Movie Review : The Sky Is Pink

Sunday 15 December 2019


Director : Shonali Bose
Writer : Shonali Bose, Juhi Chaturvedi, Nilesh Maniyar
Cast : Priyanka Chopra, Farhan Akhtar, Zaira Wasim, Rohit Suresh Saraf
Production Company : RSVP Movies, Roy Kapur Films, Purple Pebble Pictures, Ivanhoe Pictures
Distributor : RSVP Movies
Genre : Family Drama
Running Time : minutes
Release Date : 13 September 2019 (TIFF) & 11 October 2019 (India)
Trailer :


Movie yang terpilih untuk ditayangkan di tayangan perdana di Toronto International Film Festival ke 44 ni diadaptasi dari kisah sebenar kehidupan Aisha Chaudhary (Zaira Wasim) yang menghidap Severe combined immunodeficiency (SCID) sejak lahir.

 
Actually sebelum Aisha, Aditi (Priyanka Chopra) dan Niren (Farhan Akhtar) dah pernah kehilangan Tanya yang juga hidap penyakit genetik yang sama. Bila lahir Ishaan (Rohit Saraf), Niren dah bersyukur sebab dia takut untuk rasa kehilangan lagi.


Tapi takdir ada cara tersendiri untuk eratkan lagi kisah keluarga ni bila Aditi tahu dia mengandung walaupun dia dah ambil langkah selamat. Dia tak boleh gugurkan sebab dalam Kristian perkara tu berdosa so diorang decide untuk besarkan Aisha.


Disebabkan ni kali kedua, both of them dah well-prepared dan pindah ke London untuk dapatkan rawatan tapi duit simpanan dah habis so Niren minta bantuan public untuk derma 120,000 pounds supaya Aisha dapat buat bone marrow transplant. Tak sangka warga British baik hati sampai jumlah donation diorang dapat sebanyak 250,000 pounds.


Walaupun Aisha selamat tapi dia perlu hidup dalam rumah selama 10 tahun supaya stem cell dia boleh membesar dengan elok. Niren dan Ishaan pindah ke London bila Niren tak mampu hidup berjauhan dengan Aditi. 

Lepas Aisha menginjak umur 16 tahun, dia dah bebas dari SCID tapi malangnya side effect dari chemotherapy rosakkan paru-paru Aisha so dia ada beberapa tahun je lagi untuk hidup unless Aisha setuju untuk buat lung transplant then Aisha ada masa lagi 10 tahun untuk hidup. Tapi Aisha dah tak mampu. 
“You think it will be easier to die at 28 than 18?”

Walaupun dah tahu perjalanan kisah hidup Aisha dan apa akan jadi at the end tapi jalan cerita TSIP tetap menarik untuk ditonton disebabkan kisah kekuatan cinta Aditi dan Niren selama 25 tahun bersama sebagai pasangan. Tak kisah macam mana teruk pun ujian diorang, mesti balik bersama jugak. Now I feel like I need to have a cool guy like Niren.


Karakter Aisha sejenis yang funny and adorable so its fun to watch them as family. Though Ishaan nampak macam pendiam tapi dia mainkan peranan untuk part air mata mengalir. Both are great in portraying their character as siblings. Sayang lah Zaira dah berhenti berlakon di Bollywood sebab talent dia memang terbaik. Be it in Dangal, Secret Superstar and TSIP.


Same goes to Priyanka bila dia menyerlah sebagai tonggak cerita ni. Dari being madly in love, being melodrama over her kids, be firm and strong, emotional wreck or even mentally psycho semuanya buat kita rasa dekat dengan watak Aditi.


She deserves the Best Actress award this year because she was just like magic in this movie. Suka sangat scene dia dengan Ishaan bila dia yakinkan anak dia yang setiap manusia ada warna langit tersendiri. Kalau Ishaan nak warna pink then dia akan support warna langit anak dia. Best decision she made for leaving Bharat and chose this movie instead.


Since movie ni genre family drama so tema dia more to warm concept and so does the visual. TSIP team did a great job dalam menghidupkan suasana tu. With great storyline, dialogue and visual, music score pun mainkan peranan jugak. Totally in love with Dil Hi Toh Hai nyanyian Arijit Singh.


I must say this is a family entertainer of the year. Thanks Shonali Bose for the story and congrats to Priyanka for having the first movie produced under her Purple Pebble Pictures. Movie first dah boleh sampai ke TIFF. Recommended to watch!


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

8 comments

  1. Cmane akak sebagai peminat filem Hindi boleh terlepas movie ni. Ok kena cari

    ReplyDelete
  2. sedihnya lak rasa walaupun baru baca review kat sini dan tengok trailer :(

    ReplyDelete
  3. dengar lagu tu pun dah best.. baca review Farhana nie buat sesak perut.. huhuhu.. mesti sarat dengan emosi..

    ReplyDelete
  4. Best la review ni.
    Boleh rasa part sedih tu
    Tapi boleh rasa juga part happy dan strong as a family.

    ReplyDelete
  5. Tolonglah bagitahu kat mana boleh tengok movie ni..!! NAK SANGAT TENGOK..! huhuhuu.. nangis bucu katil.. pleaseeeee help.. :p

    ...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.