Movie Review | Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022)

Saturday 17 September 2022


Pengarah : Syamsul Yusof
Penulis Skrip : Abdul Rahman Dali, Shahruddin Dali
Pelakon :  Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As'ari, Ali Karimie, Khir Rahman, Yayan Ruhian, Rahim Razali, Namron, A. Galak, Wan Hanafi Su, Jalaluddin Hassan, Zarina, Farah Ahmad, Ellie Suriati
Syarikat Produksi : Studio Kembara
Pengedar : Skop Productions
Genre :  Biografi / Sejarah
Durasi Tayangan : 117 minit
Tarikh Tayangan : 23 Jun 2022 (Malaysia, Singapura & Brunei), 31 Ogos 2022 (Indonesia)
Trailer :


Berlatarkan Tanah Melayu pada akhir abad ke-19, sekumpulan pihak British yang diketuai oleh Kapten Syers diiringi oleh Toga (Yayan Ruhian) menangkap pemberontak. Salah seorangnya adalah Mamat, anak kepada Pak Deris (A. Galak) iaitu penasihat istana. Penduduk Pahang marah dengan British yang mula mengeksploitasi sumber bumi Pahang dan mula merancang untuk meluaskan kuasa mereka.

Berita serbuan yang bertukar ganas sehingga membunuh para penduduk kampung ini sampai ke telinga Tok Gajah (Wan Hanafi Su) dan pembesar yang lain. Maka Mat Kilau (Adi Putra), Wahid (Beto Kushairy) dan Awang (Fattah Amin) pujuk supaya lebih ramai penduduk kampung untuk bersama mereka menentang penjajah Inggeris yang disifatkan semakin melampau. 


Namun Usup (Khir Rahman) sama seperti penduduk yang lain memilih untuk berdiam diri supaya ayahnya yang uzur tidak terancam. Semua berpegang dengan kata British bahawa mereka tidak akan ganggu Melayu kalau Melayu tidak mengganggu British. Awang yang kecewa tidak dipilih sebagai ketua pahlawan untuk menentang British mula menghalang kerja Mat Kilau. Tapi kerana egonya, Rokiah (Zarina), isteri Wahid pula terkorban. 

Wahid yakin tentera British dan Toga dapat tahu selok-belok kawasan mereka kerana maklumat dari orang dalam. Selepas berbaik dengan Awang, Wahid dan Mat Kilau bersatu bersama pahlawan yang lain untuk menumpaskan tentera British. 


Penceritaan Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan lebih bersifat fiksyen walaupun menggunakan figura terkenal dalam sejarah negara. Peperangan yang diletakkan di hujung cerita juga bersifat fiksyen semata yang diambil dari imaginasi para penulis dan pengarah. Nak kata ambil dari perang sebenar juga macam tak berpijak di dunia nyata. 

Kelemahan filem Mat Kilau terbitan Studio Kembara dan Skop Productions terletak pada kecelaruan plot yang terlihat kurang pada backstory, ruang untuk beberapa watak besar untuk berkembang dan diceritakan dengan baik, flow penceritaan yang messy juga dialog yang merepek. 


Tak kisah lah filem tentang pahlawan atau filem mengenai hero cinta sekalipun, watak hero akan dikenalkan dengan baik. Identiti dia, karakter ataupun prinsip yang dipegang. Berbeza dengan Mat Kilau yang lebih suka berceramah tentang agama. Kalaupun dia suka berceramah, kena juga la penulis bagitahu kenapa. Dari identiti Mat Kilau yang sebenar, dia adalah anak imam, guru mengaji di kampung tersebut. 

Memandangkan filem Mat Kilau adalah fiksyen, tak tahu lah Wahid, Awang dan Brahim (Ali Karimi) anak Tok Gajah ataupun hanya anak murid. Kalau adik-beradik, boleh faham kenapa Wahid mudah memaafkan ataupun banyak backup Awang. 


Keliru dengan pendirian ketiga pendekar ni sebab dekat awal cerita Awang bantah bila Mat Kilau bunuh tentera British kerana takut keselamatan penduduk terancam. Kemudian Awang pula bertindak untuk curi senjata British. Sepatutnya dekat situ Mat Kilau dah boleh agak akibat dari tindakan Awang. Kebanyakan masanya tersia dengan kedangkalan watak Mat Kilau dan Awang. Kalau Mat Kilau bijak selangkah, Awang pula lemah. Bila Awang bijak, Mat Kilau pula lemau. 

Sakit hati juga bila tengok watak Mat Kilau merendahkan penduduk kampung kerana tak mahu turut serta dalam perang. Kalau jadi penduduk kampung pun tak yakin dengan perjuangan watak Mat Kilau. Bila perang kena ada strateginya, kalau semborono saja mati katak namanya. Baik duduk diam dekat rumah tunggu senapang British kena acu di kepala. Babak Mat Kilau gesa supaya geng dia cepat buat kerja pun merepek sebab pahlawan ada lebih kurang 12 orang tapi kena raut buluh untuk buat perangkap. Mat Kilau buat apa? 


Filem Mat Kilau nampak lemah juga sebab tak realistik bila kisah ini berlatarkan masyarakat Pahang tapi kesemua watak menggunakan bahasa melayu baku dan juga slang KL sedangkan orang Pahang ada dialek mereka yang tersendiri. Bab pakaian, I bukan expert jadi kita biar pihak lain yang ulas. Bahagian props pun asal boleh saja.

Ada yang kata filem Mat Kilau bila layan dekat panggung wayang memang gempak tapi dekat Netflix hilang wow factor dia. Kalau tengok dekat wayang pun, pendirian I masih lagi sama sebab jalan cerita yang lemah. Visual yang bergegar, sound effect over dan juga medan perang yang tampak seperti dataran joget lambak. 


Tak nak bandingkan dengan mana-mana filem negara luar, cukup dengan flow penceritaan dan kelemahan teknikal yang banyak dari awal sehingga hujung cerita. Kalau Syamsul Yusof dapat RM100 juta untuk Mat Kilau, tahniah untuk dia, rezeki dia. Yang suka Mat Kilau pun teruskan sokong tapi jangan sampai label yang kritik atau tak suka sebagai penjilat British. Chill. 

1. Team Production +0.2, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 3.5/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.