Movie Review | Good Newwz (2019)

Sunday 23 February 2020


Director: Raj Mehta
Writer : Jyoti Kapoor, Raj Mehta, Rishabh Sharma (dialogue)
Cast : Akshay Kumar, Kareena Kapoor Khan, Diljit Dosanjh, Kiara Advani, Adil Hussain, Tisca Chopra, Anjana Sukhani, Faisal Rashid
Production Company : Zee Studios, Dharma Productions, Cape of Good Films
Distributor: Zee Studios
Genre: Comedy
Running Time: 132 minutes
Release Date: 27 Disember 2019
Trailer :


Deepti (Kareena Kapoor Khan) dan Varun (Akshay Kumar) berusaha untuk dapatkan anak selepas 7 tahun berkahwin tapi semua cara gagal tapi dengan saranan adik ipar, Richa Batra (Anjana Sukhani) dan suami dia, Vivek (Faisal Rashid) untuk buat In Vitro-Fertilisation (IVF) di salah satu klinik kesuburan terbaik di Mumbai. 


Deepti dan Varun tak ada masalah langsung untuk dapatkan anak melalui IVF disebabkan Varun ada masalah slip-disc. Ovum Deepti pula makin kurang subur disebabkan faktor usia. Tapi lepas 12 hari injection sperm, Dr. Sandhya Joshi (Tisca Chopra) call untuk buat emergency checkup bila pihak klinik tertukar sperm dengan pasangan lain yang juga ada surname Bhatra – Honey (Diljit Dosanjh) & Monika (Kiara Advani).


Varun dan Deepti ambil keputusan untuk gugurkan kandungan dan saman pihak klinik atas dakwaan kecuaian. Varun tak ambil peduli sperm dia dalam Rahim Monika sebab dia tahu sperm dia tak kuat mana macam yang Dr. Anand Joshi (Adil Hussain) bagitahu lepas fertility test report keluar. But turns out Monika pun pregnant. 


Honey yang bersyukur dengan kejadian ni lepas 6 tahun berusaha dan 2 kali kehilangan bila Monika keguguran, cuba untuk halang Deepti dan Varun daripada gugurkan anak dia. Honey dan Monika berpindah dari Chandigarh ke Mumbai untuk pastikan anak mereka selamat dalam kandungan Deepti. Dia sentiasa perhatikan Deepti supaya jaga kandungan walaupun sibuk bekerja. 


Varun dan Deepti rimas dengan perangai Honey dan Monika yang selalu datang ke rumah mereka lalu ambil keputusan untuk buat contract supaya tidak mengganggu kehidupan mereka berdua. Honey dan Monika pun ambil langkah yang sama dengan appoint lawyer untuk sediakan contract supaya anak mereka diserahkan dalam keadaan yang sihat. 


Varun setuju dengan contract pasangan Bhatra sebab dia taknak apa-apa komitmen melibatkan anak tambah pula bukan dari sperm dia. Deepti pula mengamuk bila rasa dipergunakan sebab dia yang menanggung sakit mengandung, alahan dan akan tanggung sakit melahirkan anak kemudian akan berpisah dengan anak yang dikandung 9 bulan. 

Sepanjang pregnancy banyak pergaduhan antara dua keluarga Bhatra even Deepti dan Varun selalu bertengkar. Apa jadi dengan anak-anak diorang nanti kena tengok dalam Good Newwz ni. 


Sesuai dengan genre comedy, jalan cerita Good Newz memang kelakar ditambah dengan lakonan Bebo dan Akshay lepas movie Kambakht Ishq tahun 2011 dengan genre yang sama. So it’s nothing new for them and their chemistry created magic onscreen. Second half ada beberapa scene emosi and they nailed it with ease. 


Cuma bila dua pasangan Bhatra ni berjumpa dalam satu screen, Diljit dan Kiara lebih menyerlah dengan karakter watak masing-masing walaupun screentime tak sebanyak Akshay dan Bebo. Dalam beberapa scene, Akshay yang terkenal dengan genre movie komedi gagal deliver moment kelakar dan nampak try hard but Diljit did his best and steal the show. Applause for that! 


Movie Good Newz bersuasanakan kehidupan kaum Punjabi so beberapa scene gamat dengan kemeriahan kaum Punjabi dan beberapa perkataan dan culture ditayangkan. Even music album sepenuhnya lagu pop Punjabi. Tambah pula Diljit antara top singer Punjabi so tak mustahil lah dia mampu naikkan mood dengan track Punjabi. Even remake song Laal Ghaghra does justice. Loved it!


Having doubts jugak at first sebab trailer dia macam merepek bila tertukar sperm tapi movie ni memang best tanpa slapstick comedy, educational dan lakonan hebat dari semua pelakon utama. Jarang nak jumpa movie komedi yang boleh diulang banyak kali dan masih lagi kekalkan mood kelakar. This one is recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10

16 comments

  1. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Salam kenal blogger. Pertama kali meninggah di sini..

    ReplyDelete
  2. Lamanya tak tengok hindustan hehehe..
    Tengok ada Karena Kapoor tu macam nak tengok gak laaa...cantik sangat dia..

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak tonton Kareena Kapoor berlakon. Ni macam citer keluarga 69 je... satu peringatan supaya mrk yg buat IVF tu kena berul2 cek... naya klu tersalah mcm ni... auzubillah simpang malaikat 44.

    ReplyDelete
  4. Movie last year ke ni.... lama betul tak tengok movie hindustan.. last tengok Susmita Sen dan Kajol je tahun lepas. Tu pun dah lupa tajuk apa... hehehe... Nak tengok ni la pas ni. macam best je ni.

    ReplyDelete
  5. Lama dah tak layan Hindustan. Macam best je citer tertukar sperma. Hehe. Rupanya movie genre komedi. Bolehla tonton nant sebab takde lawak splastik.

    ReplyDelete
  6. Lama tak layan hindustan, tapi baca review mcm kelakar dan best je. Tengok picture dan baca review mcm funny movie haha

    ReplyDelete
  7. wah menarik nampaknya.
    pelakon pun best tu, fana.
    mesti watak2 tu hidup dan menjadik :)
    akan ku cari ini movie hi hi hi hi...

    ReplyDelete
  8. Lama sangat dah Rawlins tak menonton a good Hollywood movie. Teringin nak binge watching good Hollywood movies - dah la yang nie lawak kan. I need a good laugh.

    ReplyDelete
  9. huhu tengok ni macam menarik je. dulu2 suka la tengok bolywood kan, time2 shahrukh tengah muda. hahah

    ReplyDelete
  10. Pergh macam nak tengok nak tau apa jadi sleepas tu.. Adkh betul sperm dia.. Kalau betul macam mne anak tu.. Best ni

    ReplyDelete
  11. Cantiknya Kareena..
    adoi.. macam mana lah boleh tertukar sperm tu.. hehehe.. nice storyline..

    ReplyDelete
  12. Bollywood ni walaupun kadang kadang cerita dan logik dia ke laut tapi banyak benda boleh ambik iktibar dari cerita diaorang ni kan. And kebanyakan cerita bollywood jenis yang kelakar. Senang nak enjoy kalau tengok

    ReplyDelete
  13. Hah macam best je cerita ni. Walaupun ada lawak mesti ada part sedih kan nak nak kalau melibatkan baby ni. Okay nanti nak tengok cerita ni lah. Thanks sahre review cerita hindi good newz ni.

    ReplyDelete
  14. dah lama tak layan filem hindi ni. nanti nak cuba tengok la. nampak menarik.

    ReplyDelete
  15. Jalan cerita n sinopsis nmpk menaik.. boleh la AM tgk n masukkan dlm wish list movie yg AM nak tgk..

    ReplyDelete
  16. Tengok tajuk tahu mesti cite komedi hehehehe tapi kita jarang pergi wayang tengok cerita hindustan macma ni hehehe selalu tunggu keluar tv jer tak apa macam menarik cite ni...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.