Movie Review : Laxmii (2020)

Friday 20 November 2020

Director : Raghava Lawrence

Writer : Raghava Lawrence, Farhad Samji, Sparsh Khetarpal, Tasha Bhambra

Cast : Akshay Kumar, Kiara Advani, Sharad Kelkar, Ayesha Raza Mishra, Rajesh Sharma, Ashwini, Tarun Arora, Mir Sarwar

Production Company : Fox Star Studios, Cape of Good Films, Shabinaa Entertainment, Tusshar Entertainment House

Distributor : Disney+Hotstar

Genre : Comedy / Horror

Running Time : 141 minutes

Release Date : 9 November 2020

Trailer :

Perkahwinan inter-religion antara Rashmi (Kiara Advani) dan Asif (Akshay Kumar) tak direstui keluarga sampai mereka berdua ambil keputusan untuk kahwin lari. Beberapa tahun kemudian, Rashmi cuba pujuk ayah dia (Rajesh Sharma) supaya terima Asif walaupun dia beragama Islam. 

Awal tu memang menyampah tapi bila dia nampak karakter Asif yang baik dan pandai jaga Rashmi, dia pun mula buka hati untuk terima Asif sebagai menantu. Tapi Asif mula buat perkara-perkara pelik seperti pakai sari, pakai gelang tangan ataupun lumur kunyit untuk jaga kecantikan kulit. Seolah-olah perempuan! 

Mereka satu keluarga dah pelik tambah pula ada gangguan setiap malam. Kadang ada suara perempuan menangis, kadang-kadang ada bayang budak-budak. Mak Rashmi, Ratna (Ayesha Raza Mishra) dengan kakak ipar dia, Ashwini (Ashwini Kalsekar) minta bantuan dengan sami ataupun ustaz di masjid. [Tak tahu lah tu level ustaz ataupun bilal]. 

Dalam masa yang sama, menteri Girja (Tarun Arora) mula takut bila dua orang adik dia dibunuh dengan kejam. Plot ni tak tahu kenapa menteri ni tiba-tiba berjumpa dengan bomoh dan tahu yang hantu transgender muncul balik untuk balas dendam. 

Actually bukan scene ni je tapi banyak lagi loopholes dan dilitupi dengan moment lawak yang try hard sangat. Well at least letak la movie Laxmii ni di bawah genre masala dan bukannya genre horror comedy. Sebab lawak slapstick dan hambar ni memang kategori masala. Sebelum tengok dah well prepared sebab I tak suka sangat genre masala. 

For visuals some are good, some are too cartoon tapi vfx makin improve. Makeup effects pun nampak real. Bila hantu keluar agak terkejut lah sebab tak disangka langsung. Mungkin predictable but I don’t see that coming since I’m only waiting for this movie to end. Tak kelakar, tak rasa tersentuh, tak rasa emosi, boleh kata semuanya hambar dan tawar. Music album pun tak menarik especially lagu Burj Khalifa yang dihidangkan dengan koreografi tarian yang jelik. Tak pasti movie ni dikategorikan sebagai tontonan umum ataupun 13 tahun ke atas sebab caca marba.

 

Tak nak sentuh pasal isu transgender because the way they depict the taboo issues are great to watch tapi scene yang melibatkan agama agak sensitif. Tak suka scene Uncle Abdul (Mir Sarwar) bagitahu Lakshman/Laxmii yang dia tu gabungan dari dua dewa thus menjadikan dia sebagai Tuhan. Excuse me, in what sense? Kalau kiriman Tuhan atau naluri kewanitaan tu datang sebagai takdir hidup dia then I boleh terima. 

Pelakon dalam movie ni semuanya berbakat tapi bakat Kiara Advani tak dikembangkan walhal dia dah deliver movie Guilty dan Good Newwz tahun lepas. Ayesha Raza Mishra pun dapat nasib yang sama bila watak dia over dan bergantung dengan arak. Ashwini pula try hard untuk jadi kelakar. Sharad Kelkar menyerlah walaupun screentime dia limited tapi watak Asif atau Laxmii nampak awkward bila dilakonkan oleh Akshay Kumar. Bukan sebab dia tak selesa ataupun tak pandai tapi skrip yang tak dikarang dengan cantik. 

Tak tahu antara Laxmii dengan Kanchana (2011) yang mana lebih bagus sebab tak pernah tengok lagi movie Tamil di bawah pengarah juga penulis, Raghava Lawrence ni. Walaupun dua-dua movie di bawah kendalian orang yang sama tapi hasilnya jauh berbeza bila Kanchana mendapat pujian tapi Laxmii menerima kecaman dan rating yang sangat rendah. Dilabelkan juga sebagai worst movie of the year. Sorry Akshay Kumar, even you buang Bomb dari Laxmi Bomb, tajuk asal movie ni pun movie ni tetap bombed. Nasib baik tak tayang dekat cinema. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 2.8/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.