KARNIVAL JOM HEBOH 2025 BUKA TIRAI DI KL BASE, KUALA LUMPUR BERSAMA MISI ISTIMEWA EJEN ALI!

Tuesday, 27 May 2025

KARNIVAL JOM HEBOH 2025 BUKA TIRAI DI KL BASE, KUALA LUMPUR BERSAMA MISI ISTIMEWA EJEN ALI! | AJAK SATU KELUARGA LUANGKAN CUTI SEKOLAH DI KARNIVAL PALING GEMPAK PADA 30 MEI HINGGA 1 JUN INI!

Warga Lembah Klang, bersiap sedia! Acara padang paling lama di Malaysia kembali untuk edisi 2025, tepat ketika bermulanya cuti sekolah. Jom cipta kenangan indah bersama insan tercinta di Karnival Jom Heboh (KJH), yang bakal membuka tirainya di lokasi baharu iaitu KL Base, Kuala Lumpur selama tiga hari yang penuh aktiviti, bermula 30 Mei hingga 1 Jun 2025 (Jumaat hingga Ahad). 

Dengan rekod kehadiran lebih 2.1 juta pengunjung di tujuh lokasi tahun lalu, Karnival Jom Heboh (KJH) kembali pada tahun ini dengan skala lebih besar, kandungan lebih segar, dan pengalaman yang lebih imersif. Menampilkan lebih 150 jenama, KJH kekal sebagai lokasi pilihan seisi keluarga, daripada si cilik hingga golongan profesional untuk menikmati hiburan hujung minggu merangkumi aktiviti interaktif, sesi ramah mesra, pesta makanan, dan tentunya konsert yang menjadi acara kemuncak yang ditunggu-tunggu.



Menambahkan lagi tarikan unik tahun ini, satu gimik Flag-Off Supercar telah dilancarkan di Balai Berita pada hari ini (27 Mei 2025), diserikan dengan barisan kereta mewah dan berprestasi tinggi, bersama maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia yang turut mencuri tumpuan ramai. Lebih menarik, semua kenderaan ini akan dipamerkan sepanjang tiga hari karnival, memberi peluang kepada pengunjung untuk mendekati dan melihat sendiri kenderaan impian mereka. 

EJEN ALI MERIAHKAN KARNIVAL

Warga Lembah Klang pastinya teruja apabila lokasi pembukaan Karnival Jom Heboh tahun ini akan mengangkat tema Ejen Ali, bersempena filem Ejen Ali The Movie 2 yang kini hangat ditayangkan di pawagam. Kehadiran barisan pelakon suara bersama maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia malah melengkapkan dunia Ejen Ali, sekali gus menceriakan suasana karnival.

Pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti bertemakan Ejen Ali seperti sesi zumba bersama maskot. Turut disediakan ialah Ejen Ali M.A.T.A Academy yang menawarkan permainan papan khas untuk si kecil, serta pertandingan mewarna yang dibuka kepada dua kategori umur iaitu bawah 7 tahun dan bawah 12 tahun. Tambahan pula, pertandingan cosplay di Studio Tonton Drama Sangat bakal menguji kreativiti peserta dalam menghidupkan watak kegemaran mereka melalui kostum dan lakonan, dengan pelbagai hadiah menarik menanti pemenang.

SESI MEET & GREET DAN KONSERT GEMPAK

Untuk KJH kali ini, hadirin berpeluang bertemu secara dekat dengan personaliti Media Prima dan barisan pelakon daripada drama-drama seperti Bukan Ipar Sempurna, Nikmat Hanya Sesaat, Polis Peronda dan Aku Bukan Ustazah 2. Antaranya ialah Shaza Bae, Fazlina Ahmad Daud, Kodi Rasheed, Shah Iskandar, Cahaya Nilam, Fahrin Ahmad, Fedtri Yahya, Naz Rahman, Dayah Bakar dan Fakhrul Radhi. 

Selain itu, hadirin bakal disajikan dengan dua malam konsert yang penuh gegak-gempita, dikendalikan oleh hos daripada HotFM, Ayu dan hos daripada Kool 101, iaitu Haiza serta Muaz Mohamed. Malam pertama (31 Mei) akan menyajikan persembahan hebat daripada Shiha Zikir, Bunga Isme, Puteri Khareeza, Ameerais, Aisha Retno, Khai Bahar dan kumpulan A.X.P (Amir Sofaz). Sementara malam kedua (1 Jun) pula akan dihangatkan dengan aksi Sofia Liana, Marygrace, K.O.I, Ayu Damit, Ara Johari, serta persembahan oleh ratu rock tanah air, Ella.

RERUAI INTERAKTIF & AKTIVITI KELUARGA

Seperti tahun-tahun sebelum ini, lebih banyak keseronokan menanti anda di reruai-reruai interaktif seperti Studio Tonton Drama Sangat (TV3, TV9, Tonton), Studio Jom Heboh, Kumpulan NSTP (New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro), Kumpulan REV, Love Food Fest dan pelbagai jenama terkenal lain. Antara tarikan utama di reruai-reruai tersebut termasuk:

  • NSTP Car Sim Experience yang membolehkan pengunjung menguji skil pemanduan mereka seolah-olah berada di litar sebenar dengan pengalaman yang pasti meningkatkan adrenalin.
  • Jom Lokal Jam kembali dalam Jom Heboh, memberi peluang kepada orang ramai yang gemar menyanyi untuk menunjukkan bakat terpendam secara terbuka di hadapan khalayak.
  • Jom E-Sport Championship yang dikuasakan oleh 100PLUS, menawarkan peluang untuk menyertai dan menyaksikan perlawanan knockout Mobile Legends: Bang Bang, selain sesi perkongsian bersama pemain dan  pakar industri, serta cabutan bertuah.
  • Servis motosikal percuma termasuk penukaran minyak hitam disediakan sepanjang karnival, terhad kepada 100 motosikal setiap hari, hasil kerjasama dengan Selangor Technical Skills Development Centre.
  • Pemeriksaan gigi percuma yang dikendalikan oleh petugas profesional daripada sektor kesihatan pergigian, lengkap dengan nasihat penjagaan mulut yang betul untuk seisi keluarga.
  • Soopa Doopa, zon permainan kanak-kanak dengan struktur angin yang selamat, membolehkan kanak-kanak bermain dan berseronok tanpa had.

Lebih istimewa, orang ramai juga boleh menikmati pengalaman menaiki belon udara panas, yang menawarkan pemandangan menakjubkan dari udara, termasuk peluang untuk melihat empat menara tertinggi di Malaysia iaitu Merdeka 118, KLCC, Menara Kuala Lumpur dan TRX Exchange. 

Apa tunggu lagi? Kongsikan berita gembira ini dan ajak keluarga serta rakan-rakan anda memeriahkan lagi KL Base dari 30 Mei hingga 1 Jun ini, kerana Karnival Jom Heboh Kuala Lumpur bakal menyajikan pengalaman hiburan yang lengkap!

Jangan lupa kongsikan pengalaman anda di media sosial menggunakan tanda pagar rasmi #KarnivalJomHeboh dan #KJH. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi di www.jomheboh.com.my dan ikuti kami di Facebook serta Instagram melalui akaun @jomhebohofficial.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.