Black Volcano Pizza, Pizza Hut

Saturday 14 December 2019


Pizza Hut come up dengan menu baru Black Volcano Pizza bila kerak berwarna hitam dan penuh dengan keju. I tak berapa minat makanan warna hitam ni tambah pulak bila bersalut dengan arang. Tak tahu apa khasiat makan arang atau apa jenis kepuasan yang kita dapat bila makanan warna hitam. 

Tapi bila ramai yang kata sedap tambah pula bila banyak keju, join la jugak merasa men baru Pizza Hut ni. 


So ni lah realiti Black Volcano Pizza, ada crust yang terbakar habis. Ada yang cantik lah berbentuk bujur mangkuk filled with cheese. Nak makan pizza ni agak unik lah sebab selalunya kita tarik bentuk segi tiga tapi yang ni tarik doh berbentuk bujur cheese tu. 

Bila tarik tak sama lah macam dalam iklan. Tarik sikit pun dah putus dah cheese dia. Nak buat Boomerang letak dalam IG story pun tak lepas. 


Crust dia memang berwarna hitam pekat macam dalam gambar ni. Bukan gimik letak pewarna belah atas je. Rasa dia kembang tekak lah kalau makan doh kosong ni sebab hitam haha


Menu terbaru Pizza Hut ni sedap je sebab kaya dengan cheese walaupun warna hitam tu tak menarik tapi kalau topping ayam tu dipotong lebih kecil lagi bagus rasanya sebab tak balance langsung rasa dia bila makan kosong tanpa ayam. Pizza banyak lagi tapi ayam dah habis. Overall, menu ni boleh repeat lagi. 

5 comments

  1. Dari akak kecik memang try tarik cheese macam dalam iklan pizza hut tapi itu semua tipu je. Haha

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap tapi tak cuba pun sebab harganya mahal juga. Beli yang biasa je selalunya.

    ReplyDelete
  3. aida da makan.
    tapi ha ha ha ha tak snap gambo pun!
    memang 1-2 bulan sekali wajib masuk makan2 di pizza hut.
    anak2 suka. sup labu nyer wow!!! sedap.
    pizza nyer pun x pernah mengecewakan.

    ReplyDelete
  4. haritu ada tryy juga. sebab teringin and the visual dalam iklan nampak macam sedap sangat kan haha. overall, 4/5 bagi kc. and yess, takde punn cheese leleh or cheese tarik tu.. cheesekut! hahaha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.