil meninggalkan parut yang besar di bahagian pipi Gun-woo sebagai amaran. 


Kerana terdesak untuk dapatkan duit, Gun-woo minta bantuan Hong Woo-jin (Lee Sang-yi) supaya dapat bekerja. Kebetulan, President Choi Tae-ho (Heo Jun-Ho) mencari personal bodyguard untuk melindungi keselamatan cucu tunggal dia, Kim Hyeon-ju (Kim Sae-ron). Berkenan dengan peribadi Gun-woo, semua hutang yang dikenakan oleh Smile Capital dilangsaikan dalam satu malam sahaja dengan syarat cucunya dijaga dengan baik. 

Kerana Kim Hyeon-ju, Gun-woo dan Woo-jin terlibat dalam perang terhadap Smile Capital. Tanpa mereka sedar lintah darat tersebut adalah dendam lama Presiden Choi dan juga seteru kepada pewaris sulung chaebol, Hong Min-beom (Si-Won). 


Drama aksi Bloodhounds yang mengetengahkan kegiatan lintah darat pasca pandemik tampak menakutkan. Ramai peniaga terjejas dengan pandemic sepanjang tempoh perintah berkurung jadi tak hairan lah kalau ramai terjerat dengan janji manis dan tipu helah lintah darat. Jangankan peniaga kecil, peniaga yang di rantaian paling atas seperti chaebol Lil Group juga alami nasib yang sama.

‘Back then I was strapped for cash, so I worked in the money lending business. Desperate people are easier to rip off.’ – Woo-jin 


Tak pernah lagi nampak chaebol terkesan dengan mana-mana entity tapi kali ni kaw-kaw chaebol terperangkap sampai terpaksa minta bantuan dari underdog untuk keluar dari kemelut masalah dia. Kelakar juga bila tengok Si-won berlakon dalam watak macam tu tapi sesuatu yang mudah untuk dia sebab tak banyak screentime dan dialog pun. Ekspresi muka je lah kena main peranan. 

Bukan saja skrip yang bagus dengan alur cerita yang diceritakan dengan baik tentang duo peninju dan bekas tentera laut malah action stunt yang ditampilkan juga mempunyai kekuatannya tersendiri. Seronok tengok bila Gun-woo dengan Hyeon-ju berlawan sebab kedua-duanya ada chemistry yang kuat. Jadi tak sabar bila mereka berdua akan muncul dalam fight scenes baik dalam perlawanan mereka mahupun sebagai pembantu kepada pengelar President Choi. 


Friendship diorang pun comel, sekejap je dah rapat walaupun jumpa cuma sekali. Karakter kedua-dua pun berbeza sangat, yang seorang berdisiplin tapi yang seorang lagi jenis hentam keromo. Elemen komedi kebanyakannya datang dari mereka berdua. Menangis masa tengok Gun-woo dengan Woo-jin kena serang dengan Smile Capital dalam Episod 6. Pengarah dah bagi hint melalui watak President Choi yang Gun-woo dengan Woo-jin kena sentiasa bersama, bila berpecah senang musuh nak serang. 

Selain corak perlawanan Gun-woo dan Woo-jin, watak Hyeon-ju juga mencuri perhatian sebagai cucu tunggal Presiden Choi yang dahulunya mempunyai sebuah organisasi besar. Kecil-kecil cili padi. Berdebar bila tengok babak mereka bertiga ditugaskan untuk pindahkan duit tunai dan juga aset lain dari kedai buku. 


‘Gun-woo, this isn’t a match where someone wins or loses. This is a war that will only end once someone’s dead.’ – President Choi

Selain boxing, MMA, hand combat, senjata api, pengarah masukkan watak pengelar dan pemanah untuk jadikan fighting scenes lebih menarik. Korea hebat dengan kemahiran memanah jadi kenapa nak sorok kan? 

Dalam Episod 7 macam pelik kenapa watak Hyeon-ju hilang terus sedangkan dendam mereka belum langsai rupanya bila dah habis layan drama ni baru tahu pelakon Kim Sae-ron ada kes memandu dalam keadaan mabuk sampai mengganggu ketenteraman awam. Disebabkan kes tersebut dia terpaksa berhenti berlakon sebab netizen menyampah tengok muka dia. 


Pengarah Kim Joo-hwan nak kekalkan juga watak Hyeon-ju dalam drama tapi reconstruct balik jalan cerita untuk Episod 7 dan Episod 8. No wonder lah dia tak ada dan sebab tu juga lah macam pelik kenapa dalam masa 4 bulan, badan Gun-woo dengan Woo-jin jadi bulky walhal jarak masa tak lama pun. Walaupun pengarah masukkan watak Oh Da-min (Jung Da-eun) sebagai ganti Hyeon-ju tapi vibe tu tak sama. 

Masa President Choi kena serang tu pun macam kelakar sebab senang sangat, takkan tak belajar dari kesilapan lama? Masa Hwang Yang-jung (Lee Hae-yeong) bagitahu diorang tak cukup orang ingatkan short sikit je rupanya short banyak. It just doesn’t make sense lah sebab bila-bila masa je pun Kim Myeong-gil boleh hidu jejak President Choi. Dua-dua ada dalam industri yang sama walaupun yang seorang kejam, yang seorang lagi bermurah hati. President Choi patutnya jadi watak yang kuat, nak pula bila dia kenal sifat licik Kim Myeong-Gil. 


Macam mana agaknya skrip asal sebelum disunting? Mungkin lepas ni produser dekat Korea boleh bertenang kot kalau nak terbitkan drama bila pelakon terpalit dengan skandal sebab penonton streaming platform bukannya terhad pada Korea saja. Bukan lah nak sokong apa pelakon tu buat tapi sayang lah cerita asal terpaksa diubah, kesian dekat semua yang terlibat dalam projek ni. 

Sinematografi mengukuhkan lagi kekuatan drama aksi ni dengan transition yang menarik dan cara kamera fokus pada subjek supaya setiap stunt terlihat kemas dan meninggalkan impak mendalam. Drama Bloodhounds ni tak sesuai ditonton dengan keluarga sebab aksi ekstrem yang dipaparkan dan mengerikan. 


Pengarah dan penulis dah bagi hint kalau drama ni tinggi ratingnya, boleh jadi ada musim kedua. Tengok pada ending pun boleh nampak ada benda yang tak settle lagi, ada juga plot yang boleh dikembangkan untuk kehidupan baru duo peninju muda tersebut. Hopefully penulis dan casting director mampu cari pengganti kepada watak protagonis wanita. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10

3 comments

  1. dah tengok episod 1, suka watak Doo Hwan dan Sangyi tapi itulah sampai kesudah tak sambung tengok. tak tahu kenapa slow sikit tengok drama korea sekarang.

    ReplyDelete
  2. It is also an audio influence used earlier in the day that congers up a particular feeling.

    ReplyDelete
  3. Ala.. diorang ubah plot ye.. Macam sayang pula..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.