
DIHERET KE KANCAH PENDERITAAN, ERYSHA EMYRA HADAPI UJIAN TERBERAT! | Sekuel Yang Dinanti-Nantikan, Aku Bukan Ustazah 2 Sedia Gantikan ‘Keluarga Itu’!
Apabila hidup terus diuji tanpa henti, adakah masih ada harapan yang mampu menyuluh kegelapan? Musim baharu Aku Bukan Ustazah menyaksikan kembalinya watak-watak yang pernah menjadi bualan penonton iaitu Aminah, Adam, dan Omar, yang bakal meneruskan kehidupan mereka dalam memahami erti kasih sayang, pengorbanan, dan dendam. Saksikan perjalanan mereka dalam Aku Bukan Ustazah 2 bermula 10 Mei 2025, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9.00 malam, hanya di TV3.
Kembali dengan sentuhan pengarah hebat Idora Abdul Rahman dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd, drama 35 episod ini menjanjikan kisah yang lebih berat dan emosional berbanding musim terdahulu. Penonton akan dibawa menyelami dimensi baharu kehidupan Aminah yang menyentuh isu kesihatan mental, cinta, dan kekeluargaan yang tidak pernah pudar.
Dengan barisan pelakon utama Erysha Emyra, MK K-Clique, Zahiril Adzim, Shaza Bae dan Haneesya Hanee kembali menggalas watak masing-masing, penonton disarankan bersedia untuk sebuah perjalanan yang penuh kejutan serta ledakan emosi yang tak terduga.

Aku Bukan Ustazah 2 membuka tirai dengan kebahagiaan Aminah (Erysha Emyra) dan Adam (MK K-Clique) bersama anak mereka, Raykal, sambil menanti kelahiran cahaya mata kedua. Namun, hidup Aminah dan Adam kembali diuji apabila Omar (Zahiril Adzim) muncul semula, menghidupkan luka lama yang belum sembuh sepenuhnya. Adakah kembalinya Omar dengan niat yang tulus, atau terselit agenda jahat di sebalik tutur katanya yang manis?
Seiring perjalanan waktu, Aminah didapati menghadapi tekanan yang bertubi-tubi, hingga terperangkap dalam pergolakan jiwanya sendiri. Di saat dia hampir rebah, muncul pula seorang Dr. Syafiq (Nabil Aqil), yang hadir sebagai sinar harapan dan berusaha membimbingnya kembali ke jalan pemulihan.
Erysha turut berkongsi, “Musim kali ini jauh lebih berat berbanding sebelumnya kerana anda akan melihat sisi Aminah yang penuh cabaran dan ujian. Penggambaran sangat mencabar kerana banyak adegan yang perlukan saya untuk menangis. Jadi saya harap penonton dapat rasa setiap yang terpendam dalam diri Aminah dan memahami betapa dalamnya luka yang dia tanggung.”
Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti lanjutan kisah Aminah, Adam dan Omar dalam Aku Bukan Ustazah 2 bermula minggu ini! Strim episod baharu 24 jam lebih awal di
www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play dan App Store.
Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.
****************************
Mengenai TV3
TV3 merupakan saluran televisyen No.1 di Malaysia yang telah beroperasi sejak tahun 1984. TV3 telah mendominasi pasaran penyiaran menerusi penerbitan drama berkualiti seperti Melur Untuk Firdaus, Suamiku Lelaki Pendosa, Kerana Cinta Itu Ada, dan Jaga Aku Selamanya merupakan sebahagian daripada drama-drama bersiri yang telah mencipta fenomena besar.
TV3 telah berjaya menambat hati penonton menerusi rancangan hiburan ikoniknya seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Tonton Drama Sangat, Famili Duo, Melodi, I Can See Your Voice dan Master In The House. Buletin Utama, 999, Fail Mahkamah, dan Majalah 3 terus kukuh sebagai rancangan berita dan dokumentari terunggul pilihan utama rakyat Malaysia hingga mencecah jutaan penonton setiap hari.
Platform media sosial @TV3Malaysia juga menunjukkan peningkatan yang mengagumkan (24 juta pengikut di YouTube, Facebook, Instagram, Twitter dan Tiktok) dan menjadi salah satu digital platform terbesar di negara ini.
Untuk mendapat informasi terbaharu berkaitan program menarik di TV3, layari akaun rasmi media sosial @TV3Malaysia, atau strim langsung secara eksklusif di Tonton, myFreeview CH103, Astro CH103, serta unifi CH103.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.