Wednesday, 11 November 2020

Movie Review : Phobia (2016)

Director : Pavan Kirpalani

Writer : Pavan Kirpalani, Pooja Ladha Surti, Arun Sukumar

Cast : Radhika Apte, Satyadeep Mishra, Yashaswini Dayama, Nivedita Bhattacharya, Ankur Vikal, Amrit Bagchi, Faezeh Jalali

Production Company : Eros International, Next Gen Films

Distributor : Pixel Digital Studios

Genre : Psychological / Thriller

Running Time : 111 minutes

Release Date : 27 May 2016

Trailer :

Lepas kejadian malang bila Mahek (Radhika Apte) hampir dirogol oleh pemandu teksi kemudiannya ditemui di tepi jalan raya, dia mengalami Agoraphobia. Sejenis trauma dan ketakutan yang membuatkan seseorang itu takut untuk berada di tempat awam atau berjumpa dengan stranger. 

Mahek ambil ubat dan buat therapy session untuk pulihkan balik keadaan dia tapi keadaan dia masih lagi teruk. Doktor (Faezeh Jalali) suggest kepada kakak Mahek, Anu (Nivedita Bhattacharya) dan kawan baik Mahek, Shaun (Satyadeep Mishra) supaya hantar Mahek ke hospital sakit jiwa. Both of them refuse tapi Shaun suggest supaya Mahek pindah ke rumah sewa kepunyaan kawan dia. 

Baru dua hari dalam rumah sewa tu Mahek dah rasa ada sesuatu yang menganggu dia. Anak jiran, Nikki (Yashaswini Dayama) cuba untuk bantu Mahek dan mereka berdua jadi kawan. Mahek syak yang penyewa sebelum ni, Jiah (Amrit Bagchi) dah dibunuh dan ditanam di rumah kekasih dia, Mann (Ankur Vikal). Mahek boleh nampak roh Jiah dalam uniform kerja dia dan penuh dengan darah. 

Mahek rasa Jiah nak sampaikan mesej bila dia nampak blade cutter berwarna pink dengan tompokan darah dalam bilik air. Mahek nampak pisau yang sama Nikki cuba masuk dalam rumah secara curi-curi dan nampak Mann baru renovate rumah dia. Bertambah kuat sangkaan Nikki dan Mahek bila tengok perangai Mann sama macam yang Jiah gambarkan dalam diari dia.Berjaya atau tak Mahek dan Nikki jumpa bukti pembunuhan Jiah seperti yang diorang expect tu kena tengok lah movie genre psychological thriller ni. 

At first macam geram jugak lah sebab movie seram yang sengaja dicampur adukkan dengan masalah kesihatan mental watak utama tapi bila director reveal plot twist pada scene klimaks tu rasa wow menarik jugak jalan cerita movie Phobia ni. Kadang minda kita ni boleh jadi musuh dalam dunia kita sendiri. Sedar tak sedar, kita dah mula tanam something dalam minda yang boleh rosakkan diri sendiri. Sama macam Mahek bila dia mula dapat vision aneh kemudian trauma. 

Masa tengok several scenes pun dah mula cuak sebab kita dah terbiasa dengan jump scares so bila director usik dengan shot kosong pun dah boleh jadi cuak padahal tak ada apa pun. We love controversial things, conspiracies and whatsoever out of nothing. 

Lakonan Radhika Apte antara kekuatan movie Phobia, dia berjaya deliver ketakutan dan trauma tu dengan bagus. Tak nampak kaku dan tak juga nampak over. It just perfect. At one time dia rasa takut sangat dengan semua benda tapi dia cuba lawan supaya dia boleh hidup macam orang lain. Sebab watak Mahek adalah seorang yang ramah, ceria dan suka bergurau. 

First half is gripping with her struggle both outside and inside of her house tapi masuk second half dah mula longgar bila pengarah sengaja tambah violence. Macam contoh scene Mahek buat virtual therapy tapi menggelupur takut sampai ambil pisau dan cederakan Shaun. Tak sepatutnya benda tu berlaku tambah pula masa tu ada doktor. 

But it just a minor glitch, for me I still enjoy the whole movie. Music score dari Daniel George dan background music oleh Karan Gaur membantu menambah impak penceritaan dalam beberapa scene dengan suntingan visual yang menarik dari Jaya Krishna Gummadi. A must watch thriller. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.7/10

5 comments:

  1. i think she is a good actress too dlm cerita ni, nampak dia punya watak hidup dan natural

    ReplyDelete
  2. Macam best pula bila psikologi dan thriller dia gabungkan.. Ada seram pula lagi..

    ReplyDelete
  3. Movie ni rasa macam best bila baca review FJ.
    Tapi kak pip ni penakut kalau tengok cerita2 yang macam seramm.
    adeh.

    ReplyDelete
  4. thriller gini, trauma sana sini, feveret aida :)
    buat kita berfikir time menonton.
    then menjerit terkejut :) ha ha ha ha...
    si ibu ni lebih terkejut dari Ijat!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!