Drama Review | Delete (2023)

Sunday 9 July 2023


Director: Parkpoom Wongpoom
Writers: Tossaphon Riantong, Jirassaya Wongsutin, Parkpoom Wongpoom
Cast : Natara Nopparatayapon, Sarika Sartsilpsupa, Nat Kitcharit, Chutimon Chuengcharoensukying, Jinjett Wattanasin, Charlette Wasita Hermenau
Production Companies: GDH 559, Netflix
Distributor: Netflix
Genre: Sci-fi / Drama / Thriller
Running Episodes: 8 episodes (45 minutes per episode)
Release Date: 29 June 2023 
Trailer :


Naskhah terbaru Netflix membawa penonton ke alam di mana smartphone yang boleh melenyapkan orang sekelip mata. Vibe drama genre thriller drama arahan Parkpoom Wongpoom mengingatkan pada franchise drama Black Mirror di mana teknologi membantu manusia dengan cara yang agak seram. 

Kisah bermula dengan episod kecurangan Lilly (Sarika Sartsilpsupa) dan Aim (Nat Kitcharit) terhadap partner masing-masing. Alasan Lilly adalah kerana suaminya, Too (Natara Nopparatayapon) yang menakutkan. Hidup di rumah ladang dengan harta yang banyak tak menjamin kebahagiaan. Sementara Aim pula hilang rasa cinta terhadap kekasihnya, Orn (Chutimon Chuengcharoensukying). 


Mereka berdua bertemu dalam satu sesi temu bual kerana Aim bekerja sebagai photographer dan juga seorang penulis novel. Karakter dan peribadi Aim buatkan Lilly jatuh cinta. Masalah bermula bila hubungan mereka dapat dihidu oleh Orn. Lilly pula dapat tahu dia mengandung. Untuk kepastian, dia pergi ke pasaraya untuk dapatkan pregnancy test. 

Di situ dia berjumpa dengan seorang budak perempuan yang minta supaya Lilly mengambil gambar menggunakan smartphone unik. Sekelip mata, gadis tersebut hilang entah ke mana. Lilly jumpa jalan keluar untuk masalah mereka dengan hapuskan Orn dan Too. Bila dah terdesak kedua-duanya tak fikir panjang. 


Drama Delete mungkin mempunyai idea yang segar dengan menggunakan keunikan smartphone yang boleh melenyapkan identiti dalam sekelip mata namun bukan pada olahan dan alur ceritanya. Pace yang digunakan tersangatlah perlahan sampai 1.5x bukan penyelamat untuk keluar dari kebosanan drama ni. 8 episod terasa panjang sangat, nasib baik lah dekat Episod 5 plot semakin menarik dengan kehadiran lelaki misteri. 

Penulis tak dedahkan apa yang terjadi pada individu yang ‘hilang’ atau kenapa smartphone tu boleh wujud. Siapa yang wujudkan pun tak diceritakan, yang pastinya penggunaan tu mengikut niat individu. Pistol kalau digunakan untuk melindungi maka selamat lah orang sekitarnya tapi kalau digunakan untuk menyerang dan membunuh, semua orang pun rasa terancam. 


Penulis tak fokus sangat pun dengan smartphone unik tu tapi pada konflik Aim, Lilly dan Too. Watak June juga ada fair share dalam perkembangan plot dan hala tuju juga nasib Lilly. Pelik dengan kesemua watak yang ada dalam drama Delete sebab tak ada sesiapa pun yang mempersoalkan kenapa smartphone berbahaya macam tu boleh wujud. Nampak sangat semua pun ada masalah besar dan perlukan sesuatu yang mudah dan cepat untuk keluar. Bila Aim cakap dengan Lilly, tak ada orang pun akan cari orang tua homeless tu dah boleh nampak lah diorang dua ni match made in heaven sebab perangai selekeh sama level je. 

Bertambah lemah skrip tu bila tak ada sesiapa pun yang fikir kesan jangka masa pendek atau panjang bila individu hilang walhal kebanyakan watak adalah nama besar dan dikenali. Masa ada masalah semuanya fikir pandangan masyarakat tapi bila dah guna smartphone semua relaks macam tak ada apa akan jadi. Pihak polis boleh terima cerita Aim tanpa buat susulan lanjut sedangkan Orn hilang dekat rumah yang penuh dengan CCTV. 


Plot twist dekat hujung yang paling mengecewakan sebab dah jumpa favorite character tapi penulis sengaja buat surprise which is unnecessary at all. Macam defeat the purpose lah kewujudan smartphone ajaib tu. Mungkin penulis nak bagitahu yang smartphone tu wujud atau tidak, jenayah tetap akan berlaku juga? 

Kalau team production nak buat musim kedua, mungkin tak ramai yang berselera nak tengok lepas 8 episod yang tak dikembangkan secara mendalam pun. Visual dengan music score okayish lah. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.2 = 5.4/10

3 comments

  1. boleh nampak banyak plot holes dalam drama ni. ok boleh skip..haha

    ReplyDelete
  2. Terus rasa tak semangat nak tengok.. kikiki.. tq Farhana..

    ReplyDelete
  3. dah add to list tapi x tgk lagi. baca ni mcm..emmmm

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.