Nikmati persembahan dan aktiviti menarik di 'Karnival SYOK Weh!'

Tuesday 20 September 2022

Nikmati persembahan dan aktiviti menarik di 'Karnival SYOK Weh!'

  • 24 & 25 Sept, 10 pagi hingga tengah malam di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam
  • Diskaun istimewa dengan baucer e-Kupon melalui aplikasi SYOK

Semua rakyat Malaysia boleh hadir ke ‘Karnival SYOK Weh!’ untuk menikmati persembahan menarik daripada penyanyi-penyanyi tanah air dan mengambil bahagian dalam aktiviti menghiburkan serta berpeluang menang pelbagai hadiah pada 24-25 September 2022, dari 10 pagi hingga 12 tengah malam, di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam.

Di ‘Karnival SYOK Weh!’, semua boleh menantikan pelbagai aktiviti seperti: 


i. SYOK Hiburan: Nikmati persembahan daripada artis tempatan popular termasuk Haqiem Rusli, Aiman Tino, Fieya Julia, Zarul Umbrella, Andy Flop Poppy, Farahdhiya, Aziz Harun, Harith Zazman dan kumpulan Salam Muzik. Rakyat Malaysia juga boleh bertemu mesra bersama karakter disukai ramai, Pinkfong, Baby Shark dan Didi & Friends. Persembahan ini juga boleh distrim di SYOK Live melalui aplikasi SYOK. 

ii. SYOK Makan: Menawarkan pengunjung pelbagai jenis makanan dan minuman lazat untuk dinikmati semua. Pengunjung juga boleh menebus diskaun istimewa dengan baucar e-Kupon di aplikasi SYOK. 

iii. SYOK Fun: Zon seisi keluarga dengan permainan interaktif dan pengunjung berpeluang bawa pulang hadiah menarik. 

iv. SYOK Sales: Pusat untuk membeli barangan keperluan harian termasuk produk makanan, produk kesihatan, barangan rumah dan menebus diskaun istimewa dengan baucar e-Kupon di aplikasi SYOK. 

v. SYOK Experience: Di mana pengunjung boleh menikmati demo menarik tentang aplikasi SYOK yang merangkumi kiosk podcast, radio dan penstriman video secara langsung. 

‘Karnival SYOK Weh!’ ditaja oleh Lalamove dan IJM Rimbayu. 

Untuk maklumat lanjut, muat turun aplikasi percuma SYOK hari ini melalui Apple Store, Google Play atau Huawei AppGallery. 

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.