TV Show Review | Koffee With Karan Season 7: Episode 7 (2022)

Sunday 25 September 2022


Director : Karan Johar
Writer : Karan Johar
Cast : Karan Johar, Siddharth Malhotra, Vicky Kaushal
Production Company : Dharmatic Entertainment
Distributor : Disney+ Hotstar India
Genre : Talk Show
Running Episodes : 12 episode (60 minutes per episode)
Release Date : 06 August 2022
Teaser :


Tak sabar nak tengok Episod 7 lepas tengok teaser dua jejaka berketurunan Punjabi – Siddharth Malhotra dan Vicky Kaushal. Ni pertama kali tengok mereka dalam satu skrin bersama. Dua-dua sama tinggi, dua-dua sama segak dalam suit. Last time Vicky Kaushal datang Koffee With Karan, dia cakap dekat sofa tu, dia ada crush dengan Katrina Kaif, tup tup kali ni muncul sebagai suami Katrina Kaif. 

Sebab tu dari awal musim lagi KJo dah bagitahu semua tetamu jemputan dia supaya manifest dekat sofa tu. Ramai yang datang mintak filem baru dengan Karan sampai dia pun dah rolled eyes melayan permintaan masing-masing.  


‘It actually does feels great. I really truly do feel settled. And it’s just is a very beautiful feeling to kind of have that companion, you know? And I just feel truly lucky to just find that in her.  She is a wonderfull, wonderful soul and one of the wisest and the most compassionate person that I have come across. I learn so much from her.’ – Vicky Kaushal 

Memandangkan Vicky Kaushal dengan Katrina Kaif manifest each other dekat sofa Koffee With Karan, KJo nak Sid pun manifest juga untuk kahwin dengan Kiara Advani. Sid nak mengelak tapi reaction dia masa KJo tunjuk video Kiara tu kemain happy. Comel bila Sid tanya kenapa KJo mengusik Kiara sampai macam tu sekali. 


KJo dah bagi warning awal-awal bila kahwin nanti jemput dia sebab KJo ada FOMO untuk jemputan kahwin. Kalau boleh semua wedding artis A-list Bollywood dia nak pergi. Katrina dengan Vicky tak jemput punya pasal habis semua orang kena tempias. Sebagai mentor, memang wajib pun dia ada dekat wedding Sid. Wedding Varun dengan Alia dia dah pergi, tinggal Sid je lagi tengah mencari tarikh kahwin yang sesuai. Hopefully next year, aminnnn!

KJo : Deepika Padukone, Alia Bhatt, Katrina Kaif, Anushka Sharma, an actress you wish was still single.
Sid : I just happy that Kiara is single.


Habis sembang pasal relationship and marriage, KJo buka pula topik tentang movie memandangkan Vicky dan Sid sama-sama sibuk dengan jadual masing-masing. Walaupun pandemik tetap sibuk dengan penggambaran dan promosi filem. Macam tahun lepas, Vicky dipuji untuk lakonan dia dalam filem Sardhar Udham, Sid pula dapat pujian untuk lakonan dalam Shershaah. 

‘As you said Karan, there’s so many ups and down. I think a lot of learnings coming from the outside. It took a while to also gauge the industry. What it takes to be an actor. On screen and off screen both. And yes, there was that craving to prove that it is not difficult to mould oneself beyond just their looks or physicality. And to really bite into a character. I feel everyone connects everything to business. You know, I also think success also solves everything. If you are giving hit films no one really cares. As to what and how you are doing things. So that’s a big learning. But Shershaah comes in as a blessing where people see a character, people see someone beyond their looks. Or get more involved. Or feel certain things. Because of an actor portraying certain emotions.’ – Siddharth Malhotra


Suka tengok Vicky tenang tak macam pelakon lain yang sibuk dengan box office collection. Ever since debut era pun Vicky tak pernah sibuk mencari skrip yang heavy dengan entertainment tapi cari movie yang boleh improve talent dan bagi ruang untuk dia bereksperimen. Bila dia kata dia tak pernah kisah pasal competition sebab semua pelakon A-list yang ada sekarang sama ada kawan ataupun orang yang dia minat sebagai penonton. Sebelum debut lagi dia dah tengok movie diorang. Vicky pun bagi nasihat dekat adik dia, Sunny Kaushal supaya cari pengarah yang bagus dan skrip yang bagus dan bukannya duit. 

Sama dengan Sid yang hidup dalam dunia dia, cari movie yang sesuai dengan forte dia. Vicky, Ayushmann, Raj, Sid dengan Adi antara yang I boleh layan movie diorang dengan tenang because they enjoy the craft. Overall, episod 7 ni comel. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

  1. Macam pernah tengok lakonan keduanya tapi tak sure filem apa.. Handsome dua-duanya..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.