Movie Review | Eraser (2023)

Sunday 9 July 2023

Pengarah: Mark Lee See Teck

Penulis Skrip: Mark Lee See Teck, Tang Yen Yen, Mark Lee, Siti Jasmina Ibrahim

Pelakon: Namron, Adibah Noor, Angela Chan, Dhiyauddin Ariffin, Alyssa Lee, Danish Adam, Freedie Wong

Syarikat Produksi: Fiery Films

Pengedar: MyContent, Amazon Prime Video 

Genre: Drama

Durasi Tayangan: 94 minit

Tarikh Tayangan: 1 Jun 2023

Trailer : N/A

Naskhah drama yang menyajikan tema kekeluargaan dan kasih sayang tanpa mengira bangsa disajikan di Amazon Prime Video bermula Jun lepas. Filem arahan Mark Lee See Teck diambil dari filem pendek berdurasi 3 minit dan dikembangkan bersama barisan penulis yang lain untuk menjadi sebuah kisah yang sarat dengan pengajaran dan mesej sosial. 

Kisah bermula dengan kehidupan sebuah keluarga di kawasan pekan kecil. Satu malam Azman (Dhiyauddin Ariffin) bersama ayahnya, Ahmad (Namron) dalam perjalanan pulang dari masjid lalu bertembung dengan Xiao Li (Alyssa Lee) yang memerlukan bantuan. Dia bersama ibunya, Ah Yoke (Angela Chan) dalam kebasahan dek hujan dan sehelai sepinggang mencari tempat berteduh. 

Khadijah (Adibah Noor) tanpa berfikir panjang menjemput mereka anak-beranak tinggal di rumahnya buat sementara waktu. Ah Yoke bercadang untuk pajak barang perhiasan dan bekerja di mana-mana kedai lalu berpindah ke Australia. Di sana dia akan tinggal bersama kakaknya. 

Kerana trauma dan konflik yang dialami buatkan dia susah untuk percaya kepada sesiapa pun termasuklah Khadijah dan Ahmad yang banyak membantu. Ah Yoke larang anak perempuannya rapat atau mesra dengan Azman kerana mereka hanya berada di situ sekejap sahaja tapi nasihat dan larangannya diendahkan. Xiao Li selesa bergaul dengan penduduk kampung di situ kerana layanan mereka yang baik dan mesra terhadapnya. Walaupun dibuli di sekolah, Azman sentiasa akan datang membantu. 

Naskhah Eraser mempunyai jalan cerita yang ringkas walaupun pada setiap plot mempunyai konflik yang didedahkan oleh penulis. Olahan pengarah terlihat santai menyebabkan naskhah drama ni tak terasa seperti filem yang kuat impak emosinya tapi terasa seperti iklan pemadam untuk Hari Kebangsaan. Metafora pemadam yang Azman guna pun tak begitu jelas maksudnya. 

Masa Ahmad nasihatkan Azman gara-gara dia hilang semangat untuk siapkan projek seni tu rasa macam tak patut sebab emosi dia tak stabil lagi. Kenapa nak paksa? Faham lah diorang nak Azman menang dan capai impian melalui peluang yang ada tu tapi masa macam tak sesuai. It’s not that easy lah. Pertandingan macam tu tiap tahun pun ada, tambah pula motif untuk siapkan supaya Azman tahu erti tanggungjawab padahal peribadi dia elok je. Mesej dari projek seni tentang mengubat hati tu dah cantik dah tapi masa dan olahan tak kena. 

Bahasa yang semua watak guna dalam kebanyakan babak skema sangat so it’s a bit cringe lah untuk habiskan. Bab lakonan semua pelakon tak ada masalah pun sebab conversation mudah dalam situasi yang santai. Slang Xiao Li je lah comel sebab Bahasa Malaysia dia ada slang Cina macam ‘tengok sana ada ikan leh’. 

Sinematografi Eraser more to warm tone, sesuai lah dengan mesej yang dibawa oleh pengarah. Yang tak syoknya bila ada visual beberapa babak yang gegar. Props team pun pandai cari tempat dan props yang membantu latar tempat dan masyarakat dalam penceritaan Eraser. Suka tengok bilik Azman penuh dengan lukisan tangan yang dia hasilkan. 

Kekuatan filem Eraser terletak pada chemistry semua pelakon dalam keluarga kecil walaupun Ari (Danish Adam) tak ada banyak sangat screentime tapi anak bongsu ada spot tersendiri untuk menyerlah. Comel tengok bonding Ahmad dengan Azman especially part dekat dapur sembang pasal hal sekolah dan keluarga. 

Sayanglah filem Eraser ada potensi untuk jadi naskhah slice of life yang bagus tapi tersia dek olahan dan editing. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 6.3/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.