Drama Review | Weak Hero Class (2022)

Saturday 14 October 2023

Director: Yoo Soo-min

Writers: Yoo Soo-min, Kim Jin-seok

Cast: Park Ji-hoon, Choi Hyun-wook, Hong Kyung

Production Companies: Playlist Studio, Shortcake

Distributor: Wavve, Kocowa, Viki, IQIYI

Genre: Psychology / Drama / Thriller / Action 

Running Episodes: 8 episodes (35-47 minutes per episode)

Release Date: 18 November 2022

Trailer: N/A

Berlatarkan sekolah menengah, pelajar Yeon Si-eun (Park Ji-hoon) merupakan top student di sekolah tersebut dan tidak berminat dengan perkara lain melainkan belajar. Datang ke sekolah awal pagi, fokus dalam kelas kemudiannya pergi ke akademi tuisyen dan sambung ulangkaji di rumah sebelum tidur. Rutin yang sama setiap hari sehingga lah Jeon Yeong-bin (Kim Su-gyeom) datang membuli. 

Si-eun tak gentar walaupun dia tak mempunyai sebarang martial arts untuk lawan si pembuli. Fizikal dia yang kecil bagi kelebihan bila ramai yang pandang rendah. Menggunakan ilmu fizik dan psikologi sudah cukup untuk dia cederakan Yeong-bin dan dua pengikutnya. Bila perang antara mereka semakin genting, Ahn Su-ho (Choi Hyun-wook) datang bantu Si-eun. 

Tak ada yang berani untuk lawan Ahn Su-ho kerana dia adalah MMA fighter malah senior juga takut untuk cari pasal. Semakin lama Si-eun dan Su-ho semakin rapat, ditambah pula dengan kehadiran Oh Beom-seok (Hong Kyung), anak angkat ADUN (Jo Han-chul) bandar tersebut, mereka bertiga sentiasa bersama. 

Web series yang ditayangkan secara perdana di Busan International Festival Filem ke-27 ini diadaptasikan dari webtoon popular novel yang ditulis oleh Seopass. Menggunakan tema kes buli, penulis juga pengarah Yoo Soo-min menggunakan antagonis bukan sahaja dari kalangan pelajar malah gangster yang terlibat dalam penjualan dadah dan judi haram. 

Pace Weak Hero Class berjalan laju dengan konflik yang tak pernah putus. Kalau dekat awal kena lawan dengan Yeong-bin dan sepupu dia, Jeon Seok-dae (Shin Seung-ho), di pertengahan terpalit pula dengan Kim Gil-soo (Na Cheol). Diuji pula dengan perang dingin antara Ahn Su-ho dan Oh Beom-seok akibat takut dan trauma dengan kes buli di sekolah lama. 

Walaupun banyak konflik yang dimasukkan tanpa henti, pengarah tahu berapa banyak ruang yang diperlukan untuk perkenalkan semua antagonis dan dalam masa yang sama kuatkan lagi latar belakang watak-watak utama. Ada juga masanya bila muncul kemungkinan sama ada Si-eun juga akan menjadi antagonis dalam Weak Hero Class tapi penulis develop watak lain dengan tunjukkan bagaimana terjadinya masalah buli yang sering bermula dari rumah. 

Sembang pasal lakonan, Park Jihoon adalah pilihan yang tepat untuk watak Si-eun bila fizikal dia lebih kecil berbanding pelajar lain. Kebanyakan masanya Park Jihoon guna ekspresi muka dan bahasa badan untuk deliver watak Si-eun yang terkesan dengan ketiadaan ibu (Kong Hyun-joo) dan ayah (Kim Sung-kyun) di rumah. Setiap kali Si-eun tenung tajam kepada sesiapa yang mengganggu, setiap kali tu juga seriau. 

Boleh nampak pengarah put effort dalam mencari talent untuk hidupkan kesemua watak pelajar darah muda yang bertenaga. Kebanyakan pelakon merupakan muka baru namun mempunyai bakat yang besar. Impak yang ditinggalkan juga antara sebab kenapa web series ni boleh selesai ditonton cuma dalam satu malam saja. Hook and addictive. 

Selain lakonan cemerlang dari barisan pelakon utama juga sampingan dan alur cerita yang menarik, Weak Hero Class dikuatkan lagi dengan sinematografi yang menguatkan lagi genre psikologi thriller. Penggunaan lighting dan close-up shot was a spot on. Action stunt juga dipaparkan dengan cantik memandangkan martial arts director, Heo Myeong-haeng (Vincenzo) dan Ahn Ji-Hye (Squid Game) dibawa masuk ke dalam team. Sentuhan musik dari Primary menguatkan lagi naskhah terbitan Playlist Studio dan Shortcake. 

Seusai kemenangan Weak Hero Class di Blue Dragon Series Awards, produser dah keluarkan kenyataan akan ada musim kedua. Macam mana cerita trio ni akan dikembangkan belum diceritakan lagi tapi wajar lah keputusan tu sebab ada hutang yang belum selesai dan perkara yang perlu dijelaskan lagi. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

3 comments

  1. yeah! Mereka suggest Aien untuk tgk. But too much violent tunggu husband tgk nnti kita layan haha

    ReplyDelete
  2. Tx review-nya kak 👍🏿. Lagi nak nonton serial bertema sekolah lah ni. Sepertinya menariiik , apalagi ada case bully. Saya suka tema seperti ini. Seru dan menguras emosi terkadang 😄👍🏿

    ReplyDelete
  3. Harapnya dia keluarkanlah season 2.. Season 1 nie pun dah gempak.. komik dia pun best..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.