Inspirasi Rumah Idaman Bersama Nabila Razali

Sunday 30 July 2023


Dua minggu lepas dapat jemputan dari iProperty untuk join Seminar Pameran Hartanah Bumiputera iProperty.com.my di IOI Mall. Panel sesi Inspirasi Rumah Idaman ialah Mardiana Rahayu - UEM Sunrise Chief Development Officer, Ahyat Ishak - Founder of Pejuang Hartanah dan panel jemputan istimewa, Nabila Razali. 

I, Husna dengan Sheera plan nak pergi seminar ni dulu lepastu gerak pergi ke Genting tapi sebab tak pandai plan tempoh masa dari rumah ke rumah sampai ke venue utama, kitorang sampai lambat. Masa tu Nabila dah habis perform dah. Melepas nak dengar cumi cumi live. Ni second time lah jumpa Nabila Razali, first time masa open house CTDK tahun lepas. Ramai juga masa tu tapi nasib baik lah dapat seat dekat belakang. 


Antara perkongsian Nabila Razali di seminar Inspirasi Rumah Idaman:
  • Rumah ibarat syurga. Bila penat bekerja, rumah jadi tempat untuk rest and retreat. Setiap ruang penting untuk buatkan rumah jadi satu tempat yang seronok sama ada untuk Bella ataupun tetamu yang datang. 
  • Karier Bella tak seindah di hadapan kamera, senang untuk putus asa. Walaupun seorang saja yang datang support tapi Bella tetap akan entertain orang tu. 
  • Dalam hidup tak boleh semuanya indah saja, kalau semuanya menang dan achievable, tak ada lah kenangan manis dan rasa semangat untuk bangun bila jatuh. 
  • Setiap benda dalam kehidupan ni, kena ada komitmen supaya kita tahu purpose dalam hidup. 
  • Rumah idaman Bella adalah rumah yang seimbang, tak jauh dari bandar tapi tak juga terpencil sangat. Rumah Bella sekarang dekat dengan bukit-bukau, gunung-ganang, ada sungai, ada tasik, lepas hujan ada kabus. Nak dapat ambience macam ni kena pergi jauh tapi area rumah Bella dah ada semua ni. 
  • Untuk memiliki rumah, kena ada niat, ilmu tentang rumah dan financial planning untuk dapatkan rumah idaman. 

Tak lama pun seminar ni sebab satu jam saja berdiskusi tentang rumah idaman. Kebanyakan masanya Bella lah yang berkongsi input. Seronok juga lah dengar dia sembang sebab dia pandai tarik crowd walaupun input yang dia kongsi tu general dan asas untuk beli rumah. Habis join seminar tu kitorang pusing-pusing tengok semua booth yang ada dekat Ekspo Perumahan Bumiputera. 

Ada banyak promosi dan tawaran menarik dari hartanah yang join ekspo pameran dekat IOI Mall Putrajaya ni. Ada juga periksa kesihatan kewangan percuma dan semakan kelayakan pinjaman oleh KWSP & CTOS dengan strategi pelaburan dan tip yang dikongsi oleh pakar industri hartanah.But since kitorang tak ada plan nak beli rumah dalam masa terdekat, usha sekilas lalu je lah. Buat meriahkan majlis. 




And my picture with Bella. 


Bella nampak tinggi sebab heels dia tinggi ye but anyway dua kali jumpa Bella, dua kali dia layan dengan baik. Habis je bergambar dengan Bella terus pergi makan sebab lapar. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.