TONTON GEN+ SUAI KENAL SEKOLAH MENAKLUKI SEKOLAH MENENGAH SAINS SERI PUTERI

Wednesday, 28 May 2025

TONTON GEN+ SUAI KENAL SEKOLAH MENAKLUKI SEKOLAH MENENGAH SAINS SERI PUTERI | 344 Murid-Murid Dapat Suntikan Keyakinan & Inspirasi Daripada Selebriti Popular dan SAFI Shayla!

Rangkaian Televisyen Media Prima terus melangkah ke hadapan dalam memperkasa generasi muda menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah, yang kali ini berlangsung meriah di Sekolah Menengah Sains Seri Puteri Kuala Lumpur (SESERI) petang ini.

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri Kuala Lumpur hari ini “dibanjiri” dengan aura glam, semangat muda dan tenaga positif apabila 344 murid dari Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 menyertai program interaktif yang penuh warna, keceriaan dan aktiviti bermanfaat dari jam 2:00 hingga 5.30 petang.

Kehadiran selebriti popular, pengacara TV dan pempengaruh media sosial seperti Hariz Hamdan, Apich Lo, kumpulan Dukes, Syafiq Adnan, Amirulhakim Lokman, Risk Saidon, Aizat Saha dan Nisa Kay bukan sahaja memeriahkan acara, malah turut berkongsi perjalanan hidup, cabaran serta pengalaman berharga yang membuka minda dan menyuntik semangat kepada para murid. 

Dengan kerjasama TV3, Tonton, DIDIKTV KPM dan rakan kongsi SAFI Shayla, Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah dianjurkan dengan matlamat untuk mencetus keyakinan diri, menyemai semangat positif dan memperkasakan murid-murid melalui pelbagai aktiviti menarik yang menggalakkan komunikasi, penerokaan bakat dan pembangunan diri. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Rangkaian Televisyen Media Prima dalam memberi inspirasi dan membentuk masa depan generasi muda di seluruh negara.

Menurut Encik Ali Iskandar bin Othman, Pengurus, Pemasaran Kandungan TV3 & Tonton, “Program ini kami rancang untuk beri peluang kepada para pelajar merasai pembelajaran dengan cara yang lebih santai dan menyeronokkan, di luar dari bilik darjah, penuh dengan aktiviti dan permainan yang mencabar minda dan fizikal. Kami juga ingin membantu para pelajar mengenali potensi diri, meningkatkan keyakinan, dan mungkin menemui bakat yang belum disedari. Harapan kami, semoga hari ini bukan saja hanya menyeronokkan, tetapi juga memberi inspirasi dan semangat baharu untuk semua, terutamanya para pelajar, untuk menjadi individu yang berani, yakin, dan kreatif!”

Antara aktiviti menarik sepanjang program termasuk sesi perkongsian eksklusif daripada selebriti jemputan, serta pelbagai permainan seperti Uji Bakat, Tic Tac Toe, dan Mix & Match yang mencabar kemahiran komunikasi, kreativiti dan keberanian para murid. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja mencetus gelak ketawa dan keterujaan, malah turut memberikan pengalaman yang bermakna buat semua yang terlibat.

Sementara itu, sesi ceramah “Sis Shay, Inspirasi Hijabi” oleh SAFI Shayla memberi fokus kepada aspek penjagaan diri dan pembinaan keyakinan dalam kalangan remaja perempuan, khususnya mereka yang berhijab. Murid-murid menerima pendedahan berguna tentang penjagaan rambut di sebalik tudung, selaras dengan objektif utama jenama tersebut iaitu “Keyakinan Bermula dari Penjagaan Diri.”

Turut hadir dalam menjayakan program ini ialah Encik Ali Iskandar bin Othman, Pengurus, Pemasaran Kandungan TV3 & Tonton, Puan Rozaina Mahmod, Pengurus Hal Ehwal Korporat dan Kawalselia SAFI, serta Puan Norzila binti Ali Musa, Pengetua Sekolah Menengah Sains Seri Puteri Kuala Lumpur.

Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah terus menjadi pencetus semangat kepada generasi muda! Dengan sokongan padu dari pelbagai pihak, termasuk rakan kongsi hebat seperti SAFI Shayla dan kehadiran selebriti popular, program ini membuktikan bahawa inspirasi dan perubahan positif boleh bermula dengan satu pengalaman bermakna , penuh gelak ketawa, ilmu dan keyakinan baharu!

******************************

Mengenai TV3

TV3 merupakan saluran televisyen No.1 di Malaysia yang telah beroperasi sejak tahun 1984. TV3 telah mendominasi pasaran penyiaran menerusi penerbitan drama berkualiti seperti Melur Untuk Firdaus, Suamiku Lelaki Pendosa, Kerana Cinta Itu Ada, dan Jaga Aku Selamanya merupakan sebahagian daripada drama-drama bersiri yang telah mencipta fenomena besar. 

TV3 telah berjaya menambat hati penonton menerusi rancangan hiburan ikoniknya seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Tonton Drama Sangat, Famili Duo, Melodi, I Can See Your Voice dan Master In The House. Buletin Utama, 999, Fail Mahkamah, dan Majalah 3 terus kukuh sebagai rancangan berita dan dokumentari terunggul pilihan utama rakyat Malaysia hingga mencecah jutaan penonton setiap hari. 

Platform media sosial @TV3Malaysia juga menunjukkan peningkatan yang mengagumkan (24 juta pengikut di YouTube, Facebook, Instagram, Twitter dan Tiktok) dan menjadi salah satu digital platform terbesar di negara ini. 

Untuk mendapat informasi terbaharu berkaitan program menarik di TV3, layari akaun rasmi media sosial @TV3Malaysia, atau strim langsung secara eksklusif di Tonton, myFreeview CH103, Astro CH103, serta unifi CH103.

Mengenai DIDIKTV KPM

DIDIKTV KPM adalah sebuah stesen televisyen pendidikan yang dikendalikan dengan usahasama Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Media Prima Berhad. DIDIKTV dikenali sebagai hab pendidikan Malaysia yang memberi akses kepada pembelajaran berteraskan kurikulum dan kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, di samping program-program berkaitan pendidikan termasuk kandungan didik hibur (edutainment).  

Program-program yang disiarkan di DIDIKTV KPM seperti Buletin Didik, Prasekolah, Tahap 1, Tahap 2, Menengah Rendah, Menengah Atas, Sukses SPM,  Sukses STPM, Pentaksiran Sumatif, Pentaksiran Bilik Darjah (PDD), Psikometrik, Bersama Ikon, Kesenian, Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan, Bina Upaya Guru.

Pembelajaran DIDIKTV KPM boleh diikuti secara langsung menerusi siaran tonton Live TV dan XTRA Live TV,  myfreeview CH107, Astro CH147, unifi CH107, dan secara maya menerusi platform digital YouTube @DidikTVKPM. 

Untuk mengikuti perkembangan dan informasi terkini DIDIKTV KPM, layari laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @ntv7Malaysia, TikTok @dididktvofficial, Telegram @DIDIKTVKPM OFFICIAL.

Mengenai Tonton

Tonton adalah perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia dan telah dilancarkan pada tahun 2011. Nikmati kandungan tempatan terbaik dan acara LIVE eksklusif dalam definisi tinggi (HD) yang dibawakan secara tanpa had. Dengan peningkatan servis, alami pengalaman baru dalam menonton keseluruhan episod secara menerus. 

Visi Tonton adalah untuk menjadi platform hiburan video tempatan #1 untuk drama Malaysia yang terbaik dan terkini, acara LIVE eksklusif dan banyak lagi. Dapatkan maklumat terkini tentang perkhidmatan serta penambahbaikan melalui akaun rasmi media sosial di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok @tontonmy.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.