PPE Suit Tyvek 1422a - Washable Type

Friday 20 November 2020

Dah masuk bulan-bulan terakhir tahun 2020 ni makin meningkat pula kes covid-19 cuma berbezanya kali ni Kerajaan dah benarkan kita keluar bekerja dan dalam masa yang sama boleh makan dan bersukan secara bersyarat. 

Ada yang marah dengan SOP baru tapi hakikatnya ekonomi tetap kena berjalan. Kasihan pada yang terjejas pendapatannya dek pandemik. Kes di Selangor, KL dengan Putrajaya lah paling tinggi setiap hari walaupun kes di negeri Sabah dah mula terkawal. 

Bila kes tinggi ni faham-faham je lah permintaan untuk Personal Protective Equipment (PPE) suit pun makin tinggi sebab perlu ditukar secara kerap. Harga PPE suit pula bukannya murah sebab KKM guna PPE suit dari brand Tyvek Dupont 1422a sebab brand ni berkualiti tinggi. 

Since my firm nak menderma kepada beberapa hospital awam yang memerlukan PPE, terjumpa company yang jual PPE suit dekat Shopee. Brand yang sama jugak dengan KKM guna tapi yang istimewanya PPE suit ni bila boleh dibasuh lepas dipakai. Dah jimat lah dekat situ sebab tak perlu beli berulang kali lepas guna. 


Sebelum derma tu kitorang tengok sample yang company Intellect Base Technologies Sdn Bhd ni bagi sebab nak tahu selesa ataupun tak bila pakai PPE suit. Not bad lah sebab material dia ringan dan tak panas bila dipakai. 


Di bahagian hujung tangan, kaki dan kepala ada getah supaya tutup ruang suit daripada bahan kimia ataupun benda-benda berbahaya. Tak lah ketat sangat sampai berbekas bila pakai. Just nice je terletak. Safe and secure. 


PPE suit ni available dalam pelbagai saiz, dari saiz S sampai ke saiz XXXL. Masa tempah tu stock baru sampai so tak ada masalah nak pilih saiz yang diperlukan since stok PPE ni agak terhad. Masa PKPB ni pula pergerakan terhad so produktiviti pun terhad juga.


Tak menyesal beli PPE suit dari company Intellect Base Technologies Sdn Bhd ni sebab service pun bagus, delivery cepat dan paling penting tempahan sampai dalam keadaan baik. Lepas ni kalau nak derma memang akan beli dekat sini je sebab yakin dengan material dan service. Hopefully dapat membantu frontliner dengan sumbangan kecil ni. 

Yang nak menderma atau beli PPE suit yang sama, boleh contact person in charge Intellect Base Technologies ni di 019-6335014. 

2 comments

  1. Bagus jugak nih
    Boleh basuh lepas pakai. Jimat duit.

    ReplyDelete
  2. rasanya.. setiap org kena ada suit ni dah in future

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.