Sunday, 15 November 2020

Movie Review : Scouts Guide to the Zombie Apocalypse

Director : Christopher Landon

Writer : Carrie Evans, Emi Mochizuki, Lona Williams

Cast : Tye Sheridan, Logan Miller, Joey Morgan, Sarah Dumont, David Koechner, Halston Sage, Cloris Leachman, Niki Koss

Production Company : Broken Road Productions

Distributor : Paramount Pictures

Genre : Comedy

Running Time : minutes

Release Date : 30 October 2020

Trailer :

Tahun 2020 dan kita masih lagi belum diserang oleh zombie so white people decided to create one virus for a zombie attack. Dicipta di makmal tanpa sebarang explanation mendalam tentang kenapa dan bagaimana nak handle sebab doktor yang buat ujikaji tu pun dah kena bunuh di minit awal movie ni. Thanks to that reckless Tic Tac janitor (Blake Anderson).

Sementara tu, Ben (Tye Sheridan), Carter Grant (Logan Miller), Augie (Joey Morgan) dan Ketua Pengakap Roger (David Koechner) nak buat camping untuk meraikan Augie yang akan dapat Condor Patch. Carter dengan Ben dah malas nak join Pengakap sebab tak banyak aktiviti yang diorang boleh buat dah pun. Looks fun when you’re in primary but not high school. 

Tapi disebabkan Augie baru kehilangan ayah dia, Ben tak sampai hati nak tinggalkan Pengakap. Kebetulan Carter dapat invitation ke senior party so both of them plan pergi camping setup semua untuk majlis pertabalan then curi-curi keluar pergi ke party. Peliknya Ketua Pengakap Roger tak datang ke camp base walhal dia selalunya on time. 

Ben dah mula pelik especially lepas dia terlanggar rusa masa driving tapi bangkai rusa tu hilang. Lagi kuat rasa tak sedap hati bila dia terjumpa pisau milik Ketua Pengakap Roger. Bila Ben dengan Carter pergi ke pekan, langsung tak ada orang dekat situ. Carter tak ambil peduli sangat sebab dia dah excited nak pergi ke party. 

Since semua orang dah hilang even bouncer dekat stripper club, Carter ajak Ben masuk situ so dekat sana la baru diorang dapat tahu yang pekan diserang zombie. Nasib diorang baik bila Denise (Sarah Dumont) datang dengan shotgun selamatkan diorang. Ben dengan Carter lega parents diorang pergi ke yoga retreat weekend tu tapi diorang still kena selamatkan Kendall (Halston Sage) sebelum askar letupkan pekan tu dalam masa 2 jam sebelum zombie keluar dari daerah dan makan lebih ramai orang. 

Kelainan movie ni bila geng Pengakap yang masih remaja datang selamatkan beberapa penduduk pekan tapi macam tak syok sangat sebab bukannya ada kepakaran atau skills dari Pengakap yang diorang guna pun. Sudahnya still guna shotgun, mesin pemotong rumput, bom etc untuk bunuh zombie. Tak pasti plot masa movie Scouts Guide to the Zombie Apocalypse ni pada tahun bila sebab none of them tak well-prepared dengan zombies attack. 

Well at least they should know zombie takkan function dah kalau hilang kepala so why attack their bodies instead of their heads? But since I tengok sebab nak chill and scream, so I just let that go lah. I mean just put logic aside and admire the beauty of Ben. Scene kelakar not bad lah tapi scene nudity dia agak gross. 

Masa lagu Soulja Boy dengan Britney Spears keluar ingatkan movie ni nak bagi insight yang zombie suka lagu zaman 90s but nope they’re just having fun hshshs 

Dialog memasing pun kelakar and since they’re scouts, so none of them mencarut teruk sangat. Speech Ben sebelum pergi selamatkan Kendall pun nice to watch lah. Well at least masa pandemic ni kita still ada harapan wujudnya orang macam Ben. 

‘And what if she doesn't, Carter? Then what? Who's gonna save them? The police? They're gone. The military? They're not coming, either. Guys we're the last line of defense. And so what? Maybe we look like dorks in these uniforms. And maybe we're a big joke to everyone at school. But tonight, we're gonna show them what being a real Scout's all about. So, are we just gonna stand here with our thumbs up our asses? Or are we gonna go out there and save the world?’

There you go… have fun watching the dorks haha

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.8, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 6.7/10

4 comments:

  1. nak tengoklah nanti, lama tak tengok cerita macam ni hahaha

    ReplyDelete
  2. zombie is not my cup of tea, tapi cita korea yg KINGDOM tu , best gila

    ReplyDelete
  3. uih cerita baru ni. bolehlah nak cari nanti

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!