Astro Raikan Penjawat Awam: Nikmati Penjimatan Eksklusif Sehingga RM960 Dengan Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam

Tuesday, 13 May 2025

Astro, sebagai syarikat peneraju kandungan dan hiburan Malaysia,  teruja untuk membawakan pelancaran istimewa, pek hiburan yang berbaloi dan direka eksklusif  untuk menzahirkan rasa penghargaan kami kepada semua penjawat awam di Malaysia. “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam” kini tersedia kepada lebih 1.6 juta penjawat awam  di Malaysia sebagai tanda penghargaan Astro kepada para penjawat awam yang telah menjadi  tulang belakang kepada pembangunan negara. 

“Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam” ini adalah sebahagian daripada pek Astro One,  menawarkan pelbagai kandungan premium Astro, termasuk pelbagai saluran pilihan, program  tempatan Astro, Astro Originals, dan hiburan on demand, serta akses Astro GO. Dengan  memperakui kepelbagaian minat penjawat awam dan juga keluarga mereka, pek ini merangkumi  pilihan untuk perkhidmatan penstriman, berita, pendidikan, sukan, filem, serta hiburan  tempatan dan antarabangsa sambil turut memaksimumkan bajet hiburan mereka. 

Tai Kam Leong, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran, Astro, berkata, “Sebagai sebuah  syarikat yang sudah sebati dalam masyarakat Malaysia, Astro telah menjadi sebahagian daripada sejarah negara ini untuk sekian lama, menghubungkan keluarga dan masyarakat melalui  kepelbagaian isi kandungan dan perkhidmatan kami yang pelbagai. Kami memahami tanggungjawab yang dipikul oleh penjawat awam dalam membentuk negara ini, dan pek istimewa ini mencerminkan tanda penghargaan kami, menawarkan hiburan dengan harga lebih  berpatutan, dan kami percaya tawaran ini memberikan nilai tidak terhingga.”

Nilai Berganda Dengan Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam Astro One 
Sebagai sebahagian daripada “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam”, semua penjawat awam  akan menikmati tawaran eksklusif dan diskaun untuk Pek Entertainment dan Pek Sports Astro  One. Tawaran menarik ini direka untuk menjadikan pek paling popular Astro lebih berpatutan dan  mudah diakses oleh penjawat awam. Tawaran ini termasuk penjimatan besar sehingga RM960  beserta tontonan percuma kandungan kanak-kanak dan juga pemasangan Plug & Play percuma.  Maklumat lanjut seperti yang tertera di bawah: 


Pek Entertainment Astro One menyediakan akses kepada lebih daripada 100 saluran dengan  membariskan kandungan tempatan serta antarabangsa yang direka untuk setiap isi rumah.  Eksklusif untuk penjawat awam dengan RM39.99/sebulan (RRP: RM49.99), pelanggan boleh  menikmati rancangan popular seperti Big Stage Alpha, Dia Bukan Syurga, Seribu Tahun, Astro  Originals First Wives, dan banyak lagi. Tambahan pula, dengan akses percuma untuk Astro GO,  pelanggan boleh strim kandungan kegemaran mereka tidak kira masa, di mana jua.  





Peminat sukan pula boleh mendapatkan Pek Sports Astro One, yang mempunyai segalanya  dalam Pek Entertainment Astro One dengan tambahan siaran langsung kandungan sukan  termasuk Premier League, acara BWF, Liga Malaysia, Sepak Takraw League, Formula 1, MotoGP,  Kriket, Tenis dan banyak lagi dengan hanya RM69.99/sebulan (RRP: RM99.99). Para pelanggan  dengan “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam” juga akan menikmati tontonan percuma  kandungan kanak-kanak (RRP: RM9.99) dengan akses kepada 6 saluran kanak-kanak termasuk Cartoon Network, Nickelodeon, CBeebies dan banyak lagi. 

Astro komited untuk menyokong kesejahteraan masyarakat Malaysia dan mengiktiraf  sumbangan penting penjawat awam kepada pembangunan negara. Astro percaya inisiatif ini  bukan sekadar memberi nilai kepada penjawat awam tetapi juga mengukuhkan ikatan antara  Astro dan komuniti. Para penjawat awam boleh mendaftar pek “Tawaran Eksklusif untuk  Penjawat Awam” bermula hari ini menerusi https://www.astro.com.my/penjawatawam atau menerusi WhatsApp di +60 3-9543 3838. Bukti pekerjaan sebagai penjawat awam atau pesara  diperlukan semasa proses pendaftaran. 

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Harga diskaun bulanan dan tontonan percuma sah selama 24 bulan.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.