Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai individu yang mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia korporat dan menceburi dunia perniagaan demi mengejar impian mereka. Salah satu pilihan paling popular adalah membuka kedai kopi. Mungkin kerana ia dilihat sebagai sesuatu yang cool, aesthetic, trending dan nampak mudah diurus. Tapi realitinya, kedai kopi kini sudah terlalu banyak, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan dan tak semua mampu bertahan lama dalam industri yang semakin sesak ini.
Ramai yang terjun ke dalam perniagaan tanpa sebarang asas ilmu atau pengalaman. Mereka hanya ikut trend, berharap nasib menyebelahi mereka. Inilah yang dipaparkan secara jujur dalam siri drama Tonton Original: Bru, di mana watak Shah (Shukri Yahaya) membuka sebuah kedai kopi tanpa sebarang persediaan rapi. Tanpa ilmu asas pengurusan dan tanpa strategi yang jelas, Shah mula mengurus Bru dengan cara yang semberono yang mengakibatkan satu kesilapan besar yang turut dilakukan oleh ramai pemilik bisnes sebenar di luar sana.
Lebih malang lagi, Shah juga menunjukkan sikap tidak amanah dalam pengurusannya. Beliau membuat keputusan untuk membeli mesin kopi baharu tanpa berbincang dengan dua lagi rakan kongsi, Hani (Siti Hariesa) dan Ajan (Amerul Affendi). Lebih mengecewakan, dia menggunakan duit gaji Hani sendiri untuk membayar mesin tersebut. Tindakannya bukan sahaja mementingkan diri, tetapi juga menggambarkan kelemahan dalam integriti dan tanggungjawab seorang pemilik perniagaan. Situasi ini turut membayangkan realiti yang berlaku dalam banyak perniagaan kecil seperti tidak membayar KWSP pekerja, tidak jaga kebajikan pekerja dan menganiaya staf sendiri demi kepentingan peribadi.
Apa yang berlaku kepada Bru ialah gambaran jelas bagaimana perniagaan boleh gagal apabila tiada asas pengetahuan dan pengurusan yang betul. Salah urus kewangan, keputusan terburu-buru dan konflik sesama rakan kongsi adalah antara punca perniagaan seperti ini tidak mampu bertahan lama. Bru adalah contoh peringatan kepada semua yang ingin membuka bisnes bukan hanya memerlukan minat semata-mata, tanpa ilmu, disiplin dan sikap amanah, segalanya boleh musnah sekelip mata.
Kini, Bru berdepan pelbagai cabaran yang menggugat kelangsungan perniagaannya. Adakah Shah mampu menyelamatkan kedai kopinya? Mampukah Bru terus bertahan atau akan menjadi satu lagi kisah kegagalan seperti kebanyakan perniagaan lain yang hanya bermula dengan angan-angan?
Jangan lepaskan dua episod terakhir Bru, yang akan menentukan nasib kedai kopi tersebut. Saksikan episod kemuncak pada 2 Jun 2025, eksklusif di Tonton setiap Isnin dan Khamis. Strim dan muat turun dengan harga serendah RM9.90 sebulan. Langgan sekarang dan alami kisah penuh pengajaran dalam Bru, sebuah realiti pahit dalam dunia secawan kopi.
Untuk info lanjut tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Tonton di Facebook, Instagram dan Twitter di @TontonMY.
Tak ada di platform movie lain yaa? Ntahlah saya bisa daftar atau tak di aplikasi Tonton ini. Biasanya tak bisa kalau pakai nomor mobile dari luar Malaysia.
ReplyDeleteBagus alur ceritanya. Bisnis memang tak bisa sembarangan, apalagi kalo ada partner juga di sana. Memakai uang gaji partner lain utk beli alat kopi, memang lah dah menunjukkan dia tak amanah dan tak bisa kerjasama agaknya