River Of Life, Kuala Lumpur

Monday 23 December 2019

Sebelum ni dah pernah pergi River Of Life di sebelah malam sebab nak bawa saudara jalan-jalan tengok KL tapi kali ni singgah sekejap untuk tengok kecantikan di waktu siang. 


Kalau sebelum ni sakit kepala dengan sesat dengan nak cari parking lagi entah dekat mana, kali ni chill je singgah sini sebab jalan kaki je dari Dataran Merdeka. Pemandangan waktu siang pun not bad lah for me, cantik sangat boleh nampak Masjid Jamek di seberang sana. 

Dalam gambar baru perasan yang sebelah siang pun kabus dia keluar cuma tak sebanyak macam waktu malam lah. 

Sebelah siang agak sibuk dan ramai pengunjung especially tourist lah dari Indonesia, Vietnam and negara orang putih sana. Masa kitorang sampai sini siap ada model omputeh tengah photoshoot lagi dekat sini.


Dulu masa datang tak ada lagi cage cantik berjuntai pasu ni. Sesuai betul buat warna putih sebab ngam dengan warna cat bangunan besar dekat sebelah tu. Bila bergambar dekat laluan nampak cantik kan? Kalau tak pun please ye kan aje.



Tak boleh nak lama dekat sini sebab hari dah nak hujan. Next time kalau datang lagi nak berjalan ke sebelah Masjid Jamek pulak sebab dekat sana pun boleh tahan cantik sekarang ni. Kalau sepanjang jalan ke Masjid tu penuh dengan bunga ros jepun ataupun kekwa yang senang tanam, senang hidup mesti lagi cantik. 

For me, antara siang ataupun malam, I lagi suka waktu malam sebab lagi cantik dengan lampu dan sungai ni jadi warna biru. Nak berjalan pun rasa romantik sikit walaupun berbau haha

7 comments

  1. Belum pernah singgah River of Life ni walauoun dulu stay area KL. Tapi sekarang dah duk Port Dickson, kena tunggu cuti la nak jenjalan KL..

    ReplyDelete
  2. Belum sempat nak singgah ROL ni lagi. Tapi surely waktu malam sangat cantik sebab banyak lampu warna warni. Even KL pun rasanya cantik waktu malam 😊

    ReplyDelete
  3. Hari tu lalu je sebab hujan.. One day nak singgah juga la sini..

    ReplyDelete
  4. Waaah~ lamanya dah ke KL. Ada aja perubahannya. 😍

    ReplyDelete
  5. Tak pernah singgah lagi tempat ni.

    ReplyDelete
  6. pernah ke sini, dulu.
    mlm hari. cantik, fana :)
    siang hari lom pernah gi.
    mcm nak ajak la mr.asben nanti.
    dia tu sukar skit nak ajak ke KL. jem lah. panas lah.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.