Drama Review | LIAR (2023)

Tuesday 25 July 2023


Pengarah : Jason Chong, Imri Nasution, Lim Siu Min
Penulis Skrip: Mayang Al-Mohdar (Head writer), Chi-Ren Choong, Nik Naemah Nik Mahir, Amar Amir, Honey Ahmad
Pelakon : Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Dato’ Jalaluddin Hassan, Wan Raja, Nadiya Nisaa, Atilia Haron, Nazrief Nazri, Haridhass Selvaraju, Naz Rahman, Nas-T, Aniq Suhair, Farah Ahmad, Joyce Harn, Charles Roberts
Syarikat Produksi: Double Vision Sdn Bhd 
Penyiaran: Astro Shaw Sdn Bhd
Genre: Crime / Thriller
Jumlah Episod: 12 Episod (50 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 25 Mac 2023 (Astro On Demand), 3 April 2023 (Astro Ria)
Trailer : 


Drama yang diadaptasi dari siri terkenal di UK berjudul Liar mengisahkan tentang Lara Sulaiman (Tiz Zaqyah) yang cuba mempertahankan diri setelah dirogol oleh Dr. Aiman (Tony Eusoff). Bukti yang ada telah terhapus kerana Lara baru berani membuat laporan polis selepas 3 hari. Itupun setelah dipujuk oleh kakaknya, Kathy (Ezzaty Abdullah). 

Kecewa dengan tindakan Detektif Nissa (Nadiya Nisaa) dan Detektif Kumar (Haridhass Selvaraju), Lara ambil keputusan untuk membuat posting di media sosial supaya wanita di luar sana lebih berjaga-jaga dengan Dr. Aiman. Ramai yang mengecam tindakan Lara kerana membuka aib diri sendiri dan menghantar komen bersifat victim blaming.  


Hidup Dr. Aiman pula berubah dari disanjung kepada dipandang serong oleh jiran tetangga, orang sekeliling dan juga di tempat kerja. Anaknya, Noah (Aniq Suhair) juga menerima nasib yang sama. Malah lebih teruk lagi kerana dibuli gara-gara posting Lara tersebut. 

Lara yakin dan pasti dia dirogol oleh Dr. Aiman, manakala Dr. Aiman bertegas Lara mendapa kesan sampingan oleh ubat depresi yang diambil pada ketika itu. Siapa yang sebenarnya yang menipu? Kena tengok sendiri lah dekat Astro Ria. 


Masa dijemput untuk tengok tayangan Episod 1 drama LIAR ni rasa buntu jugak dengan persoalan tu sebab pengarah tak bagi hint langsung. Tapi masa tu baru episod 1 jadi tak boleh nak judge banyak. Bila dah tengok sampai tengah baru penulis mula buka topeng sebenar si pelaku. 

Walaupun drama LIAR adalah remake dari naskhah luar tapi pujian patut diberikan kepada penulis sebab berjaya olah mengikut selera tempatan. Banyak nilai murni yang diterapkan sekaligus menjaga tema asal iaitu penipuan supaya tak lari tapi masih lagi relevan. Tak mustahil untuk remake jadi sampah sebab team production ambil mudah jadi usaha untuk mengekalkan mutu kualiti drama LIAR ni patut dipandang tinggi. 


Tak pasti lah kenapa Jason Chong pilih Tiz Zaqyah dan Tony Eusoff sebagai leading pair kemudiannya part ways sebab dalam drama Villa Kristal (2021) sebelum ni pun diorang jadi life partner tapi sekejap saja. Sembang pasal lakonan both of them did their best. Bukan saja Tiz dan Tony malah semua yang terlibat pun deliver watak dengan bagus.

To be honest momentum drama LIAR jatuh mendatar bila kita dah tahu kebenarannya tapi bila watak Inspektor Rita Samsuddin (Atilia Haron) muncul untuk siasat kes terus semangat balik nak tengok. Setiap kali dia buka mulut, setiap kali tu lah berdekah. Kecil je orangnya tapi mulut pedas melaser. Kagum dengan cara dia buat kerja, bila dia sembang tentang garis baik dan kejahatan tu tak nampak preachy pun. 


Dalam drama LIAR ni ada ramai watak sampai screentime beberapa watak jadi pendek. Watak Eddie Hassan (Nas-T) dan Noah sepatutnya diolah dan dikembangkan lagi tapi sayang cuma jadi penyeri. Tak berapa suka watak Noah sebab dosa dia dengan Sofia (Yuyun Hikmah) tak membantu jalan cerita pun. It was supposed to be crime thriller tapi jadi drama pulak. Lagi best kalau Noah dengan Sofia siasat kematian Yazmin sebab post-mortem dia shady. 

Bab soundtrack, sinematografi semuanya membantu penceritaan drama LIAR. Siapa tak tengok lagi boleh layan di Astro Ria. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7.6/10

4 comments

  1. Ada nampak drama ini tapi tak rasa macam nak tengok pun.. kikiki..

    ReplyDelete
  2. Saya layan juga, tapi tak puas hati dengan ending dia. Arhhhh! Hahaha

    ReplyDelete
  3. tengok sikit episod awal tu. best juga sebab nak tahu siapa penipu sebenar sebab muka masing confident macam dialah mangsa keadaan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.