Movie Review : Gupt: The Hidden Truth

Wednesday 4 November 2020

Director : Rajiv Rai

Writer : Rajiv Rai

Cast : Bobby Deol, Kajol, Manisha Koirala, Paresh Rawal, Om Puri, Raj Babbar, Dalip Tahil, Prem Chopra, Sadashiv Amrapurkar, Sharat Saxena, Kulbhushan Kharbanda, Mukesh Rishi, Priya Tendulkar

Production Company : Trimurti Films

Distributor : Trimurti Films

Genre : Thriller / Romantic / Action

Running Time : 174 minutes

Release Date : 4 July 1997

Trailer :

Sejak lockdown ni rajin betul layan movie-movie lama sebab dah lupa dah jalan cerita semua movie. Lagipun movie baru yang keluar pun asyik genre biopic je. Lagu pun remake. Baik revisiting old movies kan? Zaman Bobby Deol tengah letops pakai baju pelangi dengan rambut curl dia tu. Movie Gupt ni pun antara movie yang naikkan nama Bobby Deol bila Gupt adalah ke4 tertinggi jumlah kutipan di box office pada tahun 1997. 

Movie romantic thriller ni mengisahkan perjalanan Saahil (Bobby Deol) yang dihukum penjara kerana membunuh ayah tiri dia (Raj Babbar). Ibu Saahil (Priya Tendulkar) pun dah tak mampu nak bersangka baik dengan anak sulung dia tu sebab Saahil memang benci dengan suami dia. Tambah pula bila ada perselisihan faham bila Saahil ditunangkan dengan  Sheetal (Manisha Koirala) sedangkan dia jatuh cinta dengan Esha (Kajol). Bengangnya dia sampai dah ugut nak tikam dengan pisau depan semua orang dalam majlis tu. 

Sheetal bukan setakat cinta mati dengan Saahil tapi percaya yang Saahil tak bersalah. Sama juga dengan Esha. Tak ada sebab pun kenapa diorang percaya sangat dengan Saahil sedangkan bukti dan saksi menunjukkan Saahil dalang pembunuhan tu. Nasib lah director Rajiv Rai memang dah tunjuk kehadiran orang lain di tempat kejadian dan respon ayah tiri berbeza dengan cara dia bercakap dengan Saahil. But still terkejut lah dalam movie ni mudah betul percaya hanya kerana cinta haha 

Sheetal banyak bantu Saahil untuk mencari pembunuh tu sebab Dr. Gandhi pun dibunuh juga bila dia bagitahu Saahil yang dia ada rahsia sebab tu dia yakin Saahil tak bersalah. Fuhhh nasib baik ada juga someone yang percaya berasas. Walaupun penceritaan movie ni jadi panjang sebab lagu bila Esha dengan Sheetal berangan, tapi okay lah sebab director bijak sembunyikan pembunuh sampai ke hujung movie. Bila Saahil jumpa watak lain, dia akan dapat petunjuk lain dan dalam masa yang sama dia kena mengelak dari ditangkap oleh Inspektor Udham Singh (Om Puri). 

Bukan setakat movie je tercalon dalam beberapa kategori dan menang, tapi background score dengan music album oleh Viju Shah antara top charts tahun 1997 dan menang kategori Best Background Score. Single track yang famous sampai sekarang haruslah lagu Mere Khwabon Mein Tu. Semua lagu sesuai lah dengan suasana masa tu. Tapi kalau nak diikutkan, director tak fokus sangat dekat genre thriller tu padahal Saahil dah pegang bukti utama pembunuhan tu. Tu lah, main cinta je kerja. 

For visual nothing much pun yang Ashok Mehta boleh buat pada zaman tu. VFX pun tak digunakan sangat so kebanyakan shooting location dibuat di dalam bangunan. Even darah pun cair macam warna air sirap. Bijak lah siapa yang bagi idea nak shoot lagu dekat tempat-tempat cantik sebab music album Gupt ni famous sampai sekarang. Cuma yang kelakar mungkin fashion zaman tu dengan koreografi lah. Mungkin sebab nak sesuaikan dengan keadaan Bobby Deol kot sebab dia baru lepas sembuh dari leg injury. 

Scene Saahil lari dari penjara tu tiru movie Hollywood, The Shawshank Redemption (1994) bila dia lari ikut paip kumbahan. Scene yang tak masuk dek akal bila Saahil kena bertunang dengan Sheetal tu sebab kelakar jugak lah parents Saahil tak tanya betul-betul keputusan Saahil untuk bertunang. Mungkin nak buat surprise tapi takkan la Saahil tak curious langsung kenapa Sheetal beria pakai macam nak berkahwin sedangkan diorang berkawan dekat kolej. 

Movie Gupt ni terlampau ramai pelakon pembantu sampaikan movie tu meleret dengan screentime semua watak. Mungkin kalau director kurangkan jadi 2 orang je dengan motif berbaur propaganda politik pun dah cantik untuk kelirukan audience. Penat jugak lah tunggu movie Gupt ni habis sebab kelemahan plot yang satu ni. Well, less is more gittewww 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.4 = 6/10

1 comment

  1. betul betul, terlalu ramai pelakon pembantu..tapi excited tgk sbb pelakon pembantu yg kita kenal hehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.