KELUANG MAN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT DI ACARA FUN RUN SUPERHERO ORIGINAL PERTAMA MALAYSIA | Julung Kali Diadakan Di Kuala Lumpur Bersama Barisan Pelakon Popular
Bagi menambahkan lagi keterujaan penonton sebelum filem live-action Keluang Man ditayangkan di pawagam mulai 29 Mei ini, Astro Shaw membawakan pengalaman filem tersebut menerusi acara ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, larian superhero Original Pertama Malaysia.
Acara itu menandakan kerjasama pertama Keluang Man dan Wonda Kopi bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sempena program Car Free Morning.
‘Keluang Man WONDA Fun Run’ yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur bermula di Menara DBKL dengan penyertaan lebih 7000 peserta yang meliputi semua lapisan peringkat umur.
Larian sejauh 5 km bermula 6.45 pagi dengan sesi memanaskan badan dan kemudiannya berlangsung pelepasan flag-off pada jam 7.00 pagi yang disempurnakan oleh Karakter Keluang Man, Maskot BeBe, dan wakil dari DBKL, YBhg. Dato' Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Uniknya larian ini menyaksikan peserta tampil dengan memakai topeng Keluang Man dan mereka yang bertuah turut mendapat jersi eksklusif edisi terhad. Tambah mengujakan, ia turut disertai barisan pelakon seperti Nas Muammar Zar, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Sham Sunder, Razzuan Rosli, penyanyi lagu tema Keluang Man, Krisya dan kumpulan S.O.G.
Penerbit Eksekutif Keluang Man merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Kami amat berterima kasih atas sokongan teguh peminat Keluang Man serta para peserta larian, dan juga rakan kerjasama Wonda Kopi dan DBKL yang telah merealisasikan acara larian ‘Keluang Man WONDA Fun Run’ hari ini. Acara ini bukan sekadar meraikan kemunculan filem Keluang Man di pawagam pada 29 Mei nanti, tetapi satu usaha membawa dunia Keluang Man lebih dekat kepada masyarakat. Keluang Man mencerminkan keberanian, kekuatan dan ketangkasan, jadi kami mahu nilai dan semangat tersebut mampu menyuntik inspirasi kepada masyarakat Malaysia untuk kekal aktif dan cergas, sekali gus percaya bahawa setiap daripada kita mampu menjadi superhero dalam kehidupan seharian.”
Terdapat juga aktiviti-aktiviti di booth untuk disertai para peserta seperti sesi bertemu dan bergambar dengan barisan pelakon Keluang Man dan maskot watak BeBe, persembahan oleh penyanyi Krisya dan S.O.G, cabutan bertuah, jualan ‘merchandise’ Keluang Man, siaran luar oleh radio nombor 1 paling legit di Malaysia, ERA dan banyak lagi. Selain itu, mereka juga berpeluang untuk menikmati sampel Wonda Kopi Kluang, Wonda-ful Keluang Man burger, dan tawaran menarik daripada Iconic Animation Studio, Fung Keong dan Abstrax.
Dalam pada itu, Keluang Man melangkaui layar perak apabila kolaborasi bersama Wonda Coffee dalam menghasilkan air minuman ‘Wonda Kopi Kluang’ berjaya mencatat jualan luar biasa melebihi 2 juta tin dalam tempoh lapan bulan.
Filem Keluang Man merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions. Diarahkan oleh Anwari Ashraf, filem ini menampilkan bariskan pelakon Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.
Bakal ditayangkan di pawagam mulai 29 Mei ini, treler rasmi terakhir telah pun dilancarkan semalam selepas trailer rasmi pertama mencatatkan hampir 10 juta tontonan di platform Tik Tok @astroshawofficial. Keluang Man mengisahkan tentang Borhan, seorang pesakit psikiatri, sering melarikan diri dari hospital di malam hari. Apabila sejarah lamanya kian menghantuinya, pesakit yang menghidapi ‘Dissociative Schizophrenia’ ini mula menuju ke arah dendam, dan tanpa sengaja, dalam proses ini Borhan membentuk identiti barunya sebagai seorang superhero, Keluang Man.
Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Keluang Man di TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.