Movie Review : Race (2008)

Monday 23 November 2020

Director : Abbas-Mustan

Writer : Jitendra Parmar, Shiraz Ahmed, Anurag Prapanna (Dialogue)

Cast : Saif Ali Khan, Akshaye Khanna, Bipasha Basu, Katrina Kaif, Anil Kapoor, Sameera Reddy

Production Company : Tips Music Films

Distributor : UTV Motion Pictures

Genre : Action / Thriller

Running Time : 148 minutes

Release Date : 21 March 2008

Trailer :


Bertemakan pengkhianatan dan revenge, Ranvir Singh (Saif Ali Khan) dibunuh oleh adik tiri dia, Rajiv Singh (Akshaye Khanna) dan juga isteri dia, Sonia (Bipasha Basu). Rajiv nampak baik di mata abang dia tapi dia plan untuk bunuh Ranvir bersama Sonia untuk bolot duit insurans yang bernilai $100 juta.

Segala property, assets dan business akan dipindahkan ke atas nama Rajiv walhal dia tak pernah peduli pun dengan urusan bisnes keluarga. Siang hingga malam berfoya dan mabuk even dah kahwin pun perangai dia tetap sama. Nasib baik Ranvir Singh ada setiausaha cantik, Sophia (Katrina Kaif) dan boleh diharap juga teman untuk dia share semua masalah dia. 

Bila dapat tahu tentang kematian Ranvir, Sophia bagitahu yang dia sebenarnya isteri yang sah kepada Ranvir dan mereka berdua dah pun kahwin dia Cape Town. Terkejut bukan kepalang Rajiv dan Sonia sebab semua harta akan jatuh ke tangan Sophia. RD (Anil Kapoor) dan pembantu dia, Mini (Sameera Reddy) yang syak Rajiv sengaja bunuh Ranvir mula siasat kesahihan cerita Sophia. 

Kalau tengok movie ni kena layan tanpa fikir sangat tentang fizik atau sains because no logic will applied in Race, only entertainment. Banyak kali gambar Ranvir diambil in good quality padahal tak ada camera ataupun CCTV pun depan muka dia. Scene kereta boleh senget sampai 180 darjah totally nonsense lah. Nevertheless movie Race ni best lah nak layan sebab plot twist dia bertimpa-timpa datang. Signature pengarah duo Abbas-Mustan. 

First half syok tengok Ranvir serious dengan business dan hobi dia – lumba kuda tapi masuk second half menyampah sikit tengok scene RD dengan Mini sebab lawak vulgar dan hambar. Better letak scene Rajiv dengan Sophia atau Sonia sebab nak tahu apa plan diorang lepas kematian Ranvir dan cara nak mengelak dari RD hidu konspirasi pembunuhan Ranvir. 

Bukan pertama kali tengok Akshaye Khanna berlakon dalam negative role sebab dia dah pernah deliver watak villain jugak dalam movie Humraaz dengan plot konspirasi pembunuhan yang sama. Sepatutnya Ameesha Patel berlakon sebagai Mini tapi dia terpaksa reject. Kalau tak both of them dah reunite dalam movie dengan tema yang sama. Fun fact, Akshaye Khanna menang Best Villain di International Indian Film Academy Awards dan Screen Awards. 

Kekuatan dialog dari Anurag Prapanna menambahkan impak pada penceritaan, well except dialog RD dan Mini. 

'You could never win against me because you were always looking for ways to defeat me, and I never lost because I was always focused on winning'

'Defeat me fairly and kill me, I wouldn't mind. But I never forgive those who try to cheat me'

Disebabkan watak Sophia dalam movie Race ni, nama Katrina Kaif melonjak naik bukan semata jadi cantik tapi lakonan yang convincing juga disebabkan lagu Zara Zara Touch Me yang jadi kegilaan masa tu.

 

Music album dari Pritam dengan lirik nukilan Sameer deliver 7 buah lagu hits dan merupakan album ke5 tertinggi jualan pada tahun 2008 bila 1.7 juta unit album terjual. Tapi Pritam dituduh plagiat music dari drama Korea My Sassy Girl untuk lagu Pehli Nazar Mein dan Zara Zara Touch Me. Plagiat ataupun tak, lirik dan nyanyian antara kekuatan music album Race. 

Tuah Saif Ali Khan bila dia insist untuk watak hero dalam Race lepas Akshay Kumar dan SRK reject movie ni. SRK taknak berlakon dalam movie genre action lepas movie Don (2006). Kalau tak Race ni dah boleh jadi satu lagi action franchise untuk SRK lepas Don sebab movie Race dinobatkan sebagai movie ke4 tertinggi jumlah kutipan pada tahun 2008 lepas Ghajini, Rab Ne Bana Di Jodi dan Singh Is Kinng. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10

1 comment

  1. movie ni still in my hindi list yg i tak bukak lama dah... tgk la pelakon dia..rugi tak tgk... kan

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.