Movie Review : Ek Villain (2014)

Sunday 22 November 2020

Director : Mohit Suri

Writer : Milap Zaveri (Dialogue), Vihan Malik 

Cast : Sidharth Malhotra, Shraddha Kapoor, Riteish Deshmukh, Aamna Sharif

Production Company : Balaji Motion Pictures

Distributor : AA Films

Genre : Romantic / Thriller / Action 

Running Time :129 minutes

Release Date : 27 June 2014

Trailer :


6 bulan lepas tengok movie I Saw The Devil tapi tak berapa suka dengan penceritaan dia walaupun dah berstatus cult sebab banyak babak ngeri dan seksual yang melampau. Nasib baik lah director Mohit Suri buat remake movie Korea tu dan olah balik ikut template Bollywood. Hasilnya, Ek Villain menjadi salah satu movie hits di Bollywood tahun 2014 dan naikkan nama Sid Malhotra juga Riteish Deshmukh sebagai villain. 

Bermula dengan pembunuhan Aisha Verma (Shraddha Kapoor), isteri kepada Guru (Sid Malhotra) gara-gara menegur Rakesh (Riteish Deshmukh) tentang lubang di jalan hadapan rumah mereka berdua. Siapa sangka teguran biasa menjadi punca kematian tragis sebab Rakesh adalah pembunuh psiko yang stress dengan kata-kata cacian terhadap dia. 

Bila Guru dapat tahu dari CBI Aditya Rathore (Shaad Randhawa) yang Caesar (Remo Fernandes) adalah dalangnya, dia pergi ke Goa untuk balas dendam. Tapi Caesar pula persoalkan apa perlunya dia bunuh Aisha sebab dia sayang Guru macam anak dia sendiri. Walaupun dia perlukan Guru tapi dia nak Guru hidup bahagia. Aditya datang balik dan bagitahu yang pembunuh sebenar adalah Rakesh sebab modus operandi dia membunuh dengan screwdriver. 

Just like the original, tak suka scene kejar-mengejar antara watak utama dan villain dalam penceritaan ni sebab draggy tapi Ek Villain did better lah sebab dia bersilih ganti dengan flashback kisah cinta Guru dan Aisha. Jokes yang Aisha sembang dalam movie ni tak lah kelakar mana tapi mesej tu bermakna. Dialog dari Milap Zaveri agak puitis, sesuai dengan mesej tersirat movie ni untuk suntik harapan dan positivity. Berbeza dengan karya Mohit Suri sebelum ni. 

Visual dan sinematografi menarik dari Vishnu Rao dikuatkan lagi dengan music score dari Ankit Tiwari dan Mithoon. Music album Ek Villain dapat rating setinggi 4/5 dari juri sebab lagu yang sarat dengan emosi dan lirik syahdu menguatkan lagi emosi pada kisah cinta Guru dan Aisha. Favorite pick, Hamdard dan Galliyaan versi nyanyian Shraddha Kapoor sendiri. Suara dia soft sangat sesuai dengan karakter Aisha yang jadi cahaya dalam kegelapan hidup Guru. Background music antara punca terloncat setiap kali Rakesh muncul dengan screwdriver dia. 

Walaupun Riteish dapat pujian untuk watak psycho killer yang nampak tenang dan baik di mata masyarakat juga isteri dia, Solu (Aamna Sharif) tapi lakonan Sid Malhotra sebagai Guru pun tak kurang hebatnya. Dia tak melebih-lebih dalam watak dia sebagai seorang gangster yang mula faham dengan keindahan hidup dan cinta. Chemistry Sid dengan Shraddha pun meninggalkan kesan yang mendalam. Menangis teruk tengok scene Guru beria selamatkan Aisha dari kanser. 

Suka sangat dengan decoration rumah Guru dengan Aisha, kreatif sangat dengan origami dan susun atur semua furniture. Bukan kisah percintaan diorang je dreamy tapi rumah pun dreamy jugak. Dah boleh ambil inspirasi dari deco rumah diorang. Wardrobe Aisha pun trendy sebab padanan shirt dengan harem pants ataupun denim untuk hasilkan desi contemporary look. Kudos to Leepakshi for her efforts. 

Due to Ek Villain’s success, Mohit Suri akan terbitkan Ek Villain 2 tapi tak relate lah penceritaan 1 dengan 2. Cast pun dah bertukar tapi belum reveal lagi sinopsis penceritaan. Disebabkan covid-19 terpaksa tunggu lama sikit dari jadual asal. Lepas kejayaan Malang, hopefully Ek Villain 2 pun deliver kejayaan yang sama. Katanya remake dari movie Korea jugak tapi tak kisah pun asalkan remake lagi bagus dari original dengan dialog dan music album confirm keren!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10

5 comments

  1. Akak penah dengar movie nie tapi belum berkesempatan nak tengok.. bila baca sipnosis awak nie, makin berkobar² nak tengok biarpun remake movie..

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi tgk movie yg genre mcm ni..uish patot tengok ni

    ReplyDelete
  3. remake bollywood mmg amazing , mcm cerita ALONE! omg i love the bollywood punya and tiga kali dah tgk ! hahaha

    ReplyDelete
  4. hahaha saya jenis jarang tgk movie. btw, thanks review!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.