Movie Review | Loveyapa (2025)

Sunday, 4 May 2025


Director: Advait Chandan
Writer: Sneha Desai
Cast: Khushi Kapoor, Junaid Khan, Ashutosh Rana, Grusha Kapoor, Kiku Sharda, Aditya "Kullu" Kulshreshth, Devishi Madaan
Production Companies: AGS Entertainment, Phantom Studios
Distributor: Zee Studios
Genre: Romantic / Comedy
Running Time: 138 minutes
Release Date: 7 February 2025
Trailer:


Filem romantik komedi yang berkisar tentang ujian dalam perhubungan pasangan muda, Gaurav Sachdeva (Junaid Khan) dan Baani Sharma (Khushi Kapoor) di mana mereka berdua perlu bertukar handphone selama 1 hari untuk uji tahap kepercayaan masing-masing. Cadangan tersebut dilakukan oleh ayah Baani sendiri, Atul Kumar Sharma (Ashutosh Rana) apabila anaknya kantoi menjalinkan hubungan cinta. 

‘Baani sees things on the surface but fails to see the details. She’s naïve. But I am thorough. One must be alert when it comes to one’s future.’ – Atul Kumar Sharma 


Sekiranya mereka gagal bertahan dengan ujian tersebut, Baani akan dikahwinkan dengan calon pilihan keluarga. Yakin dengan kekuatan cinta mereka berdua, Gaurav minta tempoh tersebut dipanjangkan selama 3 hari. 

Balik saja ke rumah, Gaurav minta bantuan rakan-rakannya untuk selesaikan masalah tersebut. Nasib dia baik bila Atul tak minta password smartphone jadi Lamba (Aditya "Kullu" Kulshreshth) cadangkan supaya semua kenalan call nombor telefon Gaurav untuk menyamar sebagai peniaga memandangkan kakak Gaurav akan bertunang. 


Sementara Gaurav dan Baani bergelut dengan ujian kepercayaan, Kiran Sachdeva (Tanvika Parlikar) pula ragu-ragu untuk teruskan pertunangannya bersama Anupam Mehra (Kiku Sharda). Semu aitu bermula apabila Anupam geram dengan tindakan Kiran menjawab panggilan yang masuk di smartphone Anupam. Sejak dari kejadian tersebut, Anupam sentiasa melekat dan menjaga smartphone dia supaya Kiran tak sewenangnya unlock dan lihat ‘rahsia’ di dalam. 

Naskhah Loveyapa merupakan remake kepada filem Tamil berjudul Love Today (2022) arahan Pradeep Ranganathan. Gembira dengan kutipan box office filem tersebut, Pradeep bergerak sebagai produser dan propose kepada Advait Chandan sebagai pengarah untuk pembikinan semula filem romantik komedi yang dibintangi oleh dua pelakon baru Bollywood. 


Junaid Khan, anak sulung Aamir Khan mendapat pujian untuk lakonannya dalam filem Maharaj (2024), filem debut di Netflix sementara Khushi Kapoor pula debut dalam filem The Archies (2023). Junaid dan Khushi sama-sama debut secara rasmi dalam Loveyapa yang ditayangkan di panggung sempena Valentine’s Day tapi kutipan dianggap gagal sebab ramai tak suka pairing Junaid-Khushi bila Junaid nampak terlalu berusia untuk Khushi. 


Personally, I rasa okay je gandingan dua pelakon baru ni. Of course, muka Junaid nampak matang dan berbadan besar juga tinggi but in real life banyak je couple macam ni so it’s kinda believable lah. They are not typical romantic couple of Bollywood films but works just fine. Khushi tak nampak kekok langsung sebagai Baani Boo walaupun kebanyakan masanya Junaid yang take charge untuk pastikan filem Loveyapa menghiburkan. I lagi suka lakonan Khushi dalam Loveyapa daripada filem Nadaaniyan (2025), mungkin sebab dia enjoy sebagai Baani since tak heavy. 


Dekat first half filem Loveyapa, Gaurav dapat tahu tentang sisi lain Baani Boo yang dia percaya sangat, bila masuk second half kita dapat kenal pula karakter sebenar Gucci yang nampak mulia di mata Baani. Both of them memang deserves each other lah sebab hidup memang berpaksikan kisah cinta semata. Bukan kisah cinta mereka berdua sahaja tapi kisah cinta sampingan juga. Memang patut sangat tindakan Atul uji Baani dengan Gaurav sebab tak kenal dunia lagi dah gatal nak menikah. Masing-masing hidup selesa pun sebab parents tanggung. 


Though I enjoy perjalanan kisah Gaurav dengan Baani, ujian yang ditanggung oleh Kiran dan Anupam lebih solid dan menarik untuk ditonton. Kejutan dan jawapan yang disimpan oleh penulis buat I berpuas hati dengan perkembangan watak dan konflik dalam ruang yang diberikan. 

Sinematografi dan music album Loveyapa sesuai lah dengan suasana filem romantik komedi walaupun lagu tak banyak tapi melekat. I think White Noise Collective did a great job as composer. I suka beat yang dimasukkan untuk babak interval bila Atul defend Baani untuk fight Gaurav yang menyampah dengan sisi lain kekasih hati dia. 


Title track Loveyapa fun and catchy, lagu Rehna Kol comel sebab tribute kepada filem Aamir Khan masa muda - Jo Jeeta Wohi Sikandar (1992). Terpesona tengok babak Khushi menari Kathak dalam Loveyapa sebab teringat kakak dia, Janhvi menari Kathak dalam filem Dhadak (2018). Dalam babak tu nampak kuat sangat iras muka SriDevi. Is it me or anak-beranak ni memang nampak cantik berseri dalam persalinan warna kuning? 



Loveyapa ada potensi untuk jadi filem yang lebih padu kalau penulis tak masukkan banyak sangat mesej sosial sampai certain scenes jadi preachy. Tema utama tentang Gen Z yang aktif juga lantang dalam social media tapi disconnect dengan real life dah kuat dah. Penulis patut masukkan justification kenapa watak Baani tak sewenangnya reject lelaki yang suka dia sebab watak Karan wujud tapi tak digunakan sepenuhnya. Anyway, jalan cerita Loveyapa works well untuk filem tontonan santai.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.6/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.