Wednesday, 18 December 2019

Akshay Kumar & Kewarganegaraan Kanada


Mungkin tak ramai yang tahu pelakon #1 di Bollywood, Akshay Kumar ada kewarganegaraan Canada dan bukannya India. Since nama Akshay meningkat naik dengan filem-filem nasionalisme seperti Baby, Special 26, Gabbar, Airlift, Rustom, Toilet : Ek Prem Katha, GOLD, Mission Mangal dan banyak lagi, netizen mula pertikaikan kerakyatan Akshay. 

“ I must tell you: this is my home, Toronto is my Home. After I retire from this industry (Bollywood), I am going to settle here.” - Akshay Kumar

 Kewarganegaraan Kanada

Dalam satu interview lama Akshay dah pernah jelaskan kenapa dia pilih untuk apply citizenship negara Kanada. Tahun 1995 dia pergi ke Kanada untuk shoot movie Khiladiyon Ka Khiladi. Zaman 90-an dulu nama Akshay Kumar tak naik macam nama The Khans dan sebelum movie nasionalisme meletup di Box Office pun, dia masih lagi underrated walaupun kebanyakan movie dia bagus ataupun best untuk ditonton. 

Disebabkan ramai peminat dia di Kanada yang datang dari kaum Punjabi dan India selalu support movie dia so dia rasa ada special place dalam hati dia dan rasa Kanada tu rumah kedua. 

Tambah pula bila masa tu ayah dia ada kanser tahap 3 dan Kanada ada medical service lagi bagus dari India. Kawan-kawan Akshay di Kanada ada good influence and network dekat sana so dia selalu ulang-alik untuk dapatkan rawatan untuk ayah dia. 

Walaupun ayah dia tak mampu sembuh dan meninggal dunia lepas rawatan tapi disebabkan warm service and support dari Canadian buat dia rasa terharu dan apply citizenship negara tu. 

Ada warganegara negara lain tak bermaksud Akshay tak sayang dengan tanah air sendiri sebab isteri dia, Twinkle Khanna dan anak-anak dia lahir dan membesar di India. Even Akshay sumbang banyak bantuan untuk rakyat memerlukan selain membantu beri kesedaran kepada orang awam melalui filem-filem dia. 

Sumbangan Akshay Kumar kepada India

1. Sumbangan Dana Untuk Mangsa Bencana


Setiap tahun India akan dilanda banjir di beberapa kawasan dan golongan yang paling teruk terjejas ialah golongan petani bila sumber rezeki ditenggelami air dan musnahkan hasil tuaian. Ada yang tak mampu survive sampai bunuh diri satu keluarga. 

Akshay hulurkan bantuan dengan menyumbang dana kepada 180 buah keluarga dan wang tunai kepada mangsa-mangsa banjir di Chennai. Akshay support Being Human Foundation milik Salman Khan dengan menyumbang dana sebanyak Rs50,000.

Image result for AKSHAY KUMAR chennai flood

Tahun 2019 India dilanda bencana taufan Fani dan beberapa kawasan tenggelam dan banyak keluarga yang hilang tempat tinggal. Akshay antara yang terawal dan terbanyak menghulurkan sumbangan kepada mangsa terlibat.

2. Martial Art School


Akshay terkenal dengan seni pertahankan diri and most of his stunt scenes dia yang buat sendiri tanpa bantuan double body dalam filem dia. Disebabkan kes gangguan seksual makin meningkat di India, Akshay wujudkan sebuah sekolah khas untuk martial arts training secara percuma di Mumbai. 

3. Skim Insurans Untuk Stuntman

Industri perfileman besar seperti Bollywood perlukan ramai stuntman especially movie genre aksi so golongan ni berisiko besar untuk cedera dan lebih parah lagi kehilangan anggota fizikal bila berlakon. Dengan bantuan dari pakar bedah Dr. Ramakanta Panda, Akshay launched skim insurans untuk yang berumur 18 tahun hingga 55 tahun dan available di 4000 hospital di India. Skim insurans ni akan cover sebanyak Rs4,000 bila stuntman injured masa shooting. 

4. Sumbangan Dana Untuk Angkatan Tentera India


Ramai tentera India yang terkorban angkara serangan pengganas dan beberapa hal keselamatan negara yang lain thus Akshay decide untuk menyumbang kepada keluarga yang kehilangan semasa bertugas. 

5. Lancarkan Apps "Bharat Ke Veer"

Related image

Tak cukup dengan bantuan dana kepada keluarga askar yang terkorban, Akshay lancarkan apps dan juga website "Bharat Ke Veer" untuk orang ramai salurkan bantuan secara terus kepada keluarga mangsa. 

6. Bina Hospital Untuk Polis

13 Mac 2017 Akshay launched Hari Om Cancer Shelter di Naigaon dimana anggota polis dan ahli keluarga boleh dapatkan rawatan kanser  yang dilengkapi bilik berhawa dingin dan set makan dengan harga serendah Rs400 sahaja. 

Idea ni datang bila Akshay hantar ayah dia ke Tata Memorial Centre dan ramai anggota polis ataupun askar yang terbaring di lantai tunggu rawatan. Hal ni buat Akshay sedih bila anggota polis dan askar kebanyakannya berkhidmat untuk negara tapi tak dijaga dengan baik. 

Banyak lagi sumbangan lain yang Akshay buat untuk negara dia selain yang disenaraikan di atas. Setiap tahun Akshay antara pelakon yang bayar advanced tax dan setakat ni belum pernah lagi nama Akshay terlibat dalam mana-mana skandal ekonomi. 

So is it really a big issue to have another country's citizenship? Disebabkan troll dan cacian makin meningkat gara-gara isu warganegara ni, Akshay dah apply Indian citizenship and hopefully next year dah tak keluar isu ni lagi. 

9 comments:

  1. kota: Balikpapan
    pekerjaan: Bisnis
    jumlah pinjaman: Rp4,4 miliar
    Suku Bunga: 1%
    kesaksian koresponden W / A: +6281617538564

    Saya tidak akan berhenti untuk memberikan kesaksian tentang Kantor Pinjaman AASIMAHA ADILA Sah yang Sah untuk saya. Saya tidak pernah berpikir saya akan bertemu dengan pemberi pinjaman pinjaman terkemuka di blog. Saya meluangkan waktu saya untuk memberikan informasi tentang perusahaan ibu muslim saudi arabia karena dia akhirnya menawarkan bantuan pinjaman besar yang tidak bisa ditawar oleh orang lain. Saya terlibat hutang besar dengan debitor dan bank dan saya mencari pinjaman dari pinjaman yang berbeda perusahaan tetapi tidak ada. Sebaliknya mereka membawa kami ke lebih banyak hutang dan akhirnya meninggalkan kami sehingga saya bertemu AASIMAHA ADILA AHMED, yang menawarkan pinjaman meskipun pada awalnya saya pikir itu akan berakhir seperti perusahaan pinjaman lain .. perusahaan ibu muslim itu memiliki reputasi baik dan nyata. Mereka menawarkan kepada saya Rp4,4 miliar dengan tingkat bunga sangat rendah 1%. Saya telah belajar banyak hal dalam hidup sekarang, Jika Anda ketinggalan, jalankan lebih cepat. Jangan pernah menyerah, tidak pernah menyerah, dan bangkit melawan rintangan. Jangan menyerah. Anda seharusnya tidak pernah melepaskan diri batiniah Anda. Jangan pernah menyerah, karena itu adalah tempat dan waktu yang tepat bagi gelombang pasang. Jangan pernah menyerah dan tidak pernah menyerah. Perusahaan ibu muslim tidak berbohong, jangan menipu dan tidak mencuri seperti banyak orang lain yang menipu dan menipu saya. Apakah Anda membutuhkan modal besar, Apakah Anda berhutang, apakah Anda memerlukan pinjaman pribadi. hubungi mereka sekarang, dan pinjaman Anda akan disetujui sesegera mungkin. karena yang berkomitmen dalam melayani klien dan mengangkat orang miskin. Akan menarik untuk mengetahui bahwa semua orang di daerah saya melamar dan mendapatkan pinjaman dari mereka. Terapkan sekarang dan bebas dari tangan scammers pinjaman.
    Daftar Sekarang: (aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com)
    Pusat bantuan W / a: +447723553516
    E-mail; jurjanibude0811@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Hensem pelakon ni. Suka lakonan dia terutama part lawan2. 😂

    ReplyDelete
  3. Zaman khan khan tgh meletop...dia jadi 2nd hero je.

    ReplyDelete
  4. bagus kat sifat kemanusiaan dia ni...

    ReplyDelete
  5. dia antara hero bollywood kegemaran akak selain dari the khans, even sekarang akak lebih memilih movie lakonan dia dari pelakon baru. Akak baru tahu yang dia ada kewarganegaraan kanada bukan india... tapi itulah haters ada kat mana-mana kan, walaupun berapa banyak menyumbang pada rakyat india tapi mereka tak nampak...

    ReplyDelete
  6. da habis baca dekat twitter. Suka betul baca thread yang ni. All of the sudden teringat cerita Gabbar is back sebab surprisingly apa yang dia buat tu ada cerita dalam gabbar. Masa dia nak bunuh orang besar yang punca menyekat salur air sungai. Katanya , kebanyakkan petani kehilangan punca pendapatan dan ada yang bunuh diri. Pastu pasal martial arts.

    hmm memang hebat pemikiran dia. Padan Rohit Shetty salute dengan dia dalam dunia stuntman.

    ReplyDelete
  7. Skim insurans untuk stuntman tu bagus sangat. Memang patut buat untuk mana-mana negara pun. Syavbas Akshay..!! :)

    Dulu tak minat dia sebab asyik berlakon cerita aksi.. sikit-sikit nak bertumbuk je.. hahahaha.. tapi sejak dia makin tua then berlakon filem-filem yang ada emosi, terus suka kat dia. Tang hidung mancung dengan kening dia tu aduhhhhh.. handsome teruk..! makin tua makin macho.. hehehee.. :)

    p/s : cerita la lagi pelakon Bollywood yang ada kewarganegaraan luar. Suka nak tahu terutama sekarang isu CAA tengah panas kat India kan.

    ReplyDelete
  8. tak kisah kewarganegaraaan mana pun kalau dah attitude bagus campak mana pun glemer juga

    ReplyDelete
  9. Bagusnya attitude dia.. Tak kedekut membantu malah sentiasa berusaha mencari apa yang boleh dibuat.. Salute lah..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.