PEMBANGUNAN SEMULA - TRANSFORMASI ALAMANDA PUTRAJAYA

Thursday 20 July 2023

PEMBANGUNAN SEMULA - TRANSFORMASI ALAMANDA PUTRAJAYA | Dengan penampilan taman pengembaraan, pembaharuan ini bakal memberikan pengalaman 'retailtainment' yang luar biasa

Kumpulan Pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd telah mewartakan pelan pembangunan Pusat Beli-Belah Alamanda yang kini mengukuhkan lagi komitmen untuk memberi pengalaman yang terbaik buat para pelanggan di Putrajaya.

Ini merupakan pembaharuan terbesar untuk Pusat Beli-Belah Alamanda sejak pembukaannya pada tahun 2004. Proses pembangunan telah pun bermula pada 20 Jun 2023 dan bakal dilancarkan pada suku keempat tahun 2024. Projek pengubahsuaian ini merupakan projek pembangunan yang terbesar yang dilancarkan oleh pemilik premis, Putrajaya Holdings Sdn Bhd pada tahun ini.

Projek pengubahsuaian ini akan membawakan kepelbagaian rangkaian butik dan rakan niaga bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Dengan penambahan keluasan “Net Lettable Area (NLA)” sebanyak 50,000 kaki per segi, pembaharuan Alamanda ini bakal menjanjikan pengalaman membeli belah yang lebih sempurna.

Sejajar dengan usaha penambahbaikan ini, Alamanda juga menampilkan pelbagai tawaran hiburan yang menarik untuk setiap lapisan umur. Antara pembaharuan yang bakal diperkenalkan adalah pawagam mesra keluarga dan pusat boling serba baharu. Sebuah taman pengembaraan juga bakal diperkenalkan yang menjanjikan pengalaman yang sukar dilupakan untuk seluruh keluarga dan rakan taulan.

Projek pembangunan semula ini juga akan membawakan pembaharuan landskap dari sudut rekabentuk dan penggunaan. Ianya akan dilengkapi dengan pelbagai konsep tumbuhan hijau serta ruang santai dan rehat yang menjadikan kawasan luar Pusat Beli-Belah Alamanda lebih bermanfaat.

Penambahbaikan dalaman akan menampakkan suasana moden dan elegan. Pusat Beli-Belah Alamanda bakal dikemaskini dengan lantai marmar dan selusur tangan serba baharu menampilkan kemasan moden.

Selain daripada pelbagai unsur menarik yang diperkenalkan, projek naik taraf ini juga akan menyediakan ruang legar khusus untuk pelbagai aktiviti penglibatan masyarakat, menyokong barisan rakan perniagaan yang secara tidak langsung mampu menggalakkan kehadiran pengunjung. Alamanda juga akan menambahbaik blok-blok parkir bagi melancarkan lagi aliran trafik yang mengambilkira peningkatan kehadiran pelanggan.

“Alamanda sentiasa menjadi suatu tempat yang bukan hanya dilihat sebagai Pusat Beli-Belah. Ianya juga merupakan tempat di mana keluarga, sahabat handai dan seluruh komuniti berkumpul untuk meluangkan masa bersama,” menurut Andrew Brien, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd. “Pembangunan semula ini pastinya dapat meningkatkan daya tarikan dan Alamanda akan sentiasa berada dekat di hati. Kami memperincikan semula kemasan dalaman untuk memberikan rupabentuk dan suasana yang baharu. Transformasi ini bakal mengangkat Alamanda sebagai hub komuniti yang lebih meriah dan menjadi pilihan pengunjung,” tambah beliau.

Pusat Beli-Belah Alamanda dihubungkan oleh tiga lebuh raya utama iaitu, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Mex (MEX) dan juga Lebuhraya PLUS bagi memudahkan para pelanggan untuk mengunjunginya, di samping sistem perhubungan awam yang kondusif.

Kedudukan demografinya yang strategik, di mana selain permastautin, terdapat lebih 76,000 pekerja professional dan 147,000 jumlah pelajar, daripada setiap lapisan golongan dan umur di sekitarnya.

***********************************

Mengenai Pusat Membeli Belah Alamanda

Alamanda Putrajaya dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn. Bhd. dengan keluasan yang merangkumi kawasan membeli-belah sebanyak 653,235 kaki persegi. Bagi keselesaan kira-kira 12 juta orang yang datang untuk membeli-belah setiap tahun, pusat membeli-belah ini dilengkapi dengan dua bangunan tempat letak kereta yang terdiri daripada 3,000 tempat meletak kereta, kemudahan bagi golongan kurang upaya, dua bilik salinan bayi serta bilik sembahyang. Konsep di sebalik Alamanda adalah ‘syurga pengunjung membeli- belah’, yang terletak di pusat Putrajaya.

Ruang tengah Alamanda dihiasi cahaya menawan yang mengindahkan lagi suasana pusat membeli-belah ini dan menarik baik pengunjung mahupun rakan niaga dan penyewa kedai, lebih-lebih lagi apabila pelbagai acara dijalankan setiap tahun.

Pusat membeli-belah ini terdiri daripada pelbagai jenis kedai, restoran, medan selera dan pawagam. Alamanda juga mempunyai ‘travelator’ yang menghubungkan kedai-kedai serta laluan terus ke tempat letak kereta. Selain itu, reka bentuk istimewa bangunan dua tingkat ini membolehkan para pengunjung menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah.

1 comment

  1. Lama betul tak datang jalan-jalan di Alamanda ini.. Macam makin menarik..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.