Movie Review : Chhalaang

Monday 16 November 2020

Director : Hansal Mehta

Writer : Luv Ranjan, Aseem Arrora, Zeishan Quadri

Cast : Rajkummar Rao, Nushrratt Bharucha, Mohammed Zeeshan Ayyub, Saurabh Shukla, Ila Arun , Satish Kaushik, Garima Kaur

Production Company : T-Series Films, Luv Films, Ajay Devgn FFilms

Distributor : Amazon Prime Video

Genre : Sports / Comedy 

Running Time : 136 minutes

Release Date : 13 November 2020

Trailer :

Bila berlatarbelakangkan kawasan luar bandar seperti Haryana, dah boleh agak dah jalan cerita dia macam mana sebab kedaifan kawasan tu mempengaruhi banyak faktor baik institusi sekolah mahupun pemikiran para ibu bapa dan masyarakat. 

Mahinder Singh aka Montu (Rajkummar Rao) diambil bekerja sebagai guru PTI pun sebab dia tak mampu nak habiskan degree dalam jurusan undang-undang. Nasib baik dia selalu jadi wakil sekolah dalam bidang sukan so pengetua Usha (Ila Arun) boleh la selit dia untuk subjek sukan. Since parents tak pentingkan sangat bidang sukan ni, Montu ambil kesempatan dengan curi tulang dan lepak dengan Shukla Ji (Saurabh Shukla), bekas pengetua sekolah tu. 

Kehidupan Montu berubah bila Kementerian Pendidikan dah wajibkan semua murid ambil berat untuk subjek sukan dan mana-mana sekolah yang hantar wakil di mana-mana peringkat akan dapat upgrade facilities yang diperlukan. Inder Mohan Singh (Mohammed Zeeshan Ayyub) dihantar sebagai guru PTI yang baru. Montu perlu assist Singh untuk improve stamina murid dan aktif dalam sukan. Ego dia tercalar dan rasa Pengetua Usha sengaja nak buang dia. 

Sudahlah jawatan dia dah tergugat, murid-murid dah mula hilang rasa hormat sebab teknik yang Montu ajar tak sebagus Singh, Neelima (Nushrratt Bharucha) pula makin rapat dengan Singh. Montu dah hilang semangat tapi sebab nasihat ayah dia (Satish Kaushik), Montu usulkan idea untuk buat 3 pertandingan sukan antara team dia dan team Singh. 

Jalan cerita Chhalaang agak predictable bila template dia from zero to hero dengan beberapa teknik yang pernah digunakan dalam movie-movie sports yang lain. First half agak mehhh sebab kena tengok watak Montu yang negative dan merosakkan diri dia dan juga prestasi murid-murid di bawah jagaan dia. Masuk second half baru la director pick up balik pace dengan letak scene murid-murid team Montu training dengan cara orang kampung. 

Lakonan Rajkummar Rao sebagai Montu rasanya mudah je dia nak tapau sebab dia dah banyak kali bawa watak komedi dengan accent Haryana. Tak silap dalam movie Bareilly Ki Barfi (2017) lebih kurang je. Character arc dia bagi impak kepada perjalanan cerita and thanks to writer sebab tak ubah melampau sangat atau suntik semangat patriotism yang berlebihan. 

Berbeza dengan Nushrratt bila watak dia tak dikembangkan sangat dan screentime dia pun agak limited. Ni bukan pertama kali Nushratt bekerja di bawah produksi Luv Ranjan, agak kecewa lah bila watak dia tak bagi impak pada penceritaan. Watak Singh lagi syok nak tengok sebab dia bagi kesan kepada emosi Montu. 

Not much for visual and music score dari Hitesh Sonik. Ada dua lagu yang tak dimasukkan dalam movie sebaliknya dijadikan promo strategy je. Lagu romantic Teri Choriyaan dari Guru Randhawa pun tak bantu kisah cinta Montu dengan Neelu sebab lagu ni muncul sebab Montu berangan je. So tak nampak sangat chemistry pasangan ni walaupun fresh pairing. Nasib baik lagu Le Chhalaang best sebagai booster masa perlawanan sukan.

 

 Prestasi movie Chhalaang agak mengecewakan lah nak pula baru lepas tengok web series Scam 1992 : The Harsha Mehta Story minggu lepas dan dinobatkan sebagai web series terbaik. Bukan tu je, Rajkummar Rao dan Harshad Mehta pernah bekerja dalam movie Shahid, Citylight dan Aligarh. Antara movie-movie terbaik dalam karier Raj juga dalam industry Bollywood. Mungkin genre comedy bukan kekuatan Harshad Mehta tapi untuk one-time watch bersama family kira not bad lah. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.7/10

7 comments

  1. you know so much about bollywood industry ! hebat

    ReplyDelete
  2. walaupun jalan cerita dia dah boleh agak, tapi dari review macam best!

    ReplyDelete
  3. Tak tengok lagi. Filem baru ni. Suka la dia ni berlakon. rajkummar rao.. Banyak juga filem dia berlakon yang akak dah tengok.

    ReplyDelete
  4. tak pernah layan movie ni lg.. kadang2 tgk tamil dgn FIL hehe

    ReplyDelete
  5. Menarik..best farhana review :)
    boleh la tgk nanti..

    ReplyDelete
  6. ada kawan memang minat citer hindi dan tamil macam awak.. bnyk kali
    ajak tengok tapi kesian dia akak selalu x layan..

    ReplyDelete
  7. Phew~ pana ni boleh geng dengan kakak Aien sebab dia minta giler bollyeood industri. Me is so so... Nak tengok pun kena berkawan baru tengok yar

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.