Riri Riza bukan nama asing dalam dunia perfileman Indonesia, seorang pengarah berpengaruh yang sinonim dengan karya penuh emosi, nilai seni tinggi dan dekat dengan jiwa penonton. Sejak awal 1990-an, beliau memulakan langkah dengan menghasilkan filem pendek sebelum mengorak langkah ke layar lebar, menampilkan gaya pengarahan yang jujur dan visual yang penuh rasa.
Perjalanan Riri Riza dengan kisah Ada Apa Dengan Cinta? menunjukkan evolusi seninya yang mengagumkan. Bermula sebagai penerbit dan penulis bersama untuk filem asal, kemudian menjadi pengarah untuk Ada Apa Dengan Cinta 2, kini beliau kembali mengarah filem Rangga & Cinta, remake dalam bentuk muzikal yang menjadi filem muzikal ketiganya. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 6 November 2025, membawa nafas baharu kepada kisah cinta yang pernah mencipta fenomena.
Beliau yang pernah merangkul Piala Citra pada tahun 2004 ini dikenali dengan sentuhan puitis yang mampu menyentuh emosi penonton dalam cara yang halus namun mendalam. Tidak pernah terikat pada satu gaya, Riri sentiasa mencuba pendekatan berbeza daripada drama kekeluargaan yang penuh jiwa, ke adaptasi novel dan filem muzikal yang diiktiraf ramai. Setiap karyanya membuktikan keupayaan luar biasa dalam mengangkat kisah tempatan menjadi naskhah filem yang segar, penuh makna dan kaya dengan nilai kemanusiaan.
Beberapa karya arahan Riri Riza telah meraih Anugerah Citra di Festival Filem Indonesia serta pengiktirafan di pelbagai festival filem antarabangsa. Namun di sebalik kejayaan itu, kekuatan sebenar karyanya terletak pada kemampuan menggabungkan hiburan dengan mesej bermakna, menjadikannya tokoh penting yang terus memberi inspirasi kepada generasi baharu pembuat filem di Indonesia.
Antara karya Riri Riza yang paling menonjol dan dihasilkan di bawah terbitan Miles Films termasuk:
- Petualangan Sherina (2000): Filem muzikal ikonik yang membuka era baharu sinema keluarga Indonesia.
- Gie (2005): Drama biografi tentang aktivis Soe Hok Gie yang menonjolkan idealisme dan perjuangan anak muda.
- Laskar Pelangi (2008): Adaptasi novel popular yang mengangkat kisah kanak-kanak di Belitung, menjadi fenomena box office dan menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Kejayaan Riri terus menyerlah dengan Athirah (2016) yang memenangi enam Anugerah Citra termasuk Filem dan Pengarah Terbaik. Pada tahun sama, Ada Apa Dengan Cinta 2 juga mencipta fenomena box office dan menjadi filem pembuka Fukuoka International Film Festival 2016, sekali lagi membuktikan pengaruhnya di pentas antarabangsa.
Rangga & Cinta menerima sambutan hangat di Busan International Film Festival 2025 di Korea Selatan, menandakan kebangkitan semula legasi ikonik Ada Apa Dengan Cinta? dalam versi drama romantik muzikal yang segar dan moden. Menampilkan bintang generasi baharu, Leya Princy dan El Putra Sarira, filem ini menghidupkan kembali kisah cinta legenda itu dengan sentuhan baharu yang lebih segar, emosional dan dekat dengan jiwa penonton masa kini.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Rangga & Cinta di pawagam seluruh Malaysia bermula 6 November 2025, sebuah kisah yang pasti menggamit nostalgia dan menyentuh hati dalam cara yang baharu. Untuk kemas kini serta kandungan eksklusif, ikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, X dan YouTube.
 


Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.