DISNEY+ HOTSTAR MEMBAWAKAN KOLEKSI RANCANGAN BERTEMAKAN JALUR GEMILANG SEMPENA HARI MALAYSIA

Thursday 15 September 2022

Rakyat Malaysia akan mengibarkan Jalur Gemilang pada minggu ini untuk menyambut Hari Malaysia. Tatkala kita meraikan semangat perpaduan dan menghayati perbezaan kita pada cuti hujung minggu yang panjang ini, jangan lupa untuk merehatkan badan dan minda anda. Bagi menyemarakkan sambutan, Disney+ Hotstar telah menyediakan pelbagai rancangan menarik yang bertemakan warna-warna Jalur Gemilang! 

1. Merah melambangkan kegigihan dan keberanian

Berbekalkan keberanian dan niat yang betul, seseorang mampu mencapai apa sahaja yang diimpikan. Nilai kegigihan ini telah ditonjolkan oleh watak-watak dalam Big Mouth yang tidak mengenal lelah memperjuangkan keadilan. Dibintangi Lee Jong-suk dan Im Yoon-ah, Big Mouth akan membawa anda menelusuri kehidupan seorang peguam kelas dua yang gigih menentang penjenayah yang terkenal di dunia serta kerajaan yang korup. Sarat dengan adegan pembunuhan, kecurian, dan ‘peperangan akal’ yang tidak berkesudahan, saksikan siapa yang bakal muncul sebagai ‘survivor’ dalam episod terakhir yang akan ditayangkan secara perdana pada Hari Malaysia. 


2. Putih melambangkan keluhuran dan integriti

Kalau bukan Obi-Wan Kenobi, siapa lagi watak yang terbaik dan terulung dalam Star Wars? Seorang Master Jedi legenda dan mentor yang mahir, watak ini sedaya upaya menentang Darth Vader dalam misi untuk menyelamatkan anak perempuan Anakin, Leia, selepas dia diculik oleh musuh. Obi-Wan adalah simbol integriti yang memastikan tiada siapa yang tercedera dalam peperangannya untuk menentang Empayar Galactic.


3. Biru melambangkan perpaduan

Sambutan Hari Malaysia menyatupadukan kita sebagai sebuah negara, sebagaima kita disatukan oleh adiwira muda kegemaran Malaysia. Tatkala anda meluangkan masa bersama keluarga dan rakan tersayang pada hujung minggu ini, pastikan anda menonton Ejen Ali yang bergabung tenaga dengan rakan-rakannya dari Akademi MATA untuk menyertai Pertandingan Arena MATA.


4. Kuning melambangkan warna diraja

Singa diiktiraf sebagai Raja Rimba dan merupakan simbol kekuatan dan diraja. Hayatilah nostalgia dengan penerbitan semula aksi langsung The Lion King keluaran Disney. Saksikan watak kegemaran anda yang telah diberikan nafas baharu dalam penceritaan semula tentang Simba yang berusaha menuntut semula takhta Pride Lands, sebagaimana dinyanyikan oleh runut bunyinya “I Just Can't Wait to Be King”.

Kibarkanlah Jalur Gemilang anda bersama Disney+ Hotstar sempena Hari Malaysia!

Semoga anda berkesempatan menikmati hujung minggu panjang ini bersama insan tersayang!

Facebook: @DisneyPlusHotStarMY
Instagram: @DisneyPlusHotStarMY
Twitter: @DisneyPlusMY
TikTok: @DisneyPlusMY
Hashtag: #DisneyPlusHotstarMY

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.