Drama Review : Bard Of Blood

Sunday 16 February 2020


Director : Ribhu Dasgupta
Writer : Mayank Tewari & Bilal Siddiqi
Cast :  Emraan Hashmi, Shobita Dhulipala, Jaideep Ahlawat, Abhishekh Khan, Kirti Kulhari, Rajit Kapur, Danish Hussain, Sohum Shah, Asheish Nijhawan, Amit Bimrot, Shishir Sharma, Sahiba Bali
Genre : Politic/War/Thriller/Action
Running Episodes : 7 episodes
Release Date : 27 September 2019
Production Company : Red Chillies Entertainment
Distributor : Netflix
Trailer :


Diadaptasikan dari novel karya Bilal Siddiqi yang diterbitkan pada tahun 2015 dengan tajuk yang sama, berkisarkan tentang pergelutan politik di Balochistan di antara India, Pakistan, Taliban dan BAF. Kabir Anand (Emraan Hashmi) dan Vikramjeet (Sohum Shah), antara ejen terbaik RAW dihantar ke Balochistan untuk siasat kematian misteri ejen Karan Bhushan.


Kabir menyamar sebagai journalist dan berkawan rapat dengan anak ketua BAF, Jannat Maari (Kirti Kulhari) sementara Vikram menyamar sebagai kontraktor di sana. Malang nasib mereka berdua bila jatuh dalam perangkap sampaikan Vikram terbunuh dalam letupan. Kabir dituduh membunuh kawan sendiri kemudian dibuang dari RAW. 

Lepas 5 tahun Kabir dapat panggilan dari bekas ketua dia, Saddiq Sheikh (Rajit Kapur) untuk bantu dia bawa balik 4 orang ejen yang menyamar sebagai engineer di Balochistan pulang ke India dengan selamat bila 4 ejen ni mempunyai rahsia ketua Taliban – Mullah Khalid (Danish Hussain).


Ketua RAW, Mr. Joshi (Shishir Sharma) taknak hantar bantuan untuk selamatkan 4 orang ejen tersebut sebab berisiko tinggi lagipun 4 ejen ni dah sedia maklum risiko bila penyamaran terdedah. Keluarga akan diberikan pampasan sekiranya mati dibunuh pihak musuh. 

Saddiq Sheikh tahu ada sesuatu yang besar 4 ejen ni dapat tapi tak sempat transfer file kepada RAW sebab tu dia nak mereka diselamatkan. Kabir pula masih sakit hati dengan tindakan RAW 5 tahun lepas bila menidakkan kematian Vikram dan buang dia dari RAW. Saddiq cuba pujuk dia join misi rahsia ni sebab penculikan ni mungkin ada pertalian dengan kematian Vikram.


Termakan dengan pujukan Saddiq, Kabir cuba untuk discuss tentang hal ni tapi bila pergi ke safe house, Saddiq dah pun mati dibunuh. Kabir sempat tengok klu yang Saddiq tinggalkan di game Sudoku. ADO (Adonis) merujuk kepada Kabir, RLB merujuk kepada Isha Khanna (Shobita Dhulipala) dan Mr. X merujuk kepada ejen di Balochistan. 


Selepas Saddiq dikebumikan Kabir berbincang dengan Isha plan untuk pergi ke Balochistan dan berjumpa dengan Mr. X iaitu Veer (Vineet Kumar Singh). Misi ni dijalankan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan RAW sebab Kabir syak dalam RAW ada penyamar.


Baru sampai ke Balochistan, penyamaran Kabir dengan Isha dah diketahui pihak polis sebab Veer dah bunuh orang Taliban. Kabir cuba dapatkan bantuan dari BAF bila misi mereka sama, untuk tumpaskan Taliban tapi disebabkan sejarah lepas, dia dihalau oleh Nusrat (Abhishekh Khan) tapi Jannat diam-diam hulurkan bantuan.


Untuk elakkan perbuatan dihidu, Jannat terpaksa maklumkan kepada Shehzad, spy ISA Pakistan untuk elakkan mereka tahu kedatangan ejen RAW. Tanveer Shehzad (Jaideep Ahlawat) pula bergabung dengan Taliban untuk kuatkan rantaian politik dengan Amerika dan China dengan bantuan dari Abida (Sahiba Bali).

Dalam masa yang sama, pakar IT RAW - Nihar (Amit Bimrot) berjaya track location Isha dan Kabir dan maklumkan kepada Mr. Joshi. Berjaya atau tak Kabir, Isha dan Veer selamatkan 4 orang ejen India dengan selamat, kena tengok lah series ni. 


Dah lama dah nak layan BOB tapi selalu on hold tapi tak sangka semalam boleh marathon sampai habis sebab jalan cerita dia memang menarik walaupun agak berat dengan konflik politik. Genre politik bukan pilihan ramai tapi disebabkan kekuatan lakonan, dialog yang menarik, plot twist mengejutkan dan misteri tersirat antara sebab kenapa rating series ni tinggi.


Selalunya Emraan berlakon dalam movie gred B so watak dia kebanyakannya tak digarap dengan baik tapi kali ni di bawah produksi SRK & Gauri Khan – Red Chillies Entertainment, Emraan Hashmi diberi kepercayaan untuk deliver watak Kabir Anand and he did his best. Cuma watak Kabir ni dekat hujung series nampak macam superhuman tapi justified lah sebab dia ambil opium untuk stay energetic dan tak sakit even kena tikam dalam.


Kalau under production house Red Chillies Entertainment, bab VFX dan visual ni memang top notch. Sinematografi memang cantik sangat. Dah penat dengan konflik politik dua negara ni, director tayang beberapa shot cantik di Balochistan.






Series ni cuma untuk penonton matang sahaja sebab ada beberapa dialog yang provokatif terutama untuk Muslim sebab perangai puak Taliban ni lain macam sikit. Memang sakit hati tengok bila ada dipaparkan scene pedofilia, buang mayat, solat dan pembunuhan. 

Bila tengok series Bard Of Blood, rasa kesian dengan ejen dan penyiasat yang berkhidmat untuk negara bila ramai yang diabaikan oleh pihak kerajaan sama ada perform bagus ataupun biasa. Once dah ditangkap oleh pihak musuh, kerajaan akan buang dan anggap tak pernah wujud. Berkorban untuk negara tapi bila dibunuh oleh pihak musuh, mayat pun tak dikebumi.


Kalau team BOB selitkan beberapa moment patriotik untuk naikkan harapan kepada profession ni mungkin tak kecewa sangat bila tengok. Hopefully team BOB boleh tebus balik dalam Season 2 nanti sebab ada beberapa persoalan yang belum terjawab, pemangku ketua Taliban yang juga anak kepada Mullah, Aftab (Asheish Nijhawan) ada agenda tersendiri dan plot twist yang mengejutkan di hujung series. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.6 = 8.7/10

4 comments

  1. tinggi jugak rate Hana bagi ni. ^^ Best la tu.

    ReplyDelete
  2. Makin banyak drama menarik dekat netflix.. Tak terkejar pula rasanya.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Ok boleh masuk dalam list movie nak tengok hehe

    ReplyDelete
  4. Poker online dengan presentase menang yang besar
    ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.