Movie Review : Talaash - The Answer Lies Within

Wednesday 25 November 2020

Director : Reema Kagti

Writer : Farhan Akhtar, Anurag Kashyap, Reema Kagti, Zoya Akhtar

Cast : Aamir Khan, Kareena Kapoor, Rani Mukerji, Nawazuddin Siddiqui, Rajkummar Rao, Shernaz Patel, Vivan Bhatena, Sheeba Chaddha, Aditi Vasudev

Production Company : Excel Entertainment, Aamir Khan Productions

Distributor : Reliance Entertainment

Genre : Psychological / Crime/ Drama

Running Time : 139 minutes

Release Date : 30 November 2012

Trailer :

Dikarang oleh 4 barisan penulis dan pengarah yang hebat, movie Talaash menyingkap kisah misteri kematian pelakon terkenal Bollywood, Armaan Kapoor (Vivan Bhatena) bila keretanya secara tiba-tiba membelok dan terbabas ke dalam laut. Makin bertambah misteri bila Armaan bukan di bawah pengaruh dadah mahupun alkohol. Besar kemungkinan dia dibunuh. Tapi siapa?

Inspektor Surjan Singh Shekhawat (Aamir Khan) bersama pembantu dia, Devrath Kulkarni (Rajkummar Rao) dapat tahu Armaan bawa beg berisi Rs2juta pada malam kejadian tapi belum tahu kepada siapa duit tersebut perlu diberikan. Bila kes melibatkan selebriti, ramai la yang berminat tapi Surjan ni jenis yang professional. Isteri dia, Roshni (Rani Mukherjee) tanya pun tak pernah dia jawab. Pressure dari kerja dan personal life buat dia tertekan tapi dengan kehadiran Rosie (Kareena Kapoor) yang banyak membantu siasatan, dia mula rasa tenang. 

Dalam masa yang sama, Shashi (Subrat Dutta), bapa ayam di rumah pelacuran mula cuak bila kes Armaan masuk dalam berita sebab lambat laun polis akan tahu tentang duit tu. Taimur (Nawazuddin Siddiqui) mula cucuk jarum dan plan untuk peras ugut kawan baik Armaan, Sanjay (Suhaas Ahuja). Dia tahu tentang kejadian malam tu dan dia ada bukti kukuh untuk diberikan kepada polis. 

Talaash adalah movie yang kompleks dengan watak-watak yang terlibat dan juga dari segi emosi juga psikologi. Reema Kagti bermain dengan emosi dalam tema kehilangan bila Inspektor Surjan dan Roshni kehilangan anak sekaligus menjadikan mereka berdua lemah sebagai parents. Rosie kehilangan kawan dan rasa percaya terhadap Taimur, Mallika (Aditi Vasudev) hilang kebebasan selepas Shashi mati dibunuh. Ujian masing-masing berbeza dan penerimaan setiap manusia juga berbeza. 

Sepanjang penceritaan movie Talaash, watak Rosie banyak bermain teka-teki dengan emosi dan fakta kes bila berbual dengan Inspektor Surjan. Walaupun screentime dia pendek tapi kehadiran dia memberikan impak besar. Plot twist di hujung cerita mula menjawab segala persoalan yang terdapat pada awal movie. Didn’t saw that’s coming at all. 

Team production Talaash keep it real as possible bila kebanyakan scenes shoot di ‘kawasan gelap’ di Mumbai. Cinematographer K. U. Mohanan sets the tone dark just exactly like the narrative. Music score yang digubah oleh Ram Sampath dan lirik ditulis oleh Javed Akhtar memberikan mood yang intense kepada setiap misteri dan drama yang ditonjolkan oleh setiap watak. Lagu Hona Hai Kya blends well dengan penceritaan.

Watak Aamir Khan dalam Talaash banyak bermain dengan emosi and he did justice for Inspector Surjan. No doubt on that. Skrip movie ni kena reject oleh SRK, Salman Khan dan Saif Ali Khan. Bila Reema datang cerita dekat Aamir, bukan setakat berlakon tapi dia nak jadi producer sekali. Tepat jangkaan Mr. Perfectionist bila movie Talaash dapat positive review dan jadi salah satu movie paling laris kutipan pada tahun 2012. 

Personally for me, I love Kareena Kapoor Khan’s work in Talaash. Pandangan mata dia memainkan peranan besar, dah habis movie pun masih terbayang pandangan mata dia yang kecewa dengan sikap manusia baik stranger mahupun kawan rapat dia. Kalau movie ni fast paced dan bagi ruang untuk watak Devanth dan Rosie dikembangkan lagi mungkin lagi best sebab dua-dua watak ni pegang rahsia besar dalam movie. Kenapa Taimur beria nak bebaskan Nirmala (Sheeba Chaddha) pun jadi persoalan juga. 

Talaash mungkin bukan original ataupun idea segar tapi genre ni masih baru di Bollywood dan set bar yang tinggi untuk kualiti movie dengan aspek dan teknik yang mantap. Boleh layan dekat Netflix :)

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.7/10

3 comments

  1. i tak pernah tgk lagi cita ni, tapi the way u review nampak best! beside i love rani !!!

    ReplyDelete
  2. uuuish Amir Khan nye misai.. lentikks hehe..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.