“WAJIB TONTON!” — SYAFIQ YUSOF BAGI RATING 1000/10 UNTUK EJEN ALI THE MOVIE 2!

Tuesday, 20 May 2025

“Sangat best, saya bagi 1000/10 untuk filem Ejen Ali 2!” kata Syafiq Yusof. Itulah antara reaksi yang diterima selepas tayangan perdana Ejen Ali The Movie 2 yang berlangsung semalam di IOI City Mall, Putrajaya. Majlis tersebut menghimpunkan selebriti, wakil media, peminat, dan tokoh industri kreatif, semuanya hadir untuk menyaksikan sendiri kehebatan sekuel animasi tempatan yang dinanti-nantikan ini.


Rata-rata yang hadir memberikan reaksi positif, memuji kekuatan jalan cerita, kualiti visual mengagumkan, serta mesej menyentuh hati yang disampaikan dengan begitu berkesan. Syafiq berkongsi lagi pengalamannya, “Saya rasa memang Ejen Ali 2 sangat best sebab ini antara animasi terbaik yang Malaysia pernah hasilkan. Memang satu benchmark baru untuk animasi filem tempatan. Kualiti dia sangat realistik, ada shot-shot rasa macam betul-betul shooting. Jujurnya saya sangat bangga. Korang memang kena tengok, wajib tonton!”

Dato’ Yusof Haslam pula menyatakan rasa kagum terhadap hasil kerja anak tempatan, “Ejen Ali 2 ni, dari apa yang saya tengok sendiri, memang sebuah filem yang sangat bermutu. Kualiti dia menyamai standard filem antarabangsa. Saya sangat respect filem tempatan ini sebab dari segi pembikinan, tahapnya sangat tinggi. Daripada 10, saya bagi 10 bintang.”


Ikon sukan negara dan duta Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, Dato’ Azizulhasni Awang, turut berkongsi perasaannya, “Tadi memang saya rasa macam-macam, ada nilai persahabatan, ada aksi, dan juga babak yang menyentuh perasaan. Pendek kata, penuh emosi dan aksi!”

Pelakon Fizo Omar juga memuji filem Ejen Ali The Movie 2, “Memang hasil yang sangat gempak, bertaraf antarabangsa. Dari jalan cerita, grafik, sound system, sampai ke plot twist, semua cukup power. Memang tak rugi layan, sebab cerita ni buat kita tertunggu-tunggu nak tahu apa jadi seterusnya.”

Filem Aksi Animasi Mempesona, Meledakkan Emosi!

Filem animasi penuh aksi ini sesuai untuk semua peringkat umur dan pastinya bakal menyajikan pengalaman menonton yang mengujakan. Saksikan pengembaraan epik Ejen Ali The Movie 2 yang akan ditayangkan di pawagam mulai 22 Mei 2025! Jualan tiket telah dibuka untuk tayangan yang bermula seawal 20 Mei di lebih 70 lokasi pawagam seluruh Malaysia, jadi ini peluang untuk merancang pengalaman menonton lebih selesa dan teratur, khususnya menjelang musim cuti sekolah yang sentiasa sibuk. 

Ejen Ali The Movie 2 dibawakan oleh Primeworks Studios dan WAU Animation dengan kerjasama Komet Productions. Teruskan membakar semangat anda menjelang tayangannya dan sahut panggilan misi dengan menggunakan tanda pagar rasmi #EjenAliTheMovie2 di semua platform media sosial.

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.