TV Show Review | Koffee with Karan Season 7 : Episode 12 (2022)

Sunday 25 September 2022


Director : Karan Johar
Writer : Karan Johar
Cast : Karan Johar, Gauri Khan, Maheep Kapoor, Bhavna Panday
Production Company : Dharmatic Entertainment
Distributor : Disney+ Hotstar India
Genre : Talk Show
Running Episodes : 13 episode (60 minutes per episode)
Release Date : 06 August 2022
Teaser : 


Disebabkan penerimaan positif series The Fabulous Live of Bollywood Wives, Karan Johar masukkan juga permata baru dalam rancangan Koffee With Karan Musim 7. Cuma bukan semua lah yang datang, ada Maheep Kapoor dengan Bhavna Panday dan tetamu khas, Gauri Khan. 

KJo : Maheep, how are you feeling? You must be so excited, I’ve done you such a big favour by inviting you, on this show. 
Maheep: I’ve done you a favour by coming here. Be quiet!


Macam boleh nampak yang Gauri akan jadi main cast untuk musim ketiga bila screentime dia agak banyak dalam musim kedua. Well I don’t have any complaints on that because the more the merrier. Suka tengok macam mana dia handle professional life dan personal life. KJo kata life Gauri agak tough jugak lah sebab mana-mana pergi orang akan kata isteri Shah Rukh bukannya nama Gauri sendiri sedangkan Gauri dah bekerja sebelum jumpa SRK. 

‘I just think I do things with pure love and passion. And there is no goal, or there is no ambition. I’m not like really ambitious like you or Shah Rukh’s’ – Gauri Khan


Kelakar bila Maheep menyembang dengan KJo sebab ada je nak berbalah. Dalam show The Fabulous Live of Bollywood Wives sampai ke set Koffee With Karan pun KJo suka mengusik Maheep. Gauri bagitahu Maheep sekarang dah sama level dengan semua orang dalam rumah dia sebab ada fans sendiri even pergi London pun ada yang nak minta selfie dengan Maheep. 

Kalau sebelum ni tak pernah tahu pun yang Maheep, Bhavna, Neelam atau Seema rapat dengan Gauri sebab yang selalu media up, Gauri rapat dengan Suzanne Khan dan Mehr Rampal. Tapi bila Suhana dah besar baru dia dedahkan Ananya dengan Shanaya rapat dengan dia sejak kecil lagi. So dari situ tahu lah the parents pun selalu hang out sama-sama. 


‘There were many times when it was like “Ohh she’s friend with Gauri Khan, because she’s Gauri Khan.” But you know, like you said three decades, 100 fights, 100 issues, 100 hard times, good times, bad times, you can’t fake this. We’ve gone through milestones in life.’ – Maheep Kapoor

Comel bila Karan Johar prepare video dari Ananya Panday, Shanaya Kapoor dan Suhana Khan untuk Gauri Khan, Bhavna Panday dengan Maheep Kapoor. Actually 2 video, 1 audio sebab Suhana under contract tak boleh expose muka sebelum debut movie Archie tayang secara rasmi. Suara Suhana lebih kurang sama dengan Gauri, cara dia cakap pun slow macam mak dia jugak. Berbeza dengan Ananya dan Shanaya yang sembang laju macam Maheep. 

‘My mum has this really bad habit of revealing secrets by accident. Unless you tell her about 500 times, that this is the most confidential piece of information, she will accidentally spill it.’ – Suhana Khan


I tak kenal sangat Chunky Panday sebab dia pelakon zaman 80-an and turns out dia rupanya one of top actors zaman tu. Bhavna Panday bagitahu Chunky kena label revolving door sebab ramai sangat skandal sebab tu Bhavna selalu check hand phone suami dia. Chunky takkan dapat free pass untuk sesiapa pun. 

Kelakar bila Bhavna pick up perangai Chunky sebab dia kata besarkan anak-anak mahal dan overpriced. Sakit lah diorang sebab besarkan dua anak perempuan so lagi banyak expenses, itu belum kalau ada allergy rekaan macam Bhavna. 


Masa rapid fire Gauri Khan, semua terkejut bila Aryan Khan adalah fashion police dalam family sebab semua sangka Aryan sejenis yang tak kisah. Gauri kata banyak benda yang Aryan tak suka bila Gauri pakai and most of the time Gauri follow apa Aryan advise. 

I was aww for Maheep when she said Khushi is like my child. Masa musim pertama The Fabulous Live of Bollywood Wives nampak macam mana Maheep care dengan Janhvi dan rapat dengan Arjun Kapoor. Boleh nampak dia jaga anak buah dia sama macam anak sendiri especially anak-anak Boney Kapoor sebab diorang ada masalah keluarga tambah pula sekarang bila Janhvi dengan Khushi membesar tanpa SriDevi. Bila entah KJo nak buat Keeping Up with The Kapoor. I tak boleh cakap Kapoor Khandaan sebab yang tu untuk keluarga OG Kapoor – Bebo, Karishma, Ranbir etc. Anyway I had fun watching this episode!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.