Landed House Ataupun High-Rise, Mana Yang Lebih Sesuai?

Monday 30 November 2020

Ternampak tweet minta pendapat sama ada landed house ataupun high rise yang lebih sesuai dijadikan kediaman ideal? Memandangkan I pernah tinggal dalam dua-dua jenis rumah, so entry ni nak berkongsi pengalaman dan juga kelebihan atau kekurangan dua jenis rumah ni. 

Kalau zaman dulu memang suka sangat dengan landed house sebab kita ada tanah dan laman kita sendiri tapi disebabkan populasi yang makin bertambah dengan harga tanah yang makin mahal, kebanyakan rumah yang available dan mampu milik adalah high rise. 

Tapi tak jadi masalah pun kan kalau dapat buat pinjaman ataupun rumah di bawah skim kerajaan pun dah disediakan jenis landed. 

LANDED HOUSE

Landed house terdiri daripada rumah teres setingkat, teres dua tingkat, teres tiga tingkat, banglo, semi-D, kluster atau linked, townhouse, villa dan sebagainya.

Kelebihan Landed House

1. Ada Laman Depan, Belakang Atau Sisi

Bila ada laman ni boleh guna untuk bercucuk tanam macam my mom boleh tanam banyak sayur atau pokok bunga dekat laman dia. Dah boleh jimat sikit perbelanjaan barang dapur. Kadang dia bersedekah dekat kawan-kawan atau jiran-jiran dia. Ada yang ubahsuai laman sebagai tempat istirehat atau buat pool. 

2. Bebas Untuk Ubahsuai

Kalau nak ubahsuai ikut selera sendiri tak ada masalah pun asalkan dapat kelulusan dari majlis bandaraya. Nak tambah tingkat atas ataupun nak besarkan ruang dapur dengan ruang tamu. Tak perlu nak minta kebenaran JMB dan ikut waktu yang ditetapkan. 

3. Senang Nak Angkut Barang

Kalau rumah landed ni beli furniture atau barang banyak tak aka nada masalah sebab park depan rumah terus boleh bawa masuk dah. 

4. Kereta

Senang nak park satu hal, nak cuci kereta pun mudah sangat sebab ada pili air dekat bahagian depan. Every weekend pun boleh cuci kalau rajin. Keselamatan kereta pun terjaga sebab di dalam kawasan rumah. Tak lah risau kereta kena curi ataupun spare part hilang dicuri orang. 

5. Binatang Peliharaan

Sesuai sangat bela binatang peliharaan seperti kucing, burung, ikan atau anjing sebab ruang yang selesa dan bebas bergerak sama ada indoor ataupun outdoor. 

Keburukan Landed House

1. Senang Diceroboh Oleh Binatang 

Dekat rumah mak memang senang sangat binatang nak masuk ikut lubang tandas ataupun bertenggek di pagar. Pernah je ular tedung masuk rumah ataupun kala jengking ada dekat sofa. Lipan masuk dari saliran air ataupun tikus di bahagian dapur. 

2. Tahap Keselamatan Rendah

Kalau duduk dalam satu taman perumahan agak susah nak kawal sebab ada banyak rumah perlu dijaga melainkan ada guard ataupun rukun tetangga tapi rumah mak dah pernah kena ceroboh masuk. Esok pagi bangun tengok tayar motor dah hilang satu. Nasib baik tak masuk merompak rumah. 

3. Parking Terhad

Setiap rumah dah disediakan laman untuk park kereta tapi kalau satu family ada dua tiga buah kereta akan muncul masalah sebab tak ada extra parking. Belum campur lagi perangai jiran yang suka park kereta depan rumah kita. Dah tegur banyak kali pun tetap degil. 

4. Kos Penyelenggaraan

Bila ada tanah sendiri kena jaga sendiri lah. Bila rumput dah panjang kena upah orang potong, selenggara longkang depan dan belakang rumah ataupun bersihkan tangki air. 

High Rise House

High rise terdiri dari rumah pangsa, apartmen, service apartment, kondominium dan lain-lain

Kelebihan High Rise

1. View Cantik

Makin tinggi apartment tu, makin cantik lah permandangan. Tapi depends jugak dengan lokasi yang dipilih. Macam rumah I sekarang memang dah lama cari apartment ada nature view sebagai treatment bila kepala dah stress dengan kerja. Sejuk pulak tu, tak perlukan aircond dah. Ada yang dapat beach view, boleh tengok sunrise dan sunset. Musim perayaan boleh nampak fireworks. 

2. Keselamatan Tip-Top

Tak payah nak risau ada stranger atau kes pecah rumah sebab kawalan ketat dengan pintu masuk yang terhad. Nak masuk pun kena ada sticker. Rumah sebelum ni ada access card dan CCTV dalam lif atau kawasan parking. Binatang pun takkan ceroboh masuk sebab tinggi. Kes ketukan misteri di Sabak Bernam tu pun tak wujud hehe

3. Lengkap Dengan Kemudahan

Kebanyakan high rise akan dilengkapi dengan kemudahan gym, kolam renang, court, taman permainan, kedai serbaneka ataupun dewan serbaguna. Makin tinggi harga high rise, makin banyak kemudahan yang developer offer. 

4. Surrounding Terjaga

High rise selalunya akan dijaga oleh pihak JMB maka tak wujud lah masalah lori sampah tak datang kutip sampah ataupun fasiliti rosak sebab setiap bulan akan bayar maintenance fees. Buat aduan untuk sebarang kerosakan, nanti akan dibaiki. Kalau ada perangai park merata, buat aduan je terus kena clamp.

Keburukan High Rise

1. Terhad

Macam mana beli, macam tu la sampai bila-bila sebab struktur yang tak boleh berubah. Melainkan renovation kecil ataupun tak melibatkan sistem elektrikal ataupun paip. Trend sekarang bila developer yang tentukan lokasi air-cond ataupun piring Astro. Tak boleh letak sembarangan. Nak tanam pokok pun kena cari yang indoor sebab matahari tak kena sangat dekat kawasan beranda. 

2. Saiz Kecil

Saiz high rise pun kecil bergantung kepada jenis high rise. Kalau rumah pangsa 600sqft sahaja. Kalau keluarga besar memang tak sesuai sangat bila kena berhimpit dan tiada privasi. 

3. Penat Angkut Barang

Rumah sekarang ni tak ada lif so kalau nak beli barang tu memang kena cari mood dan timing yang cun. Kalau tengah sakit ataupun penat memang hilang mood nak panjat rumah atau keluar rumah. Lagi haru bila tertinggal barang dalam kereta ataupun terlupa tutup air dalam bilik air. 

4. Keselamatan Kereta

Masalah bila park dekat bawah sebab kereta akan bercalar sebab budak-budak suka main dekat kawasan parking. Kucing pun suka tidur dekat bumbung kereta. Pernah jadi kes bila tikus gigit wayar kereta. Dah kena keluar extra cost untuk perkara macam ni. 

Kelebihan dan keburukan ni bergantung juga pada jenis rumah sebab kalau beli rumah banglo ataupun villa tak muncul masalah bising dan kerenah jiran yang degil. Landed ataupun high rise rasanya dua-dua bising sebab attached dengan rumah orang lain. 

Kalau duduk rumah flat memang terganggu sebab kawasan yang sesak dan padat. Balik kerja dah penat tapi tak boleh nak tidur sebab anak-anak jiran main lumba lari dekat kawasan koridor. Bila dah pindah ke apartment tanpa lif, tak ada lah masalah tu. 

Best advice, cari rumah ikut lifestyle kita macam mana. Dekat situ baru boleh jumpa kelebihan dan adapt dengan keburukan jenis rumah. 

6 comments

  1. both best, tapi since my house is landed skrg ni kan , i teringin nak stay dekat high rise pula.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Dua dua pun ada kelebihan dan kekurangan.
    Setuju dengan FJ, kena cari rumah, ikutlah Gaya hidup dan kemampuan.
    Pilihan di tangan sendiri.
    Macam kak pip, suka landed pasal anak anak senang main di laman ...
    Kalau single life, high rise is my preference.

    ReplyDelete
  3. aida pernah dok rumah pangsa 4-5 tahun, fana. masa tu abah da jual rumah lama. nak pindah balik kampung. tapi idak & adik lom abis spm. sekolah kat bandar melaka. dok sewa la situ sementara. maka, dari pengalaman aida tu, aida sememangnya nakkan landed house. tidak berminat dgn high rise property.
    and alhamdulillah, owned one landed house. pendapat peribadi aida la ye, byk kelebihan landed house bagi diri aida sendiri. wawasan hari tua, kemudahan anak-anak bersosial, kemudahan anak-anak bermesra dgn alam, kemudahan diri sendiri di hari tua... dan byk lagi.

    ReplyDelete
  4. Dua-dua ada kelebihan dan kekurangan.. Ikut pada kesesuaian kita untuk beradaptasi dengan kediaman.. hehehe.. Setiap pilihan ada baik dan buruknya..

    ReplyDelete
  5. Dua2 pernah duduk, teres, low cost, semi D, end lot, corner lot, bungalow, flet, apartment, asrama pun macam2 jenis dah. Tapi saya paling suka landed house sbb nak beli perabot mudah dan bebas nak keluar masuk rumah berapa kali pun.

    ReplyDelete
  6. korang kalau nak cari rumah landed murah2 yang mampu milik boleh try submit kelayakkan dekat website Benahous.com ni. Dah ramai golongan B40 dpt rumah idaman melalui ni. Sy pun Alhamdulillah da berjaya dibantu untuk miliki rumah idaman sy diusia muda ..

    Type je kat goole 👉 benahous.com

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.