Sunday, 23 February 2020

Program Nak Ubah Hidup 2020 : Membangunkan Bangsawan Negara

Pada 25 hingga 27 Januari 2020 berlangsungnya Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 adalah program 3 hari berturut-turut bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.


Seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri Setia City Convention Center (SCCC) dari pagi hingga ke malam selama 3 hari program ini.


Nama Dato’ Azizan Osman atau lebih mesra dikenali sebagai DAO, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta. 

Selama 12 tahun sejak tahun 2008 hingga tahun 2020, dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka. Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga.


Akibat kegagalan itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan.

Dengan ini, RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan. Ini kerana Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan dan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik.


 Visi Dr Azizan Osman hari ini adalah : 

▪ Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia
▪ Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu setahun
▪ Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030

Hasil daripada bimbingan beliau, ribuan usahawan yang pernah dibimbingnya berjaya mendapatkan hasil jualan di luar jangkaan. Dengan misi untuk membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN), ramai pelajarnya datang dari beberapa pelusuk negeri. Ada yang datang dari Kota Tinggi, Johor, Terengganu, Port Dickson dan pelbagai lagi negeri lain.  

Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum adalah Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty. Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending.


Seterusnya, Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019.

Rosli Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini.

Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Selingan manis buat peserta NUH 2020 bila Perdana Menteri  singgah ke program dan suntik kata-kata semangat untuk menjadi usahawan berjaya.


RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.


Program High Net Worth Coaching adalah Program “Mentoring Membership” setahun untuk membimbing bisnes melangkah dengan lebih cepat dan berkesan dengan menunjukkan cara, jalan dan kaedah terkini untuk kembangkan bisnes 10X ganda secara luar biasa. Antara kriteria pemilihan untuk program mentoring ini adalah bisnes yang telah mencecah jualan bulanan RM100,000 sebulan.

SPIRE adalah Program “Mentoring Membership” setahun yang membantu usahawan yang berniaga dengan jualan minima RM30,000 sebulan untuk terus tambah ilmu dari segi Sales & Marketing, Compliance, Operations dan Leadership.


Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6 - 24 bulan. Sebagai permulaan dekad yang baharu, azam baharu buat anjakan hidup yang baru dan join program Nak Ubah Hidup oleh Dr. Azizan Osman! Bagi mereka yang berminat sertai program akan datang anda boleh layari next program "Nak Ubah Hidup 2020" untuk maklumat lanjut dengan hanya klik www.NakUbahHidup2020.com

17 comments:

  1. Ramainya yang join NUH ni. Semua orang kena ubah hidup. Kalau dah baik kena jadi yang terbaik pula.

    ReplyDelete
  2. Lama tak follow dan ikuti Dr A ni..kalau dulu pantang ada program free dia, mesti nak pergi, ceduk aura positif dia bebanyak..

    ReplyDelete
  3. Teringin juga nak pergi seminar macam ni... tapi...tu lah...tu lah....hahaha

    ReplyDelete
  4. Good review on the program. Program macam nie bagus serta. Saya pun join juga lah kalo ada program macam nie lagi.

    ReplyDelete
  5. sangat-sangat suka dengan usahawan yang masuk dalam bidang perniagaan, sebab nak membantu orang lain..berbeza perasaan dia bila tengok anak didik juga berjaya, berbanding hanya nak jadi kaya semata-mata...tahniah DAO atas kejayaan program ni..

    ReplyDelete
  6. Bagus program NUH ni, ramai orang yang telah mendapat inspirasi untuk berubah ke arah lebih baik di tahun 2020 ni

    ReplyDelete
  7. Waaahhhh ramainya yang hadir ke program NUH ni.... tahniah kepada yang menghadiri seminar macam ni. In Shaa Allah boleh membantu meningkatkan semangat dan ilmu pengetahuan dalam bidang yang diceburi. - Blog Sofinahlamudindotcom

    ReplyDelete
  8. Very useful seminar to motivate ourselves. Next time saya pun nak join.

    ReplyDelete
  9. Setiap klai beliua buat progtam memang ramai akan hadir. Yelah mengikut apa yang peserta program beliau, pengisian program dan kata kata semangat diberikan menyuntik satu aura positif untuk jadi manusia yang berjaya.

    ReplyDelete
  10. yeay, jom kita sama2 berjaya, kaya bersama2, jadi dermawan, jadi jutawan. insyaAllah jom

    ReplyDelete
  11. Betsnya dapat joins meinar macam ni..teringin nak pergi..haritu tak dpt pergi sebb spend time dengan family..hehee..memng prodgram macm ni boleh bangkitkan smenagat ye

    ReplyDelete
  12. Menarik kalau org bisnes boleh join kirsus mcm ni. Byk ilmu yg boleh kita dapat

    ReplyDelete
  13. Sesiapa yang nak ubah hidup memang bagus lah mengikuti program ni dan dengar tip tip yang disampaikan oleh Dr Azizan. Memang ceramahnya membangkitkan semangat.

    ReplyDelete
  14. sapa x penah pergi lg tu baiklah pergi. duit belakang kira sbb boleh cari. ilmu yg diperoleh lbh drpd nilai $ yg dikeluarkan

    ReplyDelete
  15. nmpk seperti satu program yg sgt bagus utk local entrepreneurs yg belum ada experience yg cukup!

    ReplyDelete
  16. Rasa lemau dah ni bila masuk pertengahan tahun. Nak kena pi NUH lagi ambik semangat. Konsep dia memang bagus. Buat je jangan ada tapi.. semoga kaya dan berjaya

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.