Sunday, 22 December 2019

Beryl's Chocolate Shop, Jalan Panggung KL


Salah satu tempat best nak jalan dekat area Jalan Panggung ialah kedai coklat jenama Beryl's buatan tempatan ni. Dari luar nampak biasa je kedai ni tapi bila masuk dalam memang terpegun sebab bau coklat yang wangi dan deco yang stylish. 


Since kitorang masuk dari pintu belakang, kitorang jumpa tandas dengan tempat basuh tangan dulu. Tapi tandas dia rosak masa tu so tak boleh guna. But who cares sebab kitorang nak tengok isi dekat dalam bukan tumpang tandas hshshs


Cantik kan? Macam masuk rumah orang je. 


Dekat bahagian belakang ni ada tempat buat coklat. Proses pembuatan ada dekat dalam gambar tu. Masa update entri ni baru perasan yang proses flow number 1,2 dengan 3 tak ada hahaha ampunnnn


Dekat sebelah, ada mini bar so you boleh je order then lepak dekat seat yang diorang sediakan. Lighting dekat sini cantik so boleh la bergambar masuk IG. 


Dekat bahagian tengah you guys akan jumpa pelbagai jenis coklat jenama Beryl's dengan pelbagai perisa. Untuk Malaysia haruslah keistimewaan dia, perisa durian dan cokat perisa ni antara kegilaan penduduk Taiwan berbanding rakyat Malaysia sendiri. Crazy right? 


Coklat Beryl's terkenal dengan coklat perisa cili. Jangan tanya apa rasa sebab tak pernah try. 



Suka tengok packaging coklat Beryl's ni sebab cantik. Masa tu ingat nak grab satu sebab bekas tin edisi Krismas dia cantik tapi bila ingat coklat ada banyak lagi dalam fridge terus cancel niat nak beli tu. Nafsu je semua tu!


Yang bestnya dekat area Pasar Seni ni, bukan setakat dekat tepi bangunan je ada mural arts tapi dalam kedai pun ada mural arts menarik.




Di bahagian depan pulak ada ceritakan sejarah pembuatan coklat dari zaman tribal lagi sampai lah sekarang jadi kegilaan ramai terutamanya kaum wanita. 


Fun fact, Beryl's ni wujud sejak tahun 1995 dengan misi 'Cemerlang' dan fokus untuk jadi jenama coklat terbaik baik di Malaysia ataupun di global market. Kilang pertama dibuka di Desa Serdang, di kawasan selatan Kuala Lumpur.
 

Dekat ruang tengah ni ada koleksi coklat jenama Beryl's dari koko pelbagai negara. Ada tester disediakan untuk tahu rasa dia macam mana. Kalau you guys datang sini, boleh la try nanti tapi jangan angkut bawak balik rumah pulak. 


Since December is Christmas month, decoration dalam kedai ni memang penuh dengan decoration Christmas lah. 


Nampak je macam dua tingkat tapi ruangan bawah sahaja yang dibuka untuk pengunjung ye. Kedai coklat Beryl's ni dibuka setiap hari dari jam 9 pagi sampai 6 petang. 

2 comments:

  1. Bestnya.. Mahu habis berkoyan-koyan duit ini kalau pergi.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Baharu tahu coklat Beryl's ni adalah buatan tempatan.
    Dah lama tak pergi CM baca post ni teringin pulak nak pergi hahaaa...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!