Movie Review : Holidate (2020)

Sunday 15 November 2020

Director : John Whitesell

Writer : Tiffany Paulsen

Cast : Emma Roberts, Luke Bracey

Production Company : Wonderland Sound and Vision

Distributor : Netflix

Genre : Romantic / Comedy

Running Time : 103 minutes

Release Date : 28 October 2020

Trailer :

Idea date untuk setiap festival ni dah selalu nampak dekat Twitter dah setiap kali raya menjelma haha so I konsep movie ni bukan la something new. Yang dekat Twitter tu tak tahu la pernah ada yang buat betul-betul ataupun tak but let’s just talk bout this idea in Holidate movie from Netflix. 

Sloane (Emma Roberts) geram dengan ahli keluarga dia bila asyik tanya kenapa tak call Roadney jemput datang sekali untuk Christmas. Sloane tetap dengan alasan dia yang dia happy being single. Tapi tak boleh nak happy bila adik dia York (Jake Manley) propose Liz (Cynthy Wu) so that’s why lah family member dia macam menyampah nak layan drama dia everytime dia balik rumah. Dah la pergi mana-mana pun pakai pajama. Of course it looks just fine on her tapi siapa je yang terbeli dengan kata-kata dia ‘happy being single’. She’s a total mess!

Kebetulan masa dia nak trade balik hadiah Krismas dekat mall, dia terjumpa dengan Jackson (Luke Bracey) dekat kaunter pulangkan hadiah Krismas dari ex-girlfriend dia. Then diorang bonding kemudian come up dengan idea Holidate bila both of them akan berjumpa pada Public Holiday (New Year's Eve, Valentine's Day, St. Patrick's Day, Easter, Cinco de Mayo, Mother's Day, the Fourth of July, Labor Day, Halloween, Thanksgiving, Christmas), supaya tak terasa lonely atau kena bagi komitmen terhadap partner. 

Of course awal tu everything according what they had planned then diorang jatuh cinta sebab serasi bersama. Tapi disebabkan Sloane takut dengan komitmen, dia buang Jackson macam tu je dari hidup dia. Walaupun Jackson try pujuk, dia tetap dengan pendirian dia. 

Nothing much pun for this romantic comedy movie, dialog pun banyak diss movie romantic yang lain tapi buat benda yang sama jugak sudahnya. Funny moments pun tak menjadi sangat. Scene Sloane jumpa ex dia, Luc (Julien Marlon) yang tinggalkan dia sebab Felicity (Nicola Peltz) pun hambar. Though Emma and Luke share several cute and adorable moments together but nothing much they can offer. 

Not sure kenapa Jackson je yang pergi ke rumah keluarga Sloane setiap kali cuti atau perayaan muncul. Tak dikembangkan langsung pun tentang kehidupan Jackson except his best friend, Neil (Andrew Bachelor) atau tempat kerja dia and pretty much of his lifestyle sebagai athlete. Ada la dia cakap parents dia dekat Australia tapi tak sambut Thanksgiving dengan Christmas ke?

I wish director kembangkan lagi watak Farooq (Manish Dayal) or make him as a compatible and hot competitor untuk Jackson. Watak Manish pun terhad sangat selain jadi holidate kepada Aunt Susan (Kristin Chenoweth). Watak Aunt Susan ni patutnya director atau penulis nak jadikan sebagai funny distraction in the family tapi idk looks gross and annoying to me sebab dia main tangkap muat je mana-mana lelaki dia jumpa. 

Dalam movie ni ada watak Asian – Dr. Farooq dengan Liz tapi watak diorang menyedihkan. Looks kinda racist to me. Come on dah 2020 kot, takkan lah tak boleh nak keluar lagi dari template lama? Overall, for a light entertainment boleh la nak layan tapi I rasa syok lagi layan rom com movie Hindustan sebab cinematography best and music album lit habis. Kalau pelakon tak cukup meyakinkan, well at least music album diorang boleh jual kisah cinta. Anyway you guys can watch this at Netflix. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.7/10

4 comments

  1. movie ni in the list! i suka winter movies :)

    ReplyDelete
  2. dalam list tapi belum ada masa nak tengok..
    makin banyak list Netflix tu entah bilaaa la nk tengoknya..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.