INTEL DITERIMA! EJEN ALI THE MOVIE 2 KUTIP RM15.3 JUTA DALAM 4 HARI! SAH FILEM AKSI ANIMASI PILIHAN RAKYAT!

Tuesday, 27 May 2025

Terima kasih, Ejens! Primeworks Studios dan WAU Animation dengan sukacitanya berkongsi intel gempar dari M.A.T.A HQ - Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) telah menerima sokongan luar biasa dengan 1 juta ejen sudah melaporkan diri ke pawagam dalam tempoh empat hari pertama “operasi!” Kutipan awal EATM2 telah meraih sebanyak RM15.3 juta, satu permulaan yang memberangsangkan untuk filem aksi animasi ini, dan ia membuktikan bahawa wira tempatan ini masih menjadi pilihan utama rakyat Malaysia!

EATM2 turut mencatat sejarah sebagai pembukaan tayangan animasi tempatan yang terbesar ketika tayangan rasmi bermula di 161 lokasi pawagam serentak di seluruh Malaysia dan Brunei pada 22 Mei lalu. Sambutan hangat ini membuktikan keterujaan penonton yang tidak sabar menyaksikan kepulangan Ejen Ali di layar perak, dan tayangan dijangka akan terus mencatat angka yang lebih tinggi apabila musim cuti sekolah bermula pada 29 Mei. Ketika ini, tiket sedang terjual dengan pantas di pelbagai lokasi, dengan beberapa pawagam mula menambah sesi tayangan bagi memenuhi permintaan penonton.

En. Usamah Zaid Yasin, Pengarah EATM2 merangkap Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation berkata, “Alhamdulillah, sejak sesi Fans Screening sehingga ke tayangan rasmi di pawagam, sokongan yang kami terima sangat luar biasa. Bagi pihak produksi, kami berasa amat terharu dan gembira setiap kali membaca komen serta maklum balas daripada penonton. Semua itu sangat bermakna buat kami dan lebih menggalakkan kami sebagai pengkarya untuk terus mengusahakan naskhah Ejen Ali yang akan datang.” 

Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios turut menyeru lebih ramai penonton untuk terus memenuhi pawagam, khususnya menjelang cuti sekolah yang semakin hampir, “Kami mengalu-alukan sokongan semua ejens untuk terus membanjiri pawagam dan menyemarakkan lagi semangat terhadap karya tempatan. Datang dan bawalah keluarga serta anak-anak ke pawagam kerana Ejen Ali The Movie 2 sememangnya hiburan yang membawa mesej penting dan sesuai untuk semua peringkat usia. Pada masa yang masa, kami juga mohon kerjasama agar penonton tidak mendedahkan sebarang spoiler bagi memastikan setiap orang dapat menikmati pengalaman penuh tanpa gangguan atau pendedahan awal.”

Jangan tunggu saat akhir! Tempah tiket sekarang dan jadi sebahagian daripada fenomena Ejen Ali yang sedang menggegarkan pawagam seluruh Malaysia!

Satria, Bangkit - Filem Aksi Animasi Mempesona, Meledakkan Emosi! Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan terkini, kandungan eksklusif, dan kemas kini di sebalik tabir menerusi saluran YouTube rasmi Ejen Ali serta akaun media sosial Primeworks Studios Film.

Gunakan #ejenalithemovie2 #eatm2 #ejenali #AniMY #sapotlokal #SaluteAnimatorTempatan untuk kongsikan pengalaman anda dan hangatkan lagi perbualan di media sosial!

************************************

Mengenai Ejen Ali the Movie 2

Di bandar futuristik Cyberaya, “Ejen Ali the Movie 2” mengisahkan seorang budak lelaki yang secara tidak sengaja direkrut sebagai ejen rahsia  oleh agensi perisikan Meta Advance Tactical Agency (MATA). Ejen Ali bersemangat untuk membuktikan dirinya dalam Projek Satria, sut berperisai yang dibantu Kecerdasan Buatan (AI) terbaru MATA. Semasa Ali bergelut dengan tanggungjawab barunya untuk menguasai Satria, dia harus menerima keputusan MATA untuk memberikan rakan (dan saingannya) Alicia sebagai pemegang seterusnya peranti superkomputer, IRIS. Sementara itu, penggodam Neonimus muncul semula untuk mencetuskan kekacauan terhadap MATA, menandakan konspirasi yang lebih besar di Cyberaya.

Sejak tayangannya di saluran televisyen Malaysia, TV3, pada tahun 2016, “Ejen Ali” telah disiarkan dan distrim di lebih 65 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika Utara, benua India, serta Amerika Utara. Dua musim pertama siri ini diikuti  dengan “Ejen Ali The Movie” pada November 2019, yang meraih kutipan box-office yang mengagumkan sebanyak RM30 juta (USD8 juta) di Malaysia, Singapura, Brunei, dan Indonesia, menjadikannya salah satu filem animasi dengan kutipan tertinggi di Malaysia setakat ini. Bahagian terbaru, “Ejen Ali Season 3”, juga memegang gelaran sebagai harta intelek animasi Malaysia pertama yang diterbitkan bersama Disney+ Hotstar Asia Tenggara, dan pertama kali dilancarkan secara eksklusif di perkhidmatan penstriman tersebut pada Jun 2022.

Mengenai Primeworks Studios

Primeworks Studios adalah syarikat pengeluaran terkemuka di Asia Tenggara yang terlibat dalam perniagaan kandungan kreatif di setiap aspek rantaian media dalam pengeluaran TV dan filem, jualan kandungan, pengedaran dan pemasaran filem, animasi, kandungan berjenama, serta pelesenan dan peruncitan. Ia adalah syarikat kandungan yang memenangi pelbagai anugerah dan menghasilkan lebih daripada 3,000 jam kandungan menarik setiap tahun untuk pelbagai platform, termasuk televisyen, pawagam, dan digital. Rumah produksi ini adalah tenaga kreatif di sebalik pelbagai genre kandungan termasuk hiburan, animasi, majalah, dokumentari, sukan, dan drama.

Mengenai WAU Animation

WAU Animation adalah sebuah studio animasi CG yang ditubuhkan pada 18 Mac 2013 oleh sekumpulan bakat kreatif dengan pengalaman hingga 17 tahun dalam menghasilkan siri animasi CG dan filem cereka yang memenangi pelbagai anugerah. Di tengah-tengah WAU Animation adalah keinginan untuk mencipta animasi yang dapat menyentuh hati penonton. Kami bercita-cita untuk menceritakan kisah-kisah yang menakjubkan yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga bermakna dan memberi inspirasi, sambil pada masa yang sama disuntik dengan elemen tempatan, kerana kami percaya kuat dalam menampilkan identiti Malaysia yang unik.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.