Saturday, 28 December 2019

Telemovie Review : Peraturan – Ikut Atau Mati


Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : 
Pelakon : Shukri Yahaya, Sara Ali, Shah Radhi Hazvee, Fauzi Nawawi, Fazlina Ahmad Daud, Dania Azmi, Meor Mohd
Genre : Seram / Thriller
Durasi Tayangan : minit
Tarikh Tayangan : 5 Oktober 2019
Syarikat Produksi : Bambam Studios
Pengedar : Astro Citra dan Astro Ria

Nampak trailer telemovie ni dekat Twitter and the story looks great with horror thriller genre. Peraturan Ikut Atau Mati ni mengisahkan Owdy (Shukri Yahaya) yang telah kematian isterinya, Fatin (Sara Ali) dan juga anaknya yang masih dalam kandungan. 


Namun Owdy masih dapat melihat roh Fatin di dalam rumah mereka itu dan minta Owdy untuk mencari hati pembunuhnya. Owdy yang sememangnya mempunyai penyakit mental akhirnya menjadi pembunuh bersiri dengan meninggalkan nota ‘Peraturan Dan Denda’ yang ditiru dari buku manual undang-undang jalanraya.


Owdy buru kelima-lima individu yang telah melakukan kesalahan trafik pada hari kejadian sehingga menyebabkan kematian isteri dan anaknya. Tapi berlaku kekeliruan dengan mangsa yang terakhir kerana Habil (Shah Radhi Hazvee) mempunyai kembar dan malang buat Habil bila Qabil sebenarnya yang bersalah.


Detektif Mustakim (Fauzi Nawawi) dan Detektif Adam (Meor Mohd) ditugaskan untuk menyelesaikan kes pembunuhan tanpa hati ni selama 5 tahun pada tarikh yang sama. Disebabkan mangsa kelima, mereka berdua jumpa kunci penyelesaian untuk kes pembunuhan ni dan apa motif Owdy untuk membunuh. 


Pengarah tak simpan lama untuk reveal siapa pembunuh dan apa motif sebenar cuma kita dapat tengok macam mana detektif selesaikan misteri ni dengan cara mereka. Walaupun cerita ni paparkan sisi jahat Owdy sebagai pembunuh tapi mesej dalam cerita ni berpihak pada malangnya nasib Owdy sekeluarga bila sikap buruk segelintir rakyat Malaysia yang suka melanggar peraturan jalan raya sampai membahayakan nyawa orang lain.


Lakonan Shukry Yahya tak pernah mengecewakan tak kira lah dalam babak mana dia muncul tetap menyerlah. Paling kesian dan rasa emosi bila tengok part dia merayu dekat Qabil supaya alih kenderaan untuk bagi laluan kepada ambulans. Screentime Sara tak banyak dan watak dia sebagai Fatin pun agak lemah bila kongsi satu scene dengan Shukry. 


First time nampak lakonan Shah Radhi Hazvee and quite impressive bila dia berlakon dua watak yang berbeza. Terkesan dengan scene dia merayu tunang dia, Marisa (Fatin Idania Azmi) datang selamatkan tapi sayangnya Marisa anggap tu cuma guarauan. Mesej sampingan dari team production, jangan suka sangat buat prank calls sampai orang dah malas nak percaya. 


Cerita ni mungkin agak tak sesuai untuk tontonan umum sebab cara dia membunuh tu director tunjuk real sampai meremang tengok bila Owdy mula naik hantu. But big applause for the team sebab buat mayat tanpa hati dan organ hati nampak real sangat. 


Certain scenes dalam telemovie ni nampak mengganggu penceritaan bila terlampau gelap sangat but it just a minor glitch lah. Suka VFX telemovie ni especially bila roh Fatin muncul dengan muka hodoh dan berubah jadi cantik bila Owdy pandang dia. Kudos!

For a telemovie, this one is totally a must watch!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought 1 = 10/10

5 comments:

  1. woww...macam best! 10/10 FJ kasi! nak kena cari ni! kita da la minat shukri yahya!

    ReplyDelete
  2. Ala.. ala.. macam best je nak tengok.. ada gore gore nie.. hehehe

    ReplyDelete
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing this amazing post and effort to provide such a good content on this specific topic. No doubt, I admire your way of presenting. Looking forward to read more, Keep continuing. Really amazing stuff. There are so many fun and exciting Things to do and experience around the world that I thought I'd put together a list of my favourite things to do for all travelers ...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.